ULASAN (permainan video) – FAR CRY 3

    “What is the definition of insanity? Is doing the same f**king thing over and over again.” Oh yeah! Karakter Vaas memang terbaik dalam game Far Cry 3. Dia membawa kita sebagai pemain masuk ke dalam alam kegilaan yang penuh dengan kekejaman, kemarahan dan fantasi yang tidak masuk akal, di atas pulau yang penuh dengan benda misteri menanti pemain. Sampaikan fikiran Jason Brody hampir terikut-ikut seperti Vaas. Disebabkan personaliti yang menarik dan gila dari karakter Vaas Montenegro membuatkan Far Cry 3 adalah game yang terbaik untuk tahun  2012.

 

     Far Cry 3 ialah permainan video bergenre first-person shooter yang telah dikeluarkan oleh Ubisoft Montreal, dengan kerjasama dari Ubisoft Massive, Ubisoft Shanghai, Red Storm Entertainment dan Ubisoft Reflections pada tahun 2012 untuk pelantar PS3, Xbox 360 dan PC. Game ni menggunakan Dunia Engine 2 yang telah dinaik taraf untuk mencapai hasil yang terbaik dari segi grafik, animasi, motion capture dan audio, lebih baik dari game yang sebelumnya, Far Cry 2.

 

    Anda akan bermain sebagai Jason Brody, budak bandar, manja dan masih keliru ke mana  hala tuju dalam  kehidupannya pada masa akan datang. Jason Brody sedang bercuti bersama-sama dengan Grant (abang), Riley (adik), Liza (teman wanita), Daisy, Keith dan Oliver di Bangkok, Thailand untuk meraikan Riley yang telah mendapat lesen kapal terbang. Semasa mereka bertujuh sedang melakukan aktiviti skydiving, mereka mendarat di sebuah pulau yang terletak di antara lautan Hindi dan lautan Pasifik, Rook Island. Malangnya mereka semua ditangkap oleh lanun-lanun yang berada di bawah pengaruh Vaas dan diletakkan di dalam kem tahanan, menunggu untuk dijual. Jason berjaya melarikan dari kem tahanan Vaas, tetapi tidak bagi abangnya, Grant.

 

    Selepas jatuh ke dalam sungai, Jason diselamatkan oleh Dennis Rogers, dia berkerja untuk suku Rakyat. Dennis melihat potensi Jason untuk mengikut tradisi Rakyat “Path of the warrior” dalam misi Jason untuk menyelamatkan rakan-rakannya dan dalam masa yang sama membantu Citra, ketua suku kaum Rakyat untuk menghapuskan Vaas dan  juga Hoyt, seorang ahli perniagaan yang menjalankan urus niaga seperti pemerdagangan hamba dan pengedaran dadah.

    Gameplay dalam Far Cry 3 sangat menyeronokkan dan mencabar. Di atas pulau Rook ni, pemain boleh pergi meneroka ke mana-mana saja kerana game ni adalah open-world. Terdapat banyak item tersembunyi boleh dicari seperti surat dari tentera Jepun yang sudah mati, kad memori dan patung artifak. Far Cry 3 juga menggunakan sistem experience points, karakter akan berada di tahap yang paling lemah dahulu. Setiap musuh yang telah ditumpaskan oleh pemain akan diberikan points. Apabila meter XP sudah mencapai tahapnya, pemain akan diberi peluang untuk upgrade karakter anda di skill trees.

Terdapat tiga bahagian dalam skill trees, Shark, Heron dan Spider. Setiap skill trees ni mempunyai kelebihan yang berbeza. Contohnya, Spider untuk serangan senyap dan kemahiran memburu, Heron untuk serangan jarak jauh dan mobiliti, Shark untuk serangan hadapan dan peningkatkan nyawa. Apabila satu skill sudah unlock dalam satu bahagian. Pemain dapat menggunakan kebolehan itu, contohnya seperti kemahiran mengelongsor, larian yang lebih laju, kalis api, ketepatan menembak, nafas lebih panjang semasa berenang dan menembak (sniper) dan sebagainya.

