ULASAN (permainan video) – Tom Clancy’s Rainbow Six: Vegas 2

Bagi peminat game FPS taktikal, pastinya mereka akan bermain game Rainbow Six Siege, sebuah game FPS taktikal online yang menampilkan perlawanan 5v5 antara pasukan pengganas dan pasukan anti pengganas di dalam satu lokasi sama ada di dalam rumah atau bangunan lain yang mana setiap strukturnya boleh dimusnahkan, membolehkan pemain bebas untuk merancang strategi dalam melakukan serangan hendap.

Namun, sebelum game Rainbow Six beralih ke pengalaman online sepenuhnya, Ubisoft pernah menghasilkan game Tom Clancy’s Rainbow Six: Vegas 2 yang menawarkan pengalaman single-player dan multiplayer. Untuk ulasan ini, penulis hanya akan memfokuskan kepada pengalaman single-player sahaja.

maxresdefault
sumber: YouTube.com

Ia agak mengecewakan bagi penulis apabila Ubisoft mengambil keputusan untuk meletakkan Rainbow Six sebagai game online penuh dan meninggalkan pengalaman campaign yang sudah lama dibawakan oleh siri ini. Apa yang lebih sedih adalah sebelum Siege wujud, Rainbow Six: Patriots yang menawarkan kedua-dua pengalaman campaign dan online sepatutnya dikeluarkan di pasaran, namun Ubisoft menutup projek tersebut atas alasan enjin yang mereka gunakan iaitu Unreal sudah tidak up-to-date. Walhal, Ubisoft boleh sahaja menggunakan enjin yang baru dari game Siege untuk menghasilkan game single-player.

Apa-apa pun, mari kita fokus kepada Tom Clancy’s Rainbow Six: Vegas 2. Game ini telah dikeluarkan pada tahun 2008 untuk PS3, Xbox 360 dan PC dengan menggunakan enjin Unreal 3. Ia merupakan sebuah game tactical first-person shooter yang pemain menjadi ketua kepada dua orang ahli pasukan Rainbow Six.

PLOT

Rainbow Six Vegas 2 bermula selepas Rainbow Six 3: Raven Shield di mana pemain mengawal sebagai karakter Bishop dalam satu operasi menyelamatkan tebusan di Pic des Pyrénées, Perancis bersama-sama dengan dua orang ahli pasukan iaitu Logan Keller dan Gabriel Nowak.

Namun, operasi bertukar tragedi apabila perunding yang sedang berunding dengan ketua pengganas mati selepas Gabriel Nowak melepaskan tembakan tanpa mendapat arahan dari ketua, Bishop. Selepas tebusan diselamatkan, Bishop, keller dan Nowak bergerak untuk mematikan bom, namun Nowak tercedera semasa dia cuba untuk mematikan. Tapi dapat diselamatkan oleh Pasukan Alpha yang diketuai oleh Ding Chavez.

1373542817209
Sumber: PressFire

10 tahun selepas itu, di Las Vegas, Bishop bersama-sama dengan ahli pasukan barunya iaitu Jung dan Michael dalam operasi menghalang serangan pengganas yang menyeludup masuk senjata kimia dari Mexico ke Las Vegas (Mexico ialah lokasi dari game pertama yang mana protagonisnya ialah Logan Keller).

Bagi penulis, plot cerita ini hanyalah biasa sahaja. Pasukan anti-pengganas menghalang kumpulan pengganas dengan sedikit plot twist pada pengakhiran babak. Namun itu sudah cukup untuk menggerakkan ceritanya kerana selling point game ini terletak pada gameplay-nya.

GAMEPLAY

Pada awal permainan, pemain diberi pilihan untuk menggubah suai karakter dari segi jantina, wajah dan beberapa penambahan lain. Pemain diberi tiga tahap difficulty iaitu easy, normal dan realistic dan setiap tahap adalah berbeza.

Sebagai contoh, jika pemain memilih easy, jumlah magazin yang diberikan adalah 15 dan 10 butir grenad serta pemain boleh bertahan lebih lama dari tembakan musuh. Jika pemain memilih realistic, jumlah magazin yang diberikan hanyalah enam dan dua butir grenad serta pemain hanya boleh bertahan selepas lima atau enam tembakan, bergantung kepada jenis peluru yang digunakan oleh pihak musuh. Peluru sniper, shotgun dan revolver boleh mematikan pemain dengan hanya sekali tembakan sahaja.

