ULASAN (permainan video) – DOOM 1 DAN DOOM 2

Baiklah, hari ni saya nak cerita tentang video game yang baru saja saya download tempoh hari secara percuma, DOOM. Walaupun dulu, saya tak pernah bermain Doom 1 dan 2. Tapi seingat saya, waktu saya masih kecil, saya pernah bermain Doom 3. Ia sememangnya permainan video yang mencabar dan menakutkan. Tetapi, elemen-elemen yang terdapat dalam Doom 3 berbeza dengan Doom 1 dan 2. Kedua-dua game tersebut lebih menekankan banyak action dan elemen horror juga ada tetapi tidaklah menakutkan, malah himpunan lagu dalam Doom 1 dan 2 lebih rancak, rock dan lebih menarik. Berbeza pula dengan Doom 3, action agak kurang sedikit, tetapi elemen horror memang menjadi.

Saya akan review dulu tentang Doom 1. Doom ialah video game first-person shooter yang telah dicipta pada tahun 1993  (versi update The Ultimate Doom pada tahun 1995) oleh id software untuk computer MS-DOS, Microsoft, Xbox, Xbox360, PS3, Linux, Atari Jaguar dan beberapa lagi platform. Permainan video Doom terkenal kerana telah mempopularkan genre FPS dan memperkenalkan networked multiplayer gaming. Tanpa Doom, tidak akan ada multiplayer. Tanpa Doom jugalah, tidak akan wujud perkataan “Deathmatch” yang telah dicipta oleh salah seorang game designer id software, John Romero. Doom bagaikan sebuah evolusi atau anjakan paradigma bagi permainan video bergenre FPS dari segi grafik dan gameplay.

Jalan cerita Doom apabila gamer bermain sebagai seorang space marine yang tidak bernama atau peminat mengelarnya sebagai Doomguy. Doomguy telah dihantar ke planet Marikh untuk ditugaskan bekerja di bawah Union Aerospace Corporation (UAC). Di sana, UAC menjalankan eksperimen teleportasi untuk mencipta pintu masuk ke antara dua bulan Phobos dan Deimos. Tetapi sesuatu yang buruk telah berlaku, sistem komputer di Phobos tidak berfungsi dan bulan Deimos tiba-tiba hilang. Menyebabkan pintu teleportasi telah membuka pintu ke neraka dan mengakibatkan banyak raksasa dan iblis masuk ke  stesen makmal UAC di planet Marikh dan membunuh atau merasuk ke semua orang yang berada di dalam stesen tersebut sehingga hanya tinggal Doomguy seorang saja. Jadi, dia terpaksa berlawan dengan semua iblis dan raksasa serta masuk ke dalam neraka untuk mencari ketua yang mengetuai penjajahan ke atas planet Marikh itu.

Gameplay untuk Doom, gamer akan bermain dalam first person perspective dan tidak mengamalkan scripted action event seperti Call of Duty, Doom lebih memberikan kebebasan atau non-linear untuk pemain mengeksplorasi kawasan dalam map tersebut.. Objektif pemain senang saja, cari tiga kunci dengan warna berbeza, merah, biru dan kuning. Seterusnya, pemain perlu menggunakan kunci tersebut untuk mencari pintu keluar “exit”. Dan last but not least, bunuh ke semua musuh yang pemain nampak. Dalam game, pemain akan sentiasa berseorangan, jangan harapakan bantuan dari sesiapa kerana game ni memerlukan survival skill yang kuat untuk terus hidup dan mara ke level seterusnya. Apa yang penting, pemain perlu pandai elak serangan musuh, jaga nilai nyawa dan perisai serta jimatkan jumlah peluru.

Fist, pistol, shotgun, chainsaw, chaingun, plasma rifle, rocket launcher dan BFG 9000 adalah antara senjata yang disediakan untuk pemain. Sepanjang bermain, pemain boleh mengumpul helath pack kecil dan armor kecil untuk meningkatkan nyawa dan perisai pemain sehingga 200%. Backpack pula berfungsi untuk membawa lebih banyak peluru. Berserk pack juga dapat memulihkan nyawa dan dapat melakukan tumbukan dua kali ganda lebih kuat daripada biasa. Souls sphere, computer maps, nightvision, invisibility, dan protective suit juga adalah antara barang yang disediakan untuk pemain.

Sepanjang anda bermain, pemain akan berkonfrontasi dengan pelbagai jenis musuh dari zombieman, Imp, demons, Cacodemon, Hell Knight, Mancubus sehinggalah ke boss battle seperti Cyberdemon, The Spider Mastermind dan lain-lain. Setiap musuh akan memberikan cara serangan berbeza dan merbahaya. Pemain juga perlu bijak untuk memilih senjata yang sesuai untuk musuh yang tertentu. Pemain juga boleh mencari “secrets” yang tersembunyi di setiap penjuru dalam map untuk setiap level.

Doom 2 pula telah dikeluarkan pada tahun 1995. Plotnya bersambung selepas tamatnya Doom 1, kali ni Doomguy berjaya selamat tiba kembali ke planet bumi. Tetapi malangnya, bumi juga telah di invasi oleh raksasa dan iblis dari neraka. Mereka telah membunuh ramai manusia. Doomguy cuba untuk menyelamatkan manusia yang terselamat. Penduduk bumi yang sudah membina kapal angkasa cuba untuk keluar dari bumi, tetapi tidak berjaya kerana pihak musuh telah membina satu perisai lut sinar yang menghalang mereka keluar. Doomguy cuba membantu dan berjaya menghapuskan perisai tersebut. Manusia berjaya keluar, meninggalkan Doomguy keseorangan di muka bumi, menunggu saat untuk mati. Tetapi, salah seorang manusia yang berada di dalam kapal angkasa menghantar panggilan radio ke Doomguy mengatakan mereka dapat mencari punca dan dari mana pihak musuh masuk ke bumi, tempatnya ialah di tempat tinggal Doomguy.

Doomguy bergegas ke sana dan cuba untuk masuk ke dalam neraka sekali lagi untuk mengalahkan Icon of Sin boss battle terakhir, sekali gus menghapuskan pintu teleportasi ke neraka dan menyelamatkan bumi.

Dari segi gameplay tidak banyak yang berubah, masih lagi dengan objektif yang sama. Cuma kali ni, map lebih besar dan senjata baru telah diperkenalkan iaitu SSG atau Super Shotgun. Ada beberapa musuh yang baru juga telah diperkenalkan seperti heavy weapon dude, revenant, pain elemental, Arch-vile.

Doom ialah satu permainan yang mencabar dan kadang-kadang lebig mencabar daripada game-game yang ada sekarang. Video game seperti Serious Sam, Quake dan lain-lain yang memerlukan pemain hanya tembak musuh dalam kuantiti yang banyak semuanya mengikut style sama seperti Doom. Jadi tidak hairanlah, sampai sekarang ada peminat tegar masih lagi bermain game ini walaupun umur Doom sudah mencecah 20 tahun lebih, tetapi still di minati ramai kerana pemain boleh mengubah suai atau mencipta map atau mods yang menarik dan menyeronokkan. Itu adalah satu sebab kenapa game ini masih lagi wujud dan aktif sehingga sekarang. Dengan kemunculan Doom 2016, pasti peminat tegar Doom tidak sabar untuk menantikan game terbaru dan paling ditunggu-tunggu itu.

Story : 4.9 / 5

Gameplay : 5 / 5

Soundtrack : 5 / 5

Graphics : 4.9 / 5

Overall : 5 / 5

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s