Di atas pulau ni, bukan musuh saja yang pemain perlu risau, Binatang liar yang berada di sekeliling pemain juga perlu risaukan. Terdapat banyak jenis binatang liar dalam Far Cry 3, ada yang sesetengahnya tidak merbahaya seperti tapir, rusa, kerbau, burung dan sebagainya, melainkan anda cari pasal memang dia akan serang anda. Binatang yang memang bahaya semestinya harimau Sumatra, beruang liar, ikan yu, buaya, harimau bintang, anjing liar dan yang paling saya benci burung kasawari. Burung ni memang suka cari pasal, dia akan gerak ke arah kita dengan perlahan sebelum dia menyerang kita. Apapun, setiap haiwan-haiwan ni mempunyai kelebihan yang akan menjadi berguna buat kita sebagai pemain. Selepas anda membunuh haiwan tersebut, anda menyiat kulit binatang itu. Dan kulit itu boleh digunakan untuk menambah bilangan senjata yang boleh dibawa, jumlah grenad, peluru dan bekalan ubat-ubatan.

Pada permulaan permainan, anda hanya boleh membawa satu senjata sahaja, maksimum empat senjata. Jumlah bahan letupan boleh dibawa sehingga 12 butir, ada empat jenis bahan letupan, grenad, molotov, C4 dan mine. Jumlah picagari boleh dibawa sebanyak 15. Game ni menggunakan sistem health meter, tapi boleh dipulihkan dengan menggunakan health syringes. Anda boleh membuat health syringe dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan tertentu. Terdapat banyak jenis tumbuh-tumbuhan di atas Rook island dan bukan saja boleh mencipta picagari untuk meningkatkan nyawa saja, malah lebih dari itu. Terdapat lima warna yang ada tumbuhan tersebut dan setiap dari warna itu mempunyai berlainan fungsi. Contoh, tumbuhan hijau untuk tingkatkan nyawa, kuning untuk tingkatkan keupayaan skil memburu Jason, merah memberikan fokus kepada Jason semasa dalam petempuran, biru untuk tingkatkan kebolehan Jason untuk meneroka, putih untuk kesan fokus semasa berlawan. Jika pemain dapat menyelesaikan misi tertentu, anda boleh mendapat resepi rahsia untuk mencipta picagari baru, anda boleh gabungkan ke semua tumbuhan ini untuk mencipta resepi rahsia tersebut.

   Semasa menembak, pemain boleh berlindung di belakang objek dan mengintai kiri dan kanan untuk menembak. Pemain bebas untuk memilih cara bermain, sama ada senyap atau bising. Pemain boleh menggunakan special attack yang dikenali sebagai “takedowns”, pemain boleh menyerang musuh dari posisi depan, belakang, atas dan bawah dengan menggunakan machete. Pemain boleh menggunakan kamera untuk mengunci pergerakan musuh atau haiwan supaya pemain boleh terus menjejakinya. Musuh juga mempunyai jenis yang berlainan seperti heavy gunner, charger, sniper, flamer, assaulter, berserker dan defender. Selain menyelesaikan misi utama. Pemain juga boleh menyelesaikan misi sampingan seperti membantu orang tempatan, menyerang kubu utama musuh di kawasan tertentu dapat mengambil alih semula kawasan tersebut dari lanun, mengaktifkan menara radio dapat mendedahkan lokasi kawasan dan banyak lagi. Far Cry 3 juga menyediakan mini games seperti poker, baling pisau, supply drop, trial of the rakyat, wanted dead, memburu dan sebagainya.

Senjata boleh dibeli di kedai atau boleh dapatkan secara percuma jika pemain lebih banyak mengaktifkan menara radio. Ada lebih 35 jenis senjata antaranya ialah P416, AK-47, F1, 1911, MS16, U100, MKG, flamethrower dan banyak lagi. Semua senjata boleh diubah suai kecuali AK-47, GL-94 dan RPG-7 yang hanya boleh menukar warna sahaja. Senjata lain boleh ditambahkan attachments seperti red dot sight, silencer, extended mags, weapon camo. Senjata kegemaran dalam game ni? M-700 untuk jarak jauh, U100, P416 dan pistol silent Shadow. Di dalam 35 jenis senjata itu, disenaraikan “Signature Weapons” senjatanya lebih kurang sama macam yang dah kita ada, cuma lebih kuat.

Terdapat beberapa jenis kenderaan yang boleh dinaiki oleh pemain seperti jeep, kereta biasa, ATV, jet ski, Buggy, hang glider dan trak. Kawalan semasa memandu baik begitu juga semasa menembak. Kenderaan yang sudah hampir rosak boleh dibaiki dengan menggunakan repair tools. Paling seronok adalah semasa menggunakan hang glider, saya dapat melihat setiap kawasan di atas pulau itu dari atas udara. Memandu ATV juga mencabar dan menarik. Tetapi yang tak bestnya, anda tak boleh menembak sambil memandu.

