ULASAN (Filem) – OLA BOLA

header-olabola

Pengarah: Chiu Keng Guan
Pelakon: Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae
Tontonan : U

Ola Bola, apa yang penulis boleh katakan? Ia bukanlah sebuah filem yang hanya memfokuskan tentang bola sepak semata-mata, ianya lebih daripada itu. Ola Bola bercerita tentang rencah hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum pada tahun 1980. Babak di mana Ali, Cai, Muthu dan lain-lain berada di dalam funfair jelas menunjukkan perpaduan rakyat pada masa itu masih lagi utuh.

Kerjasama, persahabatan tanpa mengira kaum, agama, atau warna kulit, kepercayaan terhadap ahli pasukan masing-masing, berjuang sampai ke titisan peluh yang terakhir untuk penyokong dan negara. Itulah sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap ahli pasukan bola sepak yang ditunjukkan dalam filem Ola Bola.

“I Cover you”

Kita diperkenalkan dengan watak Marianne, seorang wartawan yang sedang melakukan kajian mengenai sejarah bola sepak Malaysia pada tahun 1980. Penulis menganggap Marianne ialah watak generasi muda yang tidak menghargai sejarah pasukan bola sepak tempatan kerana dia menganggap cerita itu tak ada selling point sehinggakan dia hampir berputus asa. Ini diperkuatkan lagi dengan rakan sekerjanya yang memanipulasi minda Marianne dengan berkata “lebih baik buat cerita team bola sepak Arsenal daripada buat cerita bola Malaysia.”

Marianne masih tidak mahu berputus asa, dia perlukan menyiapkan tugasan tersebut. Jadi dia merantau untuk berjumpa dengan Eric, bekas pemain bola sepak Malaysia. Dan di sini bermulalah Eric bercerita mengimbas kembali bagaimana dia dan pasukannya berjuang dalam perlawanan bola sepak untuk melayakkan pasukan bola sepak negara memasuki sukan Olimpik, Moscow tahun 1980.

“Kita menang untuk diaorang, boleh tak!?”

Watak Eric penulis melihat dia seorang yang menjaga bahasanya. Apabila Marianne menanyakan soalan kepada Eric Yong dalam bahasa Inggeris, dia tidak menjawab. Tetapi apabila Marianne menanyakan balik soalan tersebut dalam bahasa Cina, Eric menjawab.

Watak Muthu Kumar sebagai penjaga gol. Keluarga Muthu mempunyai tiga adik-beradik yang mana lakonan mereka bertiga lucu dan bersahaja. Ayahnya pula agak tidak suka Muthu bermain bola sepak kerana dia mengabaikan keluarganya. Muthu bermain bola sepak kerana dia mahu ayahnya bangga terhadap dia. Tapi, in the end, dia dapat membuktikannya.

Begitu juga dengan watak Ahamad Ali, striker yang gigih berlatih siang dan malam untuk mantapkan lagi skilnya untuk mendapat jersi no.10 yang telah dipakai oleh Eric. Watak Chow Kok Keong sebagai kapten pembakar semangat. Watak yang paling penyabar, Ong Tiam Cai, lapan tahun menjadi pemain simpanan tetapi tetap setia dengan pasukannya dan Cai juga ada kepercayaan karut seperti mengigit kasut dan jersi no.14 tak bertuah. Walaupun Cai selalu diperli oleh ahli pasukannya, tetapi dia tetapi buat relaks jer.

“Aku gigit kasut ni supaya nanti atas padang dia tak gigit aku balik.”

Watak Harry Mountain…Harimau Turn, get it? Sebagai coach baru untuk team Malaysia. Wataknya juga hebat dalam mempersembahkan cara-cara dan atitude sama seperti coach bola sepak yang betul.

And last but not least, Rahman pengulas sukan yang memang penuh energetic dan humor bersahaja, suaranya menambahkan lagi semangat dalam jiwa penyokong Malaysia. Penulis meihat Rahman cuba menukar gaya penyampainya lain dari yang lain. Dia tidak mahu mengikut cara pengulas sukan lain yang mana penyampainya agak mendatar dan membosankan. Penyampaian Rahman membawa ke tahap yang lebih ekstrem. Melihat watak Rahman mengingatkan penulis kepada Allahyarham Hasbullah Awang, pengulas sukan terkenal suatu masa dahulu.

Sinematografi yang digunakan juga cantik dalam melahirkan suasana Malaysia tahun 1980. Scenes favorite penulis ialah babak di mana Marianne menaiki kereta api tua, babak latihan pasukan bola sepak, babak perlawanan dan banyak lagi. 

Lakonan juga bagus dari watak utama sampailah ke watak sampingan. Semuanya dilakonkan dengan baik walaupun ada sedikit kaku di beberapa bahagian. Tetapi itu tidak mencacatkan filem ini kerana apabila tiba di babak perlawanan, sorakan dari penonton dengan moment-moment yang hebat seperti menonton perlawanan bola sepak sebenar membolehkan penulis melupakan kecacatan tersebut.

Soundtrack juga terbaik, penulis memilih soundtrack filem ini sebagai kedua terbaik selepas filem Kil. Penulis merasa seperti mendengar alunan muzik filem Hollywood semasa menonton filem ini.

“Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama.”

Filem ini tentang perpaduan, tanpa perpaduan kita takkan menang. Bila kita dah menang, kita dah capai impian kita. Tahniah kepada pengarah, Chiu Keng Guan dan krew-krew produksi yang terlibat kerana menghasilkan filem yang penuh dengan pelbagai rasa ini. Tanpa filem, mungkin penulis sebagai generasi muda/baru tidak tahu bahawa pasukan bola sepak negara kita pada suatu masa dahulu adalah top notch.

Bila lihat filem ni, penulis nakkan Malaysia sekarang sama seperti Malaysia tahun 1980.

5/5

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s