Ulasan – Shadow Warrior Complete (2012) (PC)

fp3j4qb

Shadow Warrior ialah video game first-person shooter yang telah dihasilkan oleh 3D Realms dan diterbitkan oleh GT Interactive Software pada tahun 1997 untuk platform PC. Shadow Warrior Complete pula ialah game yang sama diterbitkan oleh Devolver Digital pada tahun 2012 (studio yang sama menghasilkan versi remake Shadow Warrior 2013) yang menggumpulkan game utama dengan dua expansion-nya iaitu Twin Dragon dan Wanton Destruction dalam satu pek yang lengkap.

Saya dah main game ini dan sekarang saya akan berikan pendapat mengenai game ini. Kita mulakan dengan jalan cerita.

Jalan Cerita

Apa akan jadi apabila watak Duke Nukem bergabung dengan watak-watak hero Asia? Korang akan dapat “You no mess with Lo Wang!” Lo Wang mempunyai gaya percakapan orang Asia dengan lawaknya yang agak cheesy tapi masih boleh buatkan saya ketawa. Kung Fu, Samurai, Ninja, Bruce Lee, semua ada kat dia.

Kisahnya bermula apabila Lo Wang yang bekerja sebagai pengawal di syarikat Zilla Enterprise, yang mana syarikat itu mengawal kesemua industri-industri penting di Jepun. Walau bagaimanapun, disebabkan banyak berlaku korupsi dalam syarikat itu, Presiden Master Zilla merancang untuk menguasai Jepun dengan menggunakan makhluk-makhluk ganas dari Dark Side.

Apabila Lo Wang mengetahui rancangan bosnya, dia letak jawatan dan Master Zilla sedar akan ancaman yang dibawa oleh Lo Wang lalu dia terus menghantar makhluk-makhluk jahat untuk menentang Lo Wang.

ss_efb5cdb6d0a690dfbdc3bee4b9bf9cb4c791d626.1920x1080

Di samping Lo Wang ingin mengalahkan Master Zilla, dia juga perlu membalas dendam terhadap kematian mentor lamanya, Master Leep yang telah mati dibunuh oleh tentera Zilla. (Master Leep ada simpan empat orang perempuan anime yang korang boleh cari dan korang akan lihat Lo Wang membuat lawak seksual versi Asia apabila dia berinteraksi dengan perempuan anime.)

Yup. Baik lawan jahat. Satu hero menentang beribu raksasa jahat. Cerita yang hampir sama macam dalam Duke Nukem cuma bezanya ada elemen Asia. Itulah ceritanya. Sekarang kita beralih ke gameplay.

Gameplay

Gameplay-nya agak sama seperti Duke Nukem 3D tapi ada sikit perubahan. Seperti Doom, Quake, Wolfenstein dan mana-mana game FPS pada tahun 1990-an. korang akan bergerak dari pintu ke pintu dan ada sesetengah pintu korang kena mencari kad kunci yang berlainan warna untuk pintu yang sama warna.

Terdapat empat tahap kepayahan berbeza yang boleh dipilih :

  1. Tiny grasshopper – easy
  2. I have no fear – Normal
  3. Who wants some Wang – hard
  4. No pain No Gain – Extreme

Dan setiap tahap akan menambah bilangan musuh dengan lebih banyak sehingga mencapai lebih 100 musuh dalam satu peta.

Setiap level, kawasannya luas dan boleh diterokai untuk mencari “secrets” yang mana akan mendedahkan korang kepada lokasi rahsia atau lokasi yang terdapat item. Setiap kawasan ada menujukkan ciri-ciri Asianya, kebanyakkannya dari budaya Jepun.

ss_471dc9c5c3883a0084c1a8ffe62a40299718b6e4.1920x1080

Lo Wang boleh berlari dengan laju atas darat dan air, berenang, lompat dan semestinya perlu ada koleksi senjata. Terdapat 10 buah senjata disediakan:

  1. Katana (alternatif – tumbukan)
  2. Shuriken
  3. Riot Gun (alternatif – tiga tembakan shotgun sekali gus)
  4. Uzi (alternatif – dual Uzi)
  5. Rocket Launcher (alternatif – tembakan haba dan tembakan nuklear)
  6. Grenade Launcher
  7. Sticky mines
  8. Rail Gun
  9. Guardian Head
  10. Ripper Heart

Setiap senjata mempunyai fungsinya yang tersendiri contohnya Ripper heart boleh menghasilkan klon Lo Wang dalam masa terhad dan Guardian head menggunakan kepala musuh yang dah mati dan gunakan seperti penyembur api. Bagi saya senjata yang paling saya suka gunakan ialah Uzi, Katana, Riot Gun dan rocket launcher. Grenade launcher korang kena pandai gunakan dinding atau permukaan sekeliling kerana pelurunya boleh melantun dan pastikan korang gunakannya dalam jarak jauh.

e7cqoc6pfP8KmvzC7bLNyC-1200-80

Terdapat juga item-item yang boleh diambil seperti flash bomb, gas bomb (asid), smoke bomb (halimunan), caltrops (yang paling tak boleh pakai, tak nampak fungsinya di mana), night vision goggle, portable medikit, kad heat seeker/kad nuclear warhead (kedua-dua kad ini untuk roket dan boleh digunakan sekali) dan tool kit (korang boleh baiki kenderaan yang rosak.) Kenderaan? Ya! Korang boleh naik kenderaan seperti bot, kereta kebal dan banyak lagi siap dengan senjata mesingan lagi.

