Buli Jiwa

buli4

   “Kenapa kau bunuh dia!?”

   “Saya tak ada niat pun nak bunuh dia!”

   “Kalau kau tak ada niat, kenapa buat perkara terkutuk tu!!!”

   “Dia jahat!!!”

   “Kau kejam!!!”

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK JAYA, KHAMIS, 7:30 PAGI…

Tiada seorang pelajar yang lalu di sekitar tandas sekolah, semua pelajar berada di dalam kelas, menumpukan perhatian dalam pembelajaran bersama guru. Tetapi, di dalam tandas lelaki yang kotor dan berbau busuk, pintu tandas rosak dibelasah oleh pelajar tidak bertamadun, pekerja tandas sekolah itu sudah melakukan kerja mereka dengan baik, dirosakkan semula oleh pelajar yang tidak bertamadun. Di penjuru sempit tandas itu, seorang pelajar lelaki yang bentuk badannya kelihatan kurus dan berkaca mata sedang dihimpit oleh tiga orang pelajar lelaki, dua orang berbadan biasa dan seorang berbadan besar berada di tengah-tengah pelajar lelaki berkaca mata itu.

“Bagi duit kau,” Kata pelajar lelaki berbadan besar itu.

“Aku tak bawa duit hari ni.” Lelaki berkaca mata bersuara dengan nada takut.

   “Aku kata bagi!”

   “Aku tak tipu!”

   “Setan!”

   Pelajar berbadan besar itu melepaskan tumbukan tepat ke arah perut pelajar berkaca mata itu. Tumbukan yang bertubi-tubi lagi dilepaskan oleh lelaki besar itu. Mangsa hanya mampu bertahan sahaja.

   “Geng, mari kita enjoy.” Ketiga-tiga pelajar lelaki itu membelasah sehabis-habis lelaki berkaca mata itu sampai dia rebah ke lantai tandas itu. Dia tidak melawan, dia hanya menahan, tetapi cara menahannya tidak kuat. Dia tidak mahu melawan kerana dia takut dia dipersalahkan oleh cikgu disiplin.

   “Fuh, best. Esok kalau tak bawa duit. Jadi taik kau nanti.” Pelajar berbadan besar itu memberi amaran kepada pelajar lelaki berkaca mata itu. Mereka bertiga meninggalkan pelajar malang itu dalam keadaan lebam dan luka banyak di badan, tangan dan mukanya.

   “Badrul, Afiq, Nas… Celaka kau.” Kata Faiz di dalam hatinya dengan penuh kebencian. Hari itu, Faiz tidak mahu kelas sehingga habis waktu sekolah. Dia duduk di dalam tandas itu tanpa diketahui oleh pelajar lain walaupun waktu rehat ada pelajar masuk ke tandas. Apabila semua orang di sekolah itu sudah balik, barulah Faiz keluar dari tandas itu dan balik dalam keadaan senyap dan sakit. Dia tidak suka duduk di dalam tandas itu dalam tempoh yang lama, tapi dia terpaksa, dia tidak mahu cikgu di sekolah tahu tentang kecederaannya.

   Faiz bin Haikal, pendiam, suka bersendirian, tidak ada ramai kawan tapi seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Tapi entah kenapa pelajar yang sama kelas dengan Faiz tidak mahu bergaul dengannya. Dan selalunya, Faiz banyak lakukan kerja sekolah sendiri, tanpa kawan. Study group tidak ada dalam kamus hidupnya. Guru kaunseling di sekolahnya kadangkala memanggil Faiz untuk bertanyakan tentang masalah, tetapi dia selalu memberi jawapan “saya ok” setiap kali perjumpaan.

    Faiz sudah lama dibuli oleh Badrul, Afiq dan Nas. Mereka bertiga selalu meminta wang dari dia. Walapun hati Faiz ingin melawan mereka bertiga, tetapi fizikal Faiz berkata lain pula. Dia tidak mahu mencalar disiplin dirinya di sekolah. Tetapi setelah sekian lama, hari ini hati Faiz betul-betul berasa amat geram. Terutamanya kebenciannya terhadap Badrul, pelajar berbadan besar itu.

   Tiba sahaja di rumah, yang tinggal hanya dia dan orang gajinya sahaja. Ibu bapa Faiz merantau ke luar negara kerana pekerjaan mereka, jarang pulang ke rumah. Amat jarang. Menambahkan lagi kesunyian di dalam rumah itu dan dirinya. Hari di mana Faiz mendapat keputusan dan anugerah cemerlang, ibu bapanya tidak hadir. Sibuk. Faiz naik masuk ke biliknya. Dia meletakkan beg sekolahnya di atas meja.

