Ulasan (Permainan Video) – [Mods DOOM] Brutal DOOM V21

 

Selepas beberapa tahun mod untuk game lagenda DOOM iaitu Brutal Doom V20 R telah dikeluarkan. Pada bulan Disember tahun 2015, pencipta mod tersebut, Sergeant Mark IV telah mengeluarkan mod Brutal DOOM yang telah diubah suai supaya menjadi lebih baik dan memukau iaitu Brutal DOOM Version 21 (BD V21). Versi tersebut dilihat mempunyai lebih banyak penambahbaikan dan peningkatan dari versi yang sebelumnya.

Jadi, apa yang barunya dalam mod Brutal DOOM V21 kali ini dari versi 20 yang terdahulu, dan apa yang membezakannya?

Terdapat peningkatan dari segi grafik dan tekstur di setiap level. Sesetengah permukaan dinding dan siling telah diperbaharui dengan tekstur baru serta ditambah juga tingkap. Sesetengah bahagian ruang kini telah ditambah dengan lampu biasa atau lampu siren yang boleh dipecahkan apabila ditembak. Percikan darah apabila terkena pada permukaan sekeliling kini terpercik dengan lebih meluas. Penambahan lain seperti rumput, efek percikan air atau dari cecair toksik, efek debu dari tanah, efek pecahan tingkap kaca serta kesan tapak kaki pada lantai apabila pemain terpijak darah juga telah ditambah.

maxresdefault

Dalam Doom II pula, level yang berada di lokasi Bumi kini permukaan dan teksturnya telah diubah supaya dapat menangkap atmosfera seperti Bumi sedang dijajah oleh makhluk dari neraka.

Dari segi animasi sprites demons dalam BD V21 juga mempunyai peningkatan. Pinky Demon kini mempunyai attack animation baru di mana apabila pemain berada dekat dengannya, Pinky akan melompat ke arah pemain, hampir sama dengan corak serangan dari Imps. Zombieman kini setiap seorang darinya akan menggunakan sama assault rifle atau pistol. Pemain kini boleh melepaskan tembakan headshot ke arah Archvile. Tapi apa yang pasti, animasi gore-nya kini lebih ganas dari versi 20.

zandronum_2015-03-21_13-44-45-56

Melihat kepada gameplay pula, pemain kini bukan sahaja boleh melakukan kick dan flying kick sahaja, tapi boleh juga melakukan slide kick dengan menekan butang kekunci crouch (ctrl) dan kick (q) secara serentak. Apabila pemain memperoleh Berserk Pack, pemain bukan lagi boleh melakukan Smash mode dan Rip and Tear sahaja, tapi pemain boleh mengangkat musuh kecil (Imps dan Zombieman) dan gunakannya sebagai perisai sambil menembak dengan menggunakan pistol atau campakkannya sahaja sehingga mereka hancur berkecai.

Sesetengah senjata kini boleh di dual-wield seperti pistol, submesingan, assault rifle, plasma rifle. Terdapat beberapa senjata baru yang ditambah seperti Automatic Shotgun (AA-12), submesingan baru, LMG (light machine gun) dengan pelancar grenad sudah tersedia dan kapak.

Brutal-Doom-v21

Pendapat penulis, mod ini sememangnya mempunyai penambahbaikan dari versi yang sebelumnya. senjata terbaru seperti auto shotgun boleh dikatakan keseimbangannya berada tengah-tengah antara shotgun dan super shotgun. Bagi LMG pula, fire rate tidak terlalu laju atau perlahan, tapi penggunaan mounted grenade launcher perlu ditunjukkan indikasi pada HUD supaya pemain boleh tahu sama grenad launcher perlu diisi semula atau tidak. Pilihan menu juga membenarkan pemain untuk menutup fungsi reload yang mana ianya bagus untuk pemain old-school DOOM. Pada awal permainan juga pemain dibenarkan untuk memlih menggunakan pistol atau assault rifle.

Walau apapun, mod in masih lagi di peringkat Beta, SgtMarkIV akan mengemaskini mod ini masa ke semasa. Kalau korang ada game DOOM, korang wajib main versi 21 ini. Korang boleh muat turunnya di sini.  Untuk versi 21 kali ini, mod ini perlu menggunakan launcher Zandronum 3.0 atau launcher GZDoom yang terkini supaya ia boleh dimainkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s