Ulasan – Perbezaan DOOM dan BRUTAL DOOM

 Doom_1280w

 DOOM, sebut saja perkataan ini pun sudah menggerunkan. Sesiapa yang lahir pada awal 90-an pasti mengenali game first-person shooter ini. Doom dicipta oleh syarikat permainan video ID Software pada tahun 1993 untuk platform MS-DOS (komputer yang menggunakan floppy disk atau nama lain disket). Manakala sekuelnya, DOOM II : Hell on Earth dikeluarkan pada tahun 1994.

   Game Doom terkenal dengan gameplay yang ganas (pada tahun itu), pergerakan karakter laju, non-stop shooting, raksasa unik dari neraka, lagu hard rock metal, boleh bawa senjata banyak dalam satu-satu masa, tak ada reload senjata, jumlah musuh yang banyak dalam satu-satu masa dan level design menarik serta mencabar.

2540354-4305251106-Doom-

   Walaupun sebelum Doom, Wolfenstein 3D (juga game dari ID Software tahun 1992) yang mula sekali digelar sebagai “grandfather of 3D shooter”. Tetapi Doom mengevolusikan kesan 3D tersebut ke tahap yang lebih tinggi dengan pergerakan dan tekstur animasi yang lebih baik.

   Apa yang lebih menarik tentang Doom ialah game pertama yang memperkenalkan online multiplayer gaming dan cooperative gameplay. Itu yang membuatkan game ini terkenal kerana sebelum kemunculan Doom, komputer tidak diberikan tumpuan utama sebagai platform gaming kerana pada masa itu, konsol mendominasi sebagai platform gaming sehinggalah Doom muncul dan cuba menunjukkan bahawa komputer juga boleh menjadi platform gaming terbaik. Perkataan Deathmatch yang selalu digunakan dalam kebanyakan permainan video online sekarang takkan wujud tanpa Doom.

doom_cyberdemon

   Jadi, apa yang membuatkan Doom bertahan sampai sekarang walaupun umurnya sudah menjangkau lebih 20 tahun? Jawapan? Modding community. Jika anda mencari mod Doom di internet sekarang, terdapat banyak dan pelbagai pilihan mod Doom yang anda boleh muat turun. Dari mod Simpson sampailah ke mod-mod yang pelik, semuanya ada.

   Tetapi dalam banyak-banyak mod itu, ada satu mod yang sangat best dan unik namun masih mengekalkan ciri-ciri old school game tersebut. Brutal DOOM, mod ini dua kali ganda lebih kejam dari yang asli. Mod ini telah dicipta oleh Sergeant_Mark_IV. Ianya sesuai untuk setiap game Doom yang ada seperti Doom, Doom II dan Final Doom.

maxresdefault

   Mod Brutal Doom juga telah memenangi Cacoward 2011 for Best Gameplay Mod dan  MOTY award for creativity oleh Mod DB pada tahun 2012. Jadi apa yang membezakan Doom dan Brutal Doom? Teruskan membaca.

Tiada lagi pistol

7ef22af3b9712dd0370227745fab2f92

   Jika game Doom dulu, anda akan bermula dengan senjata pistol, kini tidak lagi dalam Brutal Doom. Anda akan mulakan permainan dengan senjata Assault Rifle. Satu magazin ada 30 butir peluru.

Alternate fire mode dan penambahan senjata baru

1426256206048806

   Dalam Brutal Doom setiap senjata yang pemain guna akan ada secondary fire. Contoh seperti assault rifle dan shotgun, anda boleh zoom in untuk tembakan lebih tepat. Super Shotgun boleh menembak dalam satu barrel berasingan. Barrel dari Chaingun boleh dipusingkan secara beterusan untuk meningkatkan firing rate tetapi menggurangkan ketepatan. Terdapat senjata baru juga seperti grenade launcher, mp40, revenant rocket, dan beberapa lagi senjata baru.