Grafik dalam game ni memang cantik, berwarna-warni, malah seakan-akan kita memang berada di atas pulau tu. Perubahan cuaca yang dinamik, efek air yang cantik dan efek api yang terbaik, jika pemain menggunakan molotov atau pelancar api. Api tersebut boleh merebak ke rumput dan pokok. AI musuh hanya kelihatan biasa saja, tapi itu tidak mencacatkan permainan. Penggunaan motion capture juga baik. Manakala, skor musik dikomposerkan oleh Brian Tyler, lagunya cukup memberikan kita rasa seperti kita sedang memburu musuh atau diburu. Lagu Skrillex nyanyian Damian Marley, Make it bun dem memang kena bunyinya dengan misi Jason membakar ladang membuat dadah milik Hoyt. Misi tu menjadi permulaan dalam perubahan diri Jason Brody dari seorang yang pengecut menjadi seorang yang obses dengan pembunuhan.

Ada beberapa elemen yang sepatutnya di bawa keluar dari game Far Cry 2 masuk ke dalam Far Cry 3. Weapon jammed dan healing animations. Sepatutnya Ubisoft bawa sistem weapon jammed tu sebab petempuran akan jadi lebih sengit dan mencabar kerana pemain tidak akan berada di tempat selesa, mereka akan selalu risau tentang keadaan senjata dan bertungkus-lumus untuk mengatasi masalah weapon jammed. Healing animations sepatutnya lebih banyak, tidak hanya terikat kepada membalut, mencabut, mengorek luka di tangan atau membetulkan tangan yang dah patah. Far Cry 2 lebih banyak healing animations, walaupun ada sesetengahnya tidak logik, tapi lebih menarik. Tidak hanya terikat kepada bahagian tangan saja, tapi di kaki dengan pelbagai jenis teknik untuk memulihkan meter nyawa.

Macam Far Cry 2, kita boleh pilih hendak memihak ke puak mana-mana yang kita suka. Dalam Far Cry 3, kita hanya boleh memihak satu puak saja iaitu Rakyat. Saya juga teringin hendak bermain di pihak jahat, maksud saya di pihak Vaas. Sebab Vaas memang tak sukakan kakaknya, Citra yang mengamalkan ritual dan kepercayaan karut-marut yang menjadi punca Vaas memberontak tetapi malangnya Vaas juga telah diracuni oleh Hoyt dengan wang, dadah dan kekejaman. Tapi tahap kegilaan Vaas memang ekstrem membuatkan orang yang berfikiran normal seperti Jason menolak sementah-mentahnya Vaas. Namun, di penghujung jalan cerita, fikiran Jason Brody juga sudah hampir merupai sama seperti Vaas, tapi Vaas lebih gila. Ada dua penamat yang pemain boleh pilih, selamatkan kawan-kawan Jason atau tinggal di atas pulau itu bersama dengan Rakyat. Apa yang menarik di sini adalah, kita sebagai pemain diberi kuasa untuk memilih jalan yang tepat untuk kehidupan Jason seterusnya. Tetapi diri Jason berkata dia lebih suka tinggal di atas pulau tersebut. Jadi, kita, kita sebagai pemain perlu menyedarkan Jason supaya kembali kepada dirinya yang asal semula, ingat tujuan utamanya adalah untuk selamatkan rakan-rakannya dan keluar dari pulau tu. Kalau kita biarkan saja, maka kita gagal menentukan hala tuju hidup protagonist. Game ni mengajar saya supaya tidak lupa asal-usul, dari mana saya datang, walaupun merantau jauh ke tempat asing.

Kalau anda sukakan game ni, anda boleh membelinya di kedai game atau online. Game ni menjadi perhatian ramai kerana jalan cerita, watak, grafik dan gameplay yang menarik, ianya macam pakej “bercuti sambil membunuh”. Far Cry 3 juga menyediakan multiplayer dan 4 co-op modes serta map editor di mana pemain boleh mencipta level design sendiri dan berkongsi ciptaan anda dengan rakan-rakan. Harap anda menyukai review saya kali ni. Auf Wiedersehen.




Storyline : 5 / 5


Gameplay : 4.8 / 5


Graphics : 5 / 5


Sound and music : 5 / 5


Overall : 9.5 / 10

 



    

    

    

    

    

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s