   Dia baring di atas katil sambil menonton filem di kaca televisyen LCD. Dia menonton filem The Texas Chainsaw Massacre. Filem itu amat ganas dan menjijikan. Faiz mempunyai satu tabiat yang gelap, dia suka menonton filem ganas dan aksi. Usai sahaja dia menyiapkan kerja sekolah, pasti dia akan menonton filem-filem tersebut.

   Pada malam itu, Faiz mendengar suara dari jiwanya yang kedua di dalam mimpi semasa dibuai lena. Di dalam minda Faiz, ternampak satu patung lelaki berbadan besar dan sasa berwarna merah lengkap sedang digantung sebelah kakinya dengan tali, dibiarkan terhuyung-hayang ke sana sini. Tidak lama kemudian, seorang lelaki berwajah sama seperti Faiz muncul berpakaian hitam lengkap, mendekati patung tersebut. Dia memegang kepala patung itu dan terus mengelar leher sedalam-dalamnya. Darah hitam pekat mengalir banyak keluar dari leher patung tersebut.

“Kau suka kan tengok benda ni?” Tanya jiwa kedua itu sambil tersenyum.

Faiz mengangguk.

“Kalau macam tu, cuba buat kat tiga budak anjing tu… Kau benci mereka kan?” Tanya lagi jiwa kedua itu sambil menjilat lebihan darah hitam yang berada di atas permukaan pisau yang dipegangnya.

Faiz mengangguk sekali lagi. Kali ini wajahnya penuh dengan rasa marah dan benci.

“Kalau macam tu kau buat satu pembalasan kepada mereka bertiga, mengikut style kau sendiri. Buat macam dalam filem-filem yang kau dah tengok.” Kata jiwa kedua itu.

“Aku kena bunuh mereka ke?” Tanya Faiz.

“Itu pilihan kau. Pembalasan. Kau nak bunuh boleh… tak nak bunuh pun boleh.”

“Kalau aku tak bunuh?”

“Ni yang kau dapat.” Tiba-tiba tiga lembaga hitam berbentuk seperti manusia muncul dihadapan Faiz. Badan berwarna hitam dengan rupa wajah yang sangat menakutkan. Tiga lembaga itu datang menuju laju ke arah Faiz membawa pukulan berapi.

“Kau akan dihantui selama-lamanya oleh mereka ni.”

“Aku nak bunuh! Aku nak bunuh!” Lembaga hitam itu hilang sebelum sempat melepaskan tumbukan berapi ke arah Faiz.

“Ingat, buat jahat dibalas kejam.” Pesan jiwa kedua kepada Faiz sebelum dia menghaibkan dirinya hilang dari pandangan Faiz. Minda Faiz mula mengimbas kembali kenangan hitam, dia dibuli sepanjang dia berada di sekolah itu. Apabila dia melihat, dia berasa sungguh geram, maruah dirinya dijatuhkan kotor sementah-mentahnya oleh pembuli.

 

JUMAAT, 8:00 PAGI…

 

Hari ini Faiz masih lagi dikeliling oleh Badrul, Afiq dan Nas. Mereka meminta duit lagi dari Faiz. Tetapi Faiz kali ini tidak melawan. Dia berikan duit.

“Bagus, macam ni la baru senang urusan kita. Aku untung, kau rugi taik hahahahah!!!” Badrul menyindir Faiz sambil bergelak ketawa bersama dua orang kawannya.

Sedang mereka berketawa. Faiz mengeluarkan sebilah pisau kecil dan dengan pantas mengelar leher Badrul. Ketawa Badrul terus hilang tatkala darah mengalir keluar dari lehernya. Afiq ditikam di perut sebanyak dua kali. Nas terus terkaku dan tidak berbuat apa-apa diserang oleh Faiz dengan satu tikaman dari bawah dagu terus menembusi mulut dan hidung. Mereka bertiga mati berlumuran darah.

Faiz berasa lega, baju sekolahnya dipenuhi dengan kesan darah, wajahnya juga. Faiz melihat tubuh badan Badrul, dia terus menikam badan Badrul berkali-kali. Darah terpancut keluar di setiap tikaman. Darah memenuhi lantai kotor tandas sekolah.

Yes! Yes! Yes!

“FAIZ!!!”