Reload, melee, invisibility, berserk pack

maxresdefault (1)

   Mungkin ada sesetengah pemain tidak suka penggunaan reload dalam game Doom kerana game ini menekankan aspek non-stop shooting dan musuh tidak akan berhenti menyerang. Jadi Reload animations dalam Brutal Doom akan menyekat aksi anda sekejap, jadi pemain kena bijak merancang strategi.

   Satu lagi pembaharuan dari Brutal Doom ialah kebolehan untuk melakukan melee attack. Selain tumbukan dan gergaji, pemain boleh menendang musuh jika anda dikepung. Mengambil inspirasi dari game Duke Nukem 3D, feature ini sangat membantu penulis kerana ia boleh mengabungkan serangan tembakan dan tendangan.

bd2

   Tiada lagi invisibility power dalam Brutal Doom, tetapi digantikan dengan rakan marin anda yang telah ditangkap. Jika anda bebaskan dia, rakan marin anda akan membantu pemain dalam level itu sahaja. Level seterusnya, anda kembali berseorangan.

   Berserk pack kini lebih ganas, jika game dulu anda dapat melakukan tumbukan padu sekali mati. Dalam Brutal Doom, jika pemain ada Berserk pack, anda boleh menukar dua mod, smash mode atau rip and tear. Smash mode sama seperti original Doom, tetapi rip and tear sangat best. Jika pemain melakukan rip and tear, pandangan akan bertukar ke third-person dan anda akan melihat karakter pemain melakukan execution yang amat ganas. Setiap rip and tear animation lain bagi setiap jenis raksasa.

Musuh, health, grafik, dan soundtrack

brutal doom v20 video

   Musuh dalam Brutal Doom bergerak dua kali ganda lebih pantas dari biasa. Serangan juga meningkat dua kali dan lebih susah untuk dikalahkan. Jika pemain kalah, satu third-person view animation akan memaparkan karakter pemain dibunuh dengan cara kejam oleh raksasa. Setiap raksasa juga berlainan execution yang dilakukan ke atas pemain seperti Pinky Demon akan memakan separuh dari badan pemain, Baron of Hell akan membelah dua badan pemain dan banyak lagi.

   Jika game dulu, pemain diberi maksimum health power dan armor power sehingga 200% sahaja. Tetapi, dalam Brutal Doom, lebih dari 200% pemain boleh mengumpul health power dan armor power.

a3665afe6b003fd70d26bdf49b08c5af

 Grafik telah dipertingkatkan, pergerakan animasi musuh dan senjata diperbaharui dengan lebih details. Tekstur pada dinding dan cahaya lebih cantik. Efek darah akan melekat dan menitik di dinding dan ceiling. Setiap anggota badan pada musuh boleh ditembak dan dihancurkan. Apabila terkena serangan, skrin akan sedikit retak untuk menunjukkan pemain cedera. Darah juga akan terkena pada skrin apabila pemain menggunakan gergaji ke atas musuh. Efek letupan juga cantik begitu juga dengan efek api.

   Jika pemain berasa bosan dengan soundtrack Doom lama, anda boleh download lagu Brutal Doom yang lebih hardcore rock metal yang telah dihasilkan oleh peminat-peminat tegar Doom.

maxresdefault (2)

   Kesimpulan yang boleh penulis tulis ialah mod Brutal Doom ialah satu anjakan paradigma dari Doom asli. Ia mahu menunjukkan bahawa walaupun ini game lama, tetapi ia masih lagi boleh mendapat tempat di mata peminat Doom dengan mengubahnya mengikut kesesuaian pada masa sekarang. Otai masih berbisa. Dengan kehadiran reboot Doom 2016, pasti game tersebut akan dapat menarik minat generasi sekarang dan pastinya generasi dahulu untuk mengimbau kembali kenangan mereka bersama dengan Doom. Tetapi peminat masih kekal dengan Brutal Doom kerana ia mengekalkan lama dan menambah baru.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s