Nyawa boleh dipulihkan dengan menggunakan portable medikit atau mencari health packs. Armor terbahagi kepada dua merah (100%) dan kelabu (50%). Korang boleh naikkan nyawa dari 100 ke 200 dengan mencari fortune cookies dengan dalamnya tertulis lawak-lawak yang tak masuk akal tapi still kelakar.

Terdapat banyak jenis musuh yang korang boleh jumpa. Di awal permainan korang akan jumpa musuh yang senang, semakin korang naik level semakin tinggi tahap kepayahannya, walaupun korang bermain di tahap I have no fear. Ada beberapa fight boss dalam game ni, salah satunya melibatkan Lo Wang berlawan dengan robot sumo gergasi.

Grafik

Grafik dalam Shadow Warrior adalah peningkatan dari game 3D Realms yang lepas iaitu Duke Nukem 3D. Dengan menggunakan enjin Build, elemen gore dan darah dimasukkan dan ditonjolkan dengan lebih jelas di mana badan musuh akan terbelah dua apabila korang menggunakan katana atau musuh akan memuntahkan darah apabila korang menggunakan shuriken dan juga semestinya badan meletup.

a9e641ea65414d11b8930ac050023cf2

Efek letupan, efek cahaya percikan darah, efek air serta efek api ditunjukkan dengan baik. Sesuai dengan grafiknya pada masa itu. Oh ya, ada sesetengah dinding yang boleh dihancurkan.

Cuma apabila satu kawasan itu gelap, ia menjadi sangat gelap. Jadi sebelum memulakan permainan, pastikan korang tinggikan brightness-nya. Bagi saya, grafik tiada masalah, cuma masalah gelap itu sahaja.

Kawalan

Ok, di sini bermulanya masalah. Bagi korang yang ingin memuat turun game ini buat kali pertama. Selepas korang install game ni, jangan terus buka dulu sebab nanti korang ada hadapi masalah dengan kawalan keyboard dan mouse-nya yang sangat pelik dan korang tak boleh ubahnya dari dalam game tu. Macam mana nak ubah kawalan? Ada caranya.

GAME07

Pertama sekali korang pergi cari di mana korang save fail GOG Games > Shadow Warrior Complete > Cari Launch Settings > Dalam launch settings tu korang boleh ubah kawalan keyboard dan mouse ikut kesesuaian korang > Lepas tu baru boleh save dan launch game.

Dan semasa korang bermain, pastikan korang on ‘mouse aiming’. Tekan pada butang ‘u’ kat keyboard supaya korang boleh look around gunakan mouse dengan senang. Kalau tidak pergerakan mouse akan dijadikan sebagai movement speed. Inverted mouse juga boleh diubah dalam game.

Suara dan Muzik

Suara Lo Wang memang kelakar,  suaranya seperti tipikal orang Asia yang terlalu hyperactive. Dengan lawaknya yang agak seksual dan ada references yang terkenal seperti John Woo, Lara Croft, anime girls. Jika dibandingkan suara 1997 dengan versi remake 2013, Lo Wang 1997 lebih menyerlah kerana suaranya yang kelakar dan dialog yang menarik, sesuai bagi zamannya pada waktu itu. Lo Wang 2013 juga baik untuk generasi kini. Muzik yang dihasilkan juga terbaik, mengabungkan bunyi dari Barat dan Asia.

Konklusi

GAME04

Shadow Warrior merupakan antara salah satu game FPS nostalgia pada era 90-an yang berdiri sebaris dengan game-game lain seperti Doom, Wolfenstein dan Duke Nukem 3D. Dan semestinya ia sebuah game yang mencabar dan penuh dengan lawak jenaka dari ‘Asian Duke Nukem’ iaitu Lo Wang.

Shadow Warrior Complete telah berada di pasaran Steam dan GOG.com secara percuma sejak tahun 2016. Game ini menjadi percuma selepas Shadow Warrior Redux dipasarkan, tapi ianya berbayar kerana grafik telah dipertingkatkan. Tapi kalau korang nak save bajet, korang boleh dapatkan Shadow Warrior Complete. Bagi yang dah main versi remake dan sekuelnya, korang juga patut cuba game klasik ini.

Saya bagi 8/10 – Gameplay mencabar dan menarik, muzik yang bagus, jalan cerita yang biasa, grafik yang baik, kawalan yang agak pelik tapi masih boleh diubah suai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s