Walau apapun pilihan difficulties pemain, tidak diggalakkan sama sekali run-and-gun kerana pemain perlu menggunakan cover system yang disediakan. Pandangan akan beralih dari first person ke third person apabila menggunakan cover system. Pemilihan struktur untuk berlindung juga perlu diberi perhatian kerana jika pemain berlindung di balik struktur yang nipis atau tidak kukuh, peluru mampu menembusi dan mencederakan pemain.

image-01B
Sumber: Anandtech

Pemain juga boleh memberikan arahan kepada ahli pasukan seperti membaling grenad di tempat yang telah ditetapkan oleh pemain. Mengarahkan ahli pasukan untuk bergerak ke lokasi tertentu, hold position dan regroup. Satu lagi ciri yang disediakan adalah Rule of Engagement di mana pemain boleh meletakkan ahli pasukan dalam mod hold fire atau weapons free. Mod hold fire akan meletakkan ahli pasukan dalam mod senyap dan hanya akan menyerang musuh jika terpaksa. Manakala, weapons free akan meletakkan pemain dalam mod menyerang dan akan menembak kesemua musuh yang mereka nampak.

Breaching juga salah satu ciri yang penting dalam Rainbow Six: Vegas 2. Setiap kali pemain mahu masuk ke bilik atau kawasan baru, pemain perlu menggunakan Snake Camera untuk melihat musuh di balik pintu, ia juga boleh diggunakan untuk menanda pihak musuh supaya memudahkan proses breaching untuk ahli pasukan. Kadangkala juga, terdapat lebih dari satu jalan dalam satu-satu kawasan, ini bagi membolehkan pemain merancang strategi dan berpecah dari pasukan.

Bagi proses breaching, pemain boleh memberikan arahan seperti open and clear, flash and clear, smoke and clear, breach and clear dan frag and clear. Kesemua arahan ini bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh pemain.

11987-r6vegas2_13
Sumber: Giantbomb

Game ini juga menampilkan sistem Experience Points (XP) yang dipanggil ACES (Advanced Combat Enhancement and Specialization) di mana pemain akan diberikan markah XP bagi setiap kills, dan setiap kills juga mempunyai kategori yang tersendiri seperti short range kills, long range kills dan explosive kills.

Apabila jumlah XP telah dapat dicapai, pemain akan naik pangkat (ranks) dari Private sehingga ke Elite. Dan setiap pangkat, pemain akan dianugerahi dengan ganjaran seperti baju kalis peluru, senjata, weapon attachments, camos, baju, topi dan banyak lagi.

Ganjaran tersebut boleh digunakan dalam character customization yang mana pemain boleh mengubah suai karakter pemain dari segi pemilihan topi, cermin mata, topeng, baju dan seluar. Baju kalis peluru juga mempunyai beberapa jenis, dan ia bukan sahaja merangkumi pada bahagian dada sahaja, tapi di bahu, lengan dan kaki, semuanya memerlukan perisai. Tapi jika pemain meletakkan perisai yang banyak, pemain akan mengorbankan pergerakan pemain yang akan menjadi perlahan apabila berlari. Jadi pemain perlu mengimbangi antara perlindungan dengan pergerakan. Warna pada baju perisai juga boleh diubah dengan lebih dari 30 jenis warna disediakan.

big_1472848670_image
Sumber: Coub.com

Terdapat lebih dari 25 jenis senjata yang merangkumi assault rifles, shotguns, sub machineguns, light machine guns dan sniper rifles. Kesemuanya boleh ditambah attachments seperti reflex sight, ACOG sight dan lain-lain. Setiap senjata juga mempunyai recoil patents yang berbeza.

Selain dari mod campaign, game ini juga menyediakan mod terrorist hunt di mana pemain boleh memilih lebih dari sepuluh lokasi berbeza dan memburu pengganas dalam jumlah yang ditetapkan sama ada berseorangan, bersama ahli pasukan atau co-op.

