ULASAN (permainan video) – HOMEFRONT

Homefront, game first-person shooter yang telah diperkenalkan pada bulan Mac dan April 2011 oleh Kaos Studio dan THQ untuk pelantar PS3, Xbox 360 dan PC. Game ni menggunakan enjin Unreal Engine 3, enjin yang pernah digunakan dalam siri game Gears of War. Saya bermain game ni di komputer. Kawalan game boleh diubah suai. Homefront ada positif dan negatifnya. Is not a bad game, is was an ‘OK’ game.

    Cerita Homefront bermula pada tahun 2027, Korea Utara melancarkan penjajahan besar-besaran ke atas negara Amerika Syarikat. Anda akan bermain sebagai Robert Jacob, seorang bekas juruterbang helikopter untuk U.S. Marine Corps. Robert Jacobs menyertai pasukan penentang (resistance) untuk melawan balik tentera Korea Utara. Bagi saya, jalan cerita Homefront menarik kerana game ni menggunakan Korea Utara sebagai musuh utama. Game FPS yang lain hanya menggunakan Rusia atau timur tengah sebagai musuh dalam game mereka.

   Saya menyukai trailer game Homefront yang bertajuk Future History, mereka menunjukkan bagaimana dengan bermula kematian Kim Jong- il, anaknya pula Kim Jong-un mengambil tempat bapanya sebagai ketua negara Korea Utara pada tahun 2013, dan menyatukan Korea Utara dan Selatan menjadi Greater Korean Republic (GKR). Dari insiden kenaikan harga minyak di timur tengah sehinggalah ke kejadian Asian Bird Flu pada tahun 2022. Pada tahun 2025, GKR menghantar isyarat mesej ‘keamanan’ melalui satelitnya, tetapi sebenarnya ialah pelancaran tembakan EMP (Electromagnetic Pulse) ke atas Amerika Syarikat. Memudahkan tentera GKR melakukan ‘soft invasion’ ke atas negara Uncle Sam tersebut kerana semua peralatan elektronik tidak berfungsi dan tentera U.S. banyak mengunakan peralatan elektronik dalam senjata mereka. Jalan cerita dalam Homefront juga mengambil inspirasi dari filem Red Dawn (1984).

    Dari sudut positif, Homefront dapat menangkap perasaan saya dalam menyampaikan atmosphere yang menakutkan tentang bagaimana peperangan dapat memberikan kesan yang buruk ke atas masyarakat. Dari pembunuhan besar-besaran sehinggalah ke pengebumian rakyat Amerika yang dilakukan oleh tentera GKR. Perasaan takut itu sampai. Scene ibu melindungi anaknya dari tembakan yang bertalu-talu oleh tentera GKR, budak lelaki kelaparan meminta makanan dari Connor Morgan, kesusahan dan kepayahan mereka demi meneruskan kelangsungan hidup dan budak lelaki melihat ibu bapanya ditembak hidup-hidup di depan matanya. Ke semua scene tersebut memang dapat menangkap kesedihan dan  keburukan peperangan. Melihat scenes tersebut mengingatkan saya kepada bertapa susahnya penduduk Tanah Melayu dulu hidup dalam penjajahan Jepun. Ini membuatkan kita menghargai kemerdekaan yang kita capai, bebas dari cengkaman penjajah.

   Gameplay, sama saja seperti kebanyakan FPS yang lain. Anda akan berlawan bersama-sama dengan Connor Morgan, Hopper dan Riana. Misi mereka adalah untuk mengambil semula Golden Gate Bridge di San Francisco. Walaupun game ni menggunakan health regenerate system, tetapi game ni tidak seperti Call of Duty. Walaupun anda bermain dalam normal difficulty, anda akan mati selepas mendapat lima atau enam tembakan. Jadi, tidak digalakkan untuk melakukan melee attack kecuali bila anda dah betul-betul dekat dengan musuh.

    Pilihan senjata ok dan rekaan senjata juga ok, shotgun dalam game ni memang powerful. Terdapat banyak pilihan senjata, tetapi tidak banyak seperti dalam game Call of Duty Modern Warfare. Sekurang-kurangnya lima atau enam tembakan untuk membunuh tentera GKR dalam Homefront, kerana mereka pakai body armor yang tebal dan kuat. Pakaian tentera GKR mengingat saya kepada musuh dalam game Black, tetapi musuh dalam game Black lebih mencabar dan susah untuk ditumpaskan. 20 butir peluru di kepala, 30 atau 40 butir peluru di badan untuk shotgunner dalam game Black.

    Dalam game ni anda boleh kontrol Goliath, unmanned vehicle. Anda boleh highlight targets dengan menggunakan scope targeter untuk memudahkan kerja Goliath untuk menumpaskan musuh. Dalam game Homefront akan ada satu misi di mana pemain mengawal helikopter, kawalan helikopter dalam game ni baik. Sound dan musik juga baik, skor musik dikomposerkan oleh Matthew Harwood. Grafik pula bagi saya ok, tapi saya tak kisah sangat sebab saya main game untuk storyline dan merasai perasaan takut disebabkan oleh peperangan. Hanya kerana ideologi berlainan, nyawa orang-orang yang tidak bersalah dibunuh.

     Dari sudut negatif, game ni amat pendek, terdapat empat atau lima misi saja. Saya harapkan game ni lebih panjang, mereka boleh saja mendalamkan lagi jalan cerita Homefront. AI dalam game juga tak bagus, kadang-kadang team kita sendiri hanya berdiam saja tanpa melakukan apa-apa. But I still wish this game was longer because it has a great storyline. Mungkin kerana mereka tak cukup bajet kerana selepas game ni dikeluarkan, THQ menghadapi bankruptcy, manakala Kaos Studio ditutup.

    Crytek membeli hak cipta game Homefront, dan mereka meneruskan sekuel game ni dengan tajuk Homefront : The Revolution. Dengan menggunakan CryEngine 3 serta dengan kerjasama dari syarikat Deep Silver. Jika anda bermain dengan game Homefront, anda boleh cuba bermain game ni. Untuk multiplayer, mungkin boleh kerana game ni mendapat respon yang positif kerana multiplayer mode. Kalau anda tak kisah dengan misi yang pendeknya, dan hanya ingin merasai bagaimana menjadi pasukan penentang, berjuang untuk tanah air, game ni untuk anda.

Story : 4 / 5


Gameplay : 3.5 / 5


Graphics : 3 / 5


Sound and Music : 4 / 5


Overall : 5 / 10

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s