ULASAN (permainan video) – BLACK

Black, just Black. Hitam, gelap, ganas dan senang untuk diingati. Black merupakan permainan video first- person shooter yang telah dikeluarkan pada tahun 2006 oleh Criterion Games dan Electronic Arts untuk konsol PlayStation 2 dan Xbox. Dengan menggunakan enjin RenderWare, Black memecahkan benteng sistem grafik PS2 dengan cuba menolak grafiknya sehingga ke tahap maksima, sama seperti grafik di dalam game Killzone. Grafik di dalam Black cantik dari segi visual seperti cahaya tembakan sehinggalah kepada letupan besar.

Black diinspirasikan oleh filem-filem aksi yang berkaitan dengan tembakan dan letupan seperti Missing In Action, Rambo, Terminator dan lain-lain. Black juga telah memenangi anugerah untuk kualti bunyi terbaik dan fokus kepada efek kemusnahan semasa bermain.

Di dalam permainan video Black, pemain akan bermain sebagai Sergeant First Class Jack Kellar, seorang black ops soldier. Cerita akan dimulakan dengan soal siasat selama empat hari di dalam sebuah bilik kecil, Jack Kellar disoal siasat oleh seorang agen CIA. Jack Kellar perlu menceritakan segala-galanya tentang misinya untuk memburu ketua pengganas Seventh Wave, Lennox. Kebanyakan misi-misi yang pemain akan hadapi lebih kepada cerita imbas kembali atau flashback. 

Misi dalam game ini tidak banyak, hanya dalam enam atau tujuh misi. Namun apa yang penting di sini ialah cara atau style permainan ini berjalan. Pemain akan selalu melakukan misi berseorangan di dalam Black, cuma dalam beberapa misi sahaja pemain ditemani oleh dua orang black ops soldier, MacCarver dan Solomon. Objektif di dalam game ini ialah, tembak semua musuh dan musnahkan segalanya.

Pemain boleh membawa dua jenis senjata berbeza dan sembilan butir grenad. Black juga mempunyai sistem nyawa yang tidak akan memulihkan nyawa dengan sendirinya dan memerlukan health packs (ubat-ubatan) untuk menaikkan semula nyawa. Apabila nyawa pemain hanya tinggal dua bar sahaja, skrin akan bertukar menjadi hitam dan putih serta bunyi di sekeliling pemain akan menjadi rendah.

Walaupun tidak banyak pilihan senjata, tetapi setiap senjata mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi reka bentuk dan reload animation dan bunyi tembakan (Saya suka M16). Apabila pemain berada di dalam petempuran, karakter pemain akan mengisi peluru senjata dalam keadaan pantas dan kelam-kabut, tetapi apabila tak berada di dalam petempuran, karakter pemain akan mengisi peluru senjata dalam keadaan santai dan lambat. Ini untuk menunjukkan karakter pemain mempunyai jiwa. Pemain juga dibekalkan dengan silencer sepanjang permainan, pemain boleh merancang strategi sama ada hendak bermain secara senyap atau  just go guns blazing.

Black menggunakan zoom in senjata tradisional, tidak seperti Call of Duty, iaitu kamera akan zoom in dekat ke arah muncung hadapan senjata, menyukarkan lagi pemain untuk membidik sasaran. Shotgun tidak boleh di zoom in. Semasa reload animation berlaku, skrin akan menjadi kabur, kamera akan menfokuskan kepada senjata, ini untuk memberikan ‘rasa’ untuk pemain terhadap senjata tersebut.

Setiap benda yang berwarna merah seperti tong dan periuk api sebagai contohnya ialah bahan letupan. Di dalam Black, pemain akan boleh menembak benda berwarna merah untuk menumpaskan musuh. Walaupun efek kemusnahan di dalam game ini tidak sehebat Battlefield 3, tetapi ia masih lagi memberikan pengalaman yang hebat kepada pemain. Dinding, pintu, benteng berkonkrit dan kayu boleh dimusnahkan di sesetengah bahagian.

Sambil pemain menembak, pemain juga boleh mencari fail atau dokumen sepanjang misi berjalan. Ada empat tahap di dalam Black, easy, normal, hard dan Black ops. Easy, health packs akan diberikan banyak dan tidak perlu mencari dokumen. Normal, pemain masih lagi dibekalkan dengan health packs (tidak banyak), dan perlu mencari dokumen. Hard, health packs tidak dibekalkan, dokumen perlu dicari dan boleh unlock tahap Black ops. Setelah pemain selesai pada tahap normal, hard atau Black ops, pemain akan dapat mencuba setiap senjata yang disaluti dengan perak (Silver weapons), peluru juga akan menjadi unlimited. Pada tahap Black ops, health packs tidak dibekalkan, pemain akan dapat mencuba senjata M16-A2 yang disertakan sekali dengan pelancar grenad.

Musuh di dalam game ini juga kuat, ia memerlukan 10 hingga 20 tembakan di badan. Jika pemain membidik kepala musuh, hanya memerlukan 1 tembakan untuk musuh biasa dan 20 butir peluru untuk musuh yang memakai shotgun, Manakala, musuh berperisai pula memerlukan pemain untuk melontarkan 2 atau 3 butir grenad untuk jatuhkan mereka. Sniper dan RPG akan selalu berada di atas bangunan, juga memerlukan banyak tembakan untuk menumpaskan mereka. Walaupun pemain menembak ke arah musuh dengan banyak, tetapi tiada darah berlumuran yang terdapat di dalam game ini, pendek kata, game ini tidak ada darah.

Bunyi tembakan untuk setiap senjata adalah seperti bunyi tembakan di dalam realti. Setiap bunyi tembakan pada senjata masing-masing dikaji dengan penuh teliti untuk mendapatkan

bunyi yang sebenar. Lagu di dalam Black dikomposerkan oleh Michael Giacchino.

Black, walaupun jalan cerita dan bilangan misinya pendek, tetapi dari segi aksi tembakan, letupan dan efek kemusnahannya cukup menyerlah. Grafik Black juga tidak kurang hebatnya, sesuai dengan tahap untuk sistem PS2. Lagu dan bunyi juga memberikan impak yang mendalam dan berkesan yang dapat melahirkan rasa marah, cemas dan penuh thriller. Ini juga merupakan antara permainan video kegemaran saya di PS2. Jika pemain mahukan game menembak yang lebih memfokuskan ke arah gameplay dan bukan storyline, inilah gamenya, Black.

Storyline : 3 / 5

Gameplay : 5 / 5

Sound and music : 4 / 5

Graphics : 4 /5

Overall : 8 / 10

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s