ULASAN (filem) – POWER RANGERS (2017)

Go! Go! Power Rangers! It’s Morphin time! Melihat filem reboot Power Rangers terbaru ini mengembalikan semula nostalgia semasa aku mula menonton filem tahun 1995 Mighty Morphin Power Rangers The Movie pada ketika umur penulis berumur 10 tahun. Saya mula mengenal rancangan televisyen kanak-kanak itu pada umur 6 tahun (masih di tadika masa tu). Perkenalan saya dengan Power Rangers agak lewat kerana saya lahir pada tahun 1996, jadi bertuah bagi mereka yang menjadi kanak-kanak pada tahun yang sama Mighty Morphin Power Rangers ditayangkan di kaca televisyen pada tahun 1993.

Power Rangers pertama yang saya pernah tonton mestilah siri Mighty Morphinm diikuti dengan siri Turbo, In Space sampailah ke siri Mystic Force (siri Zeo saya terlepas). Dari zaman Haim Saban bertukar ke Disney kembali bertukar ke tuan asalnya. Jika korang nak tahu, Power Rangers ni diadaptasi dari siri rancangan televisyen di Jepun, Super Sentai yang mana umur penyiarannya lebih lama dari siri Power Rangers iaitu pada tahun 1975 bermula dengan siri Himitsu Sentai Gorenger. Siri Super Sentai yang saya pernah tonton ialah Hikari Sentai Maskman (kegemaran saya), Choushinsei Flashman, Chojin Sentai Jetman, Ninja Sentai Kakuranger, Timeranger , Dekaranger dan Magiranger.

Ok, cukuplah saya ceritakan kenangan saya kepada pembaca. Mari kita melompat ke tahun 2017 dengan filem Power Rangers terbaru dari Haim Saban. Ini merupakan filem ketiga siri tersebut selepas filem Turbo: A Power Rangers Movie pada tahun 1997. 20 tahun jarak masanya diantara filem Turbo dan filem reboot ini. Tapi jika dibandingkan filem 2017 ini dengan dua filem yang terdahulu, Power Rangers 2017 ini lebih nampak matang dari segi jalan cerita.

power-rangers-2017

Filem berdurasi 2 jam lebih ini diarahkan oleh Dean Israelite dan diterajui oleh beberapa pelakon baru seperti Dacre Montgomery (Jason Scott/Red Ranger), Naomi Scott (Kimberly Hart/Pink Ranger), RJ Cyler (Billy Cranston/Blue Ranger), Becky G (Trini Kwan/Yellow Ranger), Ludi Lin (Zack Taylor/Black Ranger), Bill Hader (Alpha 5), Bryan Cranston (Zordon) dan Elizabeth Banks (Rita Repulsa).

Pada awal permulaan filem, kita merentasi masa ke zaman era dinosaur, di mana kita diperkenalkan dengan  makhluk asing yang mempunyai kuasa Power Rangers, diketuai oleh Zordon tewas di tangan Rita yang memakai armor… Green Ranger? (Ya! Tepat sekali! Spoiler!!!) Sebelum meteor menghempas bumi, Zordon sempat menggumpulkan kelima-llima power coins, menanti untuk sampai ke tangan yang layak. Akibat dari hempasan kuat meteor, Rita tercampak ke dalam laut. Dan kita merentas ke masa kini yakni zaman moden

Apa yang menarik dalam filem Power Rangers 2017 kali ini ialah setiap dari lima karakter ini ada masalah mereka masing-masing. Jason ditahan oleh pihak polis kerana melakukan kesalahan di sekolah, Kimberly dengan masalah kawan-kawannya, Billy dibuli dan ada penyakit autistic tapi bijak. Trini dan Zack ada masalah keluarga. Pada awalnya, mereka berlima memang tak kenal antara satu sama lain. Tapi sepanjang filem ini bergerak, korang akan dapat lihat mereka berkenalan, membina persahabatan dan bersatu menjadi Power Rangers.

“Let’s go!”

Apabila mereka berlima menjumpai power coins di lombong emas yang telah diletupkan oleh Billy. Tubuh badan mereka berubah sejak power coins itu berada di tangan mereka. Mereka menjadi kuat lebih dari manusia normal walaupun tanpa ada sut armor. Dan apabila mereka kembali semula ke tempat lombong emas itu dan kebetulan pula mereka terjumpa pusat kawalan Zordon. Mereka berlima berjumpa dengan Zordon dan Alpha 5.