GRAFIK

Get-Good-at-Rainbow-Six-Vegas-Step-4
Sumber: keywordlister

Bagi penulis, grafik dalam game tidaklah terlalu buruk atau terlalu baik, ia berada di tengah-tengah. Cukup sebagai hiasan tambahan kepada game ini. Cuma tekstur pada wajah karakter tidaklah begitu baik dan suara dan pergerakan bibir karakter tidak bergerak dengan selari. Namun perlu diingatkan bahawa mereka menggunakan enjin game Unreal 3 yang sudah ketinggalan zaman. Cuma yang nampak cantik adalah pandangan kota Las Vegas dari atas udara memang nampak cantik dan sememangnya pada ketika itu kekuatan Unreal 3 ditunjukkan.

MUZIK 

Runut bunyi dalam game ini cukup untuk memberikan perasaan suspen dan amaran berjaga-jaga kepada pemain. Malah, muziknya juga memberikan pemain seakan-akan mereka sedang menjalankan operasi menentang pengganas. Walau bagaimanapun, muziknya akan tetap berulang-ulang dan akan berubah mengikut kepada situasi pemain. Namun, dengan muzik yang dimainkan semasa pemainan berlangsung, ia tidak mengganggu bunyi-bunyi lain seperti tembakan dan letupan.

POSITIF

Apa yang bagus tentang game ini adalah AI dari ahli pasukan dan juga pihak musuh. Apabila arahan diberikan kepada ahli pasukan untuk menembak mati kesemua musuh dalam satu bilik, mereka melakukannya tanpa bantuan dari penulis. Pihak musuh juga tidak kurang hebatnya, mereka mampu mengepung ahli pasukan rainbow dengan mencari jalan lain untuk menyerang pasukan penulis dari arah yang berbeza dan jika penulis berlindung lama, musuh akan membaling grenad untuk memaksa pemain keluar dari zon selamat.

maxresdefault (1)
sumber: YouTube.com

Pemilihan lokasi juga menarik dalam game, dari kawasan pergunungan salji ke pusat gymnasium ke kasino di Las Vegas sehinggalah ke Nevada. Semuanya menarik dengan setiap kawasan menawarkan lebih dari satu jalan untuk membolehkan pemain merancang strategi.

NEGATIF

Walaupun AI-nya mempunyai kelebihan, namun terdapat juga kekurangan. Tapi bukan terjadi kepada pihak musuh tapi kepada ahli pasukan. Salah satu yang paling ketara terjadi kepada penulis adalah apabila arahan breaching diberikan, Jung dan Michael akan “melekat” antara satu sama lain dan tidak bergerak. Penulis perlu menukarkan arahan dari hold position ke regroup supaya mereka boleh bergerak semula. Ada yang mengatakan yang pergerakan ahli pasukan dari game pertama lebih laju dari yang sekuel ini. Itu penulis tidak pasti kerana penulis tidak bermain game yang pertama.

1505927-r6vegas2_game_2010_09_03_00_41_03_99
Sumber: Giantbomb

Terdapat lima lokasi yang disediakan dan dipecahkan mengikut beberapa sequences. Bagi penulis, levels-nya agak sedikit. Kalau mereka masukkan lebih banyak lokasi-lokasi penting di Las Vegas. Mungkin akan jadi lebih menarik.

AKHIR KATA

Bagi peminat tegar Rainbow Six, mungkin mereka akan mengatakan yang game ini bukanlah game R6 yang sebenar kerana ia terlalu banyak aksi. Tapi bagi penulis, R6: Vegas 2 boleh dikatakan yang ia mempunyai keseimbangan antara aksi dan taktikal, mungkin target audiens game ini ditujukan kepada pemain FPS seperti Call of Duty tapi dalam masa yang sama menampilkan elemen taktikal R6. Jika gamers mahukan lebih ke arah taktikal, Rainbow Six 3: Raven Shield dan siri-siri terdahulu adalah jawapannya.

Kalaulah game ini dikeluarkan pada tahun 2018, pasti Ubisoft akan me-microtransactions-kan game ini dengan loot boxes dan pelbagai lagi untuk mendapatkan wang dari para gamers. Tambahan pula lokasi game ini di Las Vegas, kota perjudian yang terkenal. Ini kerana kesemua barang-barangan di dalam game ini boleh didapati dengan hanya bermain sahaja.

Plot: 2/5

Gameplay: 5/5

Grafik: 3/5

Muzik: 4/5

Keseluruhan: 7/10

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s