ULASAN (Permainan video) – Call of Duty : Modern Warfare 2

   insmaps_mw2

      Setelah Call of Duty 4 : Modern Warfare mendapat sambutan yang luar biasa pada tahun 2007. Infinity Ward dan Activision menyengat sekali lagi dengan sekuelnya, Call of Duty : Modern Warfare 2 pada tahun 2009 untuk pelantar PS3, Xbox 360 dan PC.


STORYLINE

   Ultranasionalis berjaya menguasai negara Rusia dan mereka ingin mengadakan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Tetapi orang kanan Imran Zakhaev, Vladimir Makarov tidak bersetuju. Lantas dia melancarkan kempen membalas dendam terhadap dengan melakukan serangan pengganas ke atas negara-negara barat eropah.

     PFC Joseph Allen, U.S. Army Ranger yang bertugas di Afganistan telah direkrut oleh General Shepard untuk tugasan pengintipan CIA untuk menumpaskan pengganas antarabangsa tak lain dan tak bukan, Vladimir Makarov. Namun malang tidak berbau, Allen aka Alexei Borodin telah dibunuh oleh Makarov selepas dia mengetahui identiti sebenar Allen dalam insiden serangan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam di Zakhaev International Airport, Rusia.

     Pihak berkuasa Rusia menemui mayat Allen dan mengatakan serangan tersebut telah dilakukan oleh orang Amerika. Api kemarahan membuak-buak naik dalam jiwa rakyat Rusia, lantas mereka melancarkan serangan ke atas negara Uncle Sam.

    Kali pertama penulis bermain MW2 ni, penulis tertarik dengan karakter General Shepard, selaku ketua kommad U.S. Army Ranger, Task Force 141 dan Shadow Company. Perwatakannya dan dialog-dialog heroic jelas menunjukkan ciri-ciri keperibadian seorang pemimpin, membawa bala tenteranya menuju ke arah kemenangan, kebebasan dan patriotik.

    Namun General Shepard seperti ‘kebenaran yang penuh dengan penipuan’. Dia membelot semua anggota Task Force 141 untuk mencapai matlamatnya iaitu membalas dendam untuk kematian 30,000 tentera USMC yang berada di bawah arahan dalam game yang sebelumnya dan obses untuk menjadi wira negara supaya dia mendapat balik maruahnya selepas gagal dalam operasi ketenteraan yang lalu.

   Sementara Makarov pula seorang yang berpegang kepada ‘peperangan ialah keuntungan’. Dia amat benci akan negara-negara barat terutamanya negara Uncle Sam. Dia tidak mahu negara Rusia ‘berkawan’ dengan Amerika kerana dia tahu sifat Amerika yang suka melakukan perbuatan ‘anai-anai memakan kayu sedikit demi sedikit’. Makarov dan Shepard, dua individu dengan objektif, visi dan misi tersendiri.

        Yang tersepit di antara dua individu berkuasa tersebut ialah Soap MacTavish, Captain Price dan lain-lain. Berperang tanpa mengetahui niat sebenar ketua mereka sehinggalah Captain Price dan Soap MacTavish mengetahui rancangan General Shepard.

         Captain Price ialah ‘suara kebenaran yang sebenar’, tetapi suaranya tidak diendahkan dunia. Malah dia dilabel sebagai most wanted oleh Uncle Sam kerana membunuh Shepard. Mereka lebih mempercayai suara Shepard yang penuh dengan penipuan.


GAMEPLAY

    Pemain akan bermain lebih dari satu karakter, PFC Joseph Allen, SGT Gary ‘Roach’ Sanderson, Private James Ramirez dan Captain ‘Soap’ MacTavish. Corak permainan sama seperti game COD yang lalu.

      Kempen SGT Roach sebagai anggota Task Force 141 bersama dengan Captain MacTavish lebih kepada misi antarabangsa seperti di negara Brazil, Rusia dan Afganistan. Sementara kempen Private James Ramirez sebagai U.S. Army Ranger lebih kepada di negara U.S. iaitu di Virginia dan Washington D.C..

      Kalau COD 4 ada pesawat AC-130. Dalam MW2, penulis dapat cuba mengawal predator missile. Pemain tidak dapat mengawal pesawat kecil tersebut, tetapi dapat mengawal peluru berpandu. Pemain dapat mengawal peluru berpandu tersebut melalui satu skrin seperti komputer riba. Impak letupannya memang maha dahsyat.

     Terdapat beberapa penambahan senjata dalam MW2 antaranya seperti Vector, TMP, FN2000, FAL dan lain-lain. Shotgun attachment ditambah selain pelancar grenad.  Satu lagi attachment heartbeat sensor yang bertindak seperti radar pengesan musuh. Pemain akan menjumpai heartbeat sensor ini di senjata ACR, AA-12 dan M240.

        Selesai bermain mod story, pemain boleh melompat masuk ke dalam mod spec ops. Di mod spec ops, pemain boleh mencabar diri untuk selesai beberapa misi. Misi-misi ini dimasukkan ke dalam lima kumpulan Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo. Apabila pemain dapat menamatkan satu misi itu, pemain akan menerima bintang dan bintang itu akan digunakan untuk unlock empat lagi kumpulan misi dalam spec ops. Lebih tinggi difficulty, lebih banyak bintang. Misi-misi spec ops ini terdiri dari perlumbaan, defusing bomb, sniping, body count dan lain-lain.


GRAPHICS

      Dari segi grafik, game ni menggunakan IW 4.0. Tekstur senjata dan karakter lebih cantik dan smooth. Heads-up display juga telah diperbaharui, tetapi penulis lebih suka HUD dari game COD 4 kerana ia nampak lebih kemas, objective marking dalam COD 4 berada di dalam kompas berbanding dengan MW2 yang berada di skrin pemain. Bagi penulis, grafiknya sama cuma lebih baik.


VOICE ACTORS AND MUSIC

     Selepas COD 4, music soundtrack MW2 menjadi kegemaran penulis. Dikomposerkan oleh Hans Zimmer dan Lorne Balfe. Lagu-lagunya menjadi pembuka kepada suasana sedih, marah dan cemas. Terutamanya lagu dalam misi Of their own accord, White House diserang oleh tentera Rusia.

     Pelakon-pelakon suara dalam MW2 lebih menarik. Menampilkan Keith David sebagai Sgt Foley, Barry Pepper (Saving Private Ryan) sebagai Corporal Dunn, Kevin McKidd (Grey’s Anatomy) sebagai Soap MacTavish, Roman Varshavsky sebagai Vladimir Makarov, Lance Henriksen (Aliens) sebagai General Shepard, Craig Fairbrass (COD 4, Gaz) sebagai Ghost dan Billy Murray sebagai Captain Price.


    Adakah penulis gembira dengan game ini? Ya! Jalan cerita yang menarik dengan penulisan skrip yang mantap seperti sajak berirama membuatkan penulis lebih menyukai Modern Warfare 2. Gameplay yang penuh dengan aksi letupan dan tembakan juga memukau. Mod Spec Ops adalah salah penambahan terbaik untuk menambahkan masa jam bermain. Muzik dan pelakon-pelakon suara yang menyerlah. Membuatkan Call Of Duty : Modern Warfare 2 game yang seronok untuk dimainkan.

STORYLINE : 5 / 5

GAMEPLAY : 4 / 5

GRAPHICS : 4 / 5

VOICE ACTORS AND MUSIC : 5 / 5

OVERALL : 9 / 10

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s