Power-Ranger-2017-Cast

Apa yang kelakar, tanpa  mereka berlima mengetahui apa-apa, Zordon menggelarkan mereka berlima sebagai Power Rangers, reaksi mereka sangat terkejut. Pada mula mereka semua tidak percaya, Zordon memberikan gambaran Rita yang menakutkan kepada mereka. Zordon memberitahu, Rita akan dibangkitkan dan dia akan membina Goldar dari emas untuk mencari kristal Zeo. Nak tak nak, Jason sebagai ketua kena menyatukan pasukannya dan bertindak sebagai satu supaya mereka boleh bertukar menjadi Power Rangers. Sebelum mereka dapat bertukar, pelbagai latihan dilakukan oleh mereka berlima yang telah disediakan oleh Zordon, tapi ada satu masalah, mereka berlima tidak bersefahaman dan tidak mahu bersatu, semua mementingkan diri sendiri. Sehinggalah satu insiden berlaku, barulah mereka dapat bersatu dan bertukar.

“Are we more like Iron man or Spiderman?”

Bagi saya, perwatakan Rita dalam filem ini sangat berbeza dari siri TV tahun 1993 yang dulu. Rita yang baru ini tidak hanya duduk dan mengarah sahaja, dia kali turun padang dan membunuh semua yang dia jumpa (ya! Power Rangers 2017 menggunakan perkataan ‘kill’ ‘dead’ dan beberapa ayat menyumpah). Rita pada awal kemunculannya agak menakutkan (elemen seram ooo), perwatakan Rita yang lama masih ada, cuma kali ini dia lebih sinis dan lebih jahat dan lebih gelap.

power-rangers-zords

Lakonan Bryan Cranston sebagai Zordon bagi saya baik, tidak kurang, tidak lebih. Rekaan Alpha 5 dalam filem ni lebih nampak gabungan antara alien dan robot. Dan ya, dia masih menyebut “aye yi yi” dalam filem ni.

Bagi saya, sut Power Rangers yang baru kelihatan lebih futuristik (kerana menggunakan teknologi alien) dan menarik, tapi masih mengekalkan ciri-ciri sut lama. Untuk Zords pula, rekaan robotnya nampak lebih cantik dan garang, cuma zord Mastodon masih menimbulkan tanda tanya, kenapa dia ada 8 kaki? Zords yang lain sudah ok. Apabila zord bertukar ke Megazord, rekaan lebih nampak humanoid dari Megazord siri TV. Cuma saya agak kecewa apabila proses transformasi yang dilakukan tidak jelas, tapi apabila saya melihat mainan action figures, proses transformasinya agak complicated, mungkin sebab tu ia tidak ditunjukkan dengan jelas.

“Are we friends or Power Rangers?”

Bagi mereka yang mengharapkan lebih banyak action scene dalam filem ni mungkin akan sedikit kecewa kerana mereka akan beraksi di akhir 30 minit dalam filem ni. Tapi bagi saya dan peminat-peminat PR yang lain mungkin akan faham bahawa ini adalah filem pengenalan (origin) kerana filem pertama ni lebih memfokuskan kepada characters development, macam mana mereka berlima perlu memahami antara satu sama lain sebab kalau mereka tak bersatu takder le Power Rangers. Jadi mungkin kita akan lihat lebih banyak action scenes dalam sekuelnya nanti, jangan risau, mereka dah rancang nak buat 5 lagi filem. Dan mesti korang tertanya-tanya, ada ke lagu tema Power Rangers didendangkan? Jawapannya? Ya! Memang ada, diambil terus dari lagu tema filem PR 1995.

Pada pendapat saya, walaupun ini filem reboot, ia masih mengekalkan ciri-ciri klasik Power Rangers yang dulu. Dengan lawak jenaka yang disampaikan oleh Billy (Billy yang kali ni tetap nerd tapi kelakar), serta posing seperti dalam siri TV dan bangunan-bangunan di Angel Grove masih lagi dimusnahkan tanpa memaksa Power Rangers membayar balik ganti rugi, kalau anda tinggal di Angel Grove, pastikan anda ada insurans. Jadi apa tunggu lagi? Kalau korang minat Power Rangers atau baru saja nak mengenali Power Ranger. Boleh tonton filem Power Rangers ini di pawagam sekarang.

3/5

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s