Kebetulan ada seorang cikgu yang lalu di situ melihat pembunuhan itu secara terang-terangan. Faiz melihat wajah cikgu itu.

“Cikgu, saya tak buat!” Kata Faiz melepaskan pisau dari tangannya yang dipenuhi dengan darah dalam keadaan yang takut.

 

BALAI POLIS TASEK JAYA, RABU, 10:30 MALAM…


   “Dia jahat!!!”

“Kau kejam!!!”

Faiz sedang disoal siasat oleh Inspektor Nordin di dalam bilik siasat.

“Dah terang-terang kau bunuh mereka, kau masih nak nidakkannya?”

“Saya tak bunuh dia, saya cuma nak buat pembalasan jer.”

“Membalas dengan membunuh… Kau memang kejam.”

“Tapi mereka tu buli saya!!!”

“Kau sepatutnya laporkan kat guru!”

“Saya tak nak orang lain masuk campur, ni hal saya, tindakan saya, filem saya. Saya nak jadi macam orang dalam filem tu. Diri saya yang kedua kata saya akan jadi hebat jika saya lakukan pembalasan tu.”

“Apa kau merepek ni!?”

“Sekarang ni kau bukan bercakap dengan Faiz, kau tengah bercakap dengan Fairuz. Akulah diri yang kedua tu.” Senyum Fairuz.

“Kau ni bukan pembunuh saja, tapi gila! Dah! Esok kau ada pembicaraan di mahkamah. Aku rasa peluang untuk kau menang memang tipis.”

Faiz dibawa ke salah satu sel penjara di Penjara Tasek Jaya, Faiz duduk di dalam sel itu. Tiba-tiba Fairuz muncul dihadapan Faiz.

Apabila Faiz nampak Fairuz, dia terus melulu ke arah Fairuz. Memegang ketat baju dan menghentaknya ke dinding.

“Ini semua salah kau!!!”

Banduan-banduan yang lain melihat sikap pelik Faiz kerana orang yang dipegang oleh Faiz tidak wujud di dinding itu. Faiz seperti bercakap dengan diri dia sendiri.

“Ni semua takkan terjadi kalau kau tak anti sosial, kau terlalu mengikut perasaan, selalu nak marah. Pendiam, dalam hati kejam. Kau sombong, kau tak tahu ada ramai pelajar nak berkawan dengan kau, tapi kau nak jugak bersendirian. Pentingkan diri sendiri. Kalau kau berdiri di atas nama kau, jaga maruah kau, selesaikan dengan cara undang-undang.”

“Habis tu, kenapa kau tunjuk patung tu?”

“Aku nak uji kau. Nampaknya kau memang tak boleh kawal perasaan. Aku tak kata kat suruh bunuh, aku kata buat pembalasan. Kau yang nak pilih bunuh. Tiga lembaga hitam tu, kalau kau selesaikan dengan cara minta maaf, nasihat atau berkata tegas. Lembaga tu takkan tumbuk kau.”

Faiz terus melepaskan genggaman dari baju Fairuz. Faiz berundur dan duduk bersandar ke dinding dalam keadaan longlai. Wajahnya kelihatan sedih dan menyesal.

“Mak bapak aku tak hiraukan pun pasal aku. Tak lawat aku pun. Tak nak tengok muka aku lagi.” Kata Faiz.

“Mak bapak kau pun tak jaga kau dengan baik. Selalu sibuk. Tak berikan kasih sayang yang cukup kat kau. Pasal mak bapak kau aku tak boleh bantu.” Balas Fairuz.

“Tak payah bantu, memang salah aku. Hidup aku memang sunyi. Aku suka sunyi. Dari kecil macam ni. Hidup aku memang dah berakhir. Silap aku sendiri.” Kata Faiz seperti tiada harapan cerah baginya.

 

PENJARA TASEK JAYA, ISNIN, 9:30 PAGI…


   Pembicaraan Faiz menemui jalan mati dan kalah. Faiz disabitkan kesalahan kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semasa hukuman gantung baru sahaja hendak dijalankan, Faiz berdoa agar segala dosanya diampun dan dia insaf dengan perbuatannya serta mendoakan juga supaya ibu bapanya sihat, pemurah dan kembali ke jalan yang benar.

“Ampunkan aku Ya Allah.” Kata Faiz di dalam hatinya.

Tali gantung dilepaskan, tubuh badannya dijatuhkan, lehernya dierat maut oleh tali yang digantungkan, Faiz meninggal dunia. Bertemu dengan alam barzakh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s