ULASAN (filem) – 99 HOMES

image

99 Homes, filem arahan Rahmin Bahrani pada tahun 2015 ini diterajui oleh pelakon utama seperti Andrew Garfield dan Michael Shannon. Apa yang membuatkan filem ini menarik perhatian penulis ialah subjek yang cuba diketengahkan oleh pengarah. Penipuan broker hartanah dan ketamakan syarikat korporat kapitalis di negara Amerika Syarikat.

Ceritanya dimulakan oleh Dennis Nash (Andrew Garfield), penganggur, ayah dan dalàm kesempitan mencari wang untuk anak lelaki dan ibunya. Sehinggalah suatu hari, mereka bertiga diusir keluar oleh seorang businessman, Rick Carver (Michael Shannon). Barang-barang milik Nash dan keluarganya dibuang keluar dari rumah dan mereka dibenarkan mengambil barang yang penting saja.

Nash, anak dan ibunya terpaksa berpindah ke motel yang dipenuhi dengan manusia yang menerima nasib yang sama seperti Nash. Hak-hak mereka semua dilahap oleh kapitalis.

Nash terpaksa mençari kerja dengan apa cara sekalipun. Sehinggalah entah bagaimana takdir menemukan semula Nash dan Rick Carver. Rick Carver juga ialah pemilik syarikat broker hartanah yang besar.

Berbalik kepada pertemuan tadi. Tiba-tiba saja Rick menawarkan kerja kepada Nash. Nash dalam keadaan terdesak menerima kerja Rick. Di sini penulis melihat bagaimana Rick cuba melupakan masalah lalu Nash dengan menawarkan kerja. Nash seperti hamba kapitalis yang dahagakan wang kertas sanggup menerima kerja dari Rick. Walaupun Ricklah orang yang mengusir keluar Nash dan keluarganya.

Rick mula menawarkan kerja tetap kepada Nash. Nash agak berbelah bahagi kerana kerja tersebut melibatkan kebencian masyarakat ke atas dirinya. Rick mula memanipulasi minda Nash dengan menggunakan cerita latar belakang keluarganya yang miskin dan agama untuk memastikan Nash menerima kerja itu sebagai orang kanannya yang sanggup membuat apa saja untuk Rick.

Nash akhirnya menerima kerja tersebut dan membuat apa saja yang diminta oleh Rick termasuk mencuri dan menceroboh masuk rumah-rumah yang berada di bawah  milik Rick Carver.

Kenapa? Dengan mencuri seperti mesin penghawa dingin, mereka dapat menipu kerajaan dan pihak bank dengan melaporkan kes kecurian tersebut dan akhirnya pihak bank membawa wang kepada syarikat Rick Carver.

Nash semakin tertarik dengan kerja itu kerana jumlah wang yang tinggi. Nash menjadi orang kepercayaan Rick. Ironinya, Nash sudah mula menjadi sama seperti Rick apabila dia juga melakukan kerja-kerja pengusiran terhadap masyarakat yang bernasib malang.

Nash menjadi kaya-raya. Tetapi sisi negatifnya, dia dibenci masyarakat, ibunya sungguh kecewa kerana Nash gagal untuk membeli balik rumah lama walaupun Nash sudah membeli rumah yang lebih besar. Ibu dan anaknya meninggalkan Nash selepas mengetahui pekerjaan sebenar Nash.

Sebelum ni, penulis tak pernah melihat lakonan Andrew Garfield, untuk Kali pertama, penulis mula menyukai lakonannya. Michael Shannon berjaya membawakan watak antagonis yang berkaliber, bermanipulasi dan dingin. Penggunaan shaky cam memberikan rasa pengambaran itu seperti keadaan sebenar.

Kesimpulan yang boleh dibuat oleh penulis. Kita terima pekerjaan itu, tetapi jangan sampai kita dijadikan sebagai boneka untuk kepentingan orang atas. Dari segi perspektif Islam, kita perlu mencari pekerjaan halal untuk memastikan rezeki yang diberi itu baik untuk ibu dan anak. Filem ini memang ada penjagaan, jangan biarkan diri kita dikuasai oleh wang sehingga melupakan keluarga.

4.5 / 5

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s