ULASAN (Permainan Video) – A Story About My Uncle (sebuah kisah yang manis)

thumb-1920-533222
Sumber: wall.alphacoders.com

Pernahkah korang mempunyai impian untuk mengembara ke seluruh dunia dan mempelajari banyak perkara baru dan memahami budaya setempat? Jika ya, korang patut main game ini. A Story About My Uncle ialah sebuah game first person platforming adventure di mana pergerakan sangat dititikberatkan untuk pemain memenangi pengembaraan ke dunia asing.

A Story About My Uncle dibangunkan oleh Gone North Games dan diterbitkan oleh Coffee Stain Publishing untuk Microsoft Windows, Linux dan Mac OS. Penulis macam tak percaya game ini dibangunkan oleh pembangun sama yang mencipta GoatZ, sebuah game goat simulator di mana pemain menjadi zombi kambing… pelik bukan? Apa-apa, mari kita teliti satu per satu dari segi jalan cerita, gameplay, grafik, runut bunyi dan lain-lain.

  • Jalan Cerita

A Story About My Uncle mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang pergi ke dunia asing yang dipenuhi dengan makhluk yang peramah dan baik dalam misi untuk mencari pak cik yang telah lama hilang.

Penyampaian cerita diceritakan melalui cara imbas kembali di mana budak lelaki itu yang kini sudah besar menceritakan kisah pengembaraan mencari pak ciknya itu kepada anak perempuan sebagai bedtime story.

1470931589-1174387559
Sumber: mobygames.com

Pemain akan dapat membongkar misteri mengenai kewujudan makhluk di situ dan kenapa pak ciknya berada di dunia itu.

Jalan ceritanya sangat mudah untuk difahami. Tidak ada cutscenes yang mengganggu perjalanan permainan pemain. Jadi tumpuan kepada game ini hanya gameplay 100%.

Secara keseluruhannya, cerita yang baik.

  • Gameplay

Fokus utama game ini adalah pergerakan (free running) dan momentum untuk bergerak dari satu platform ke satu platform dengan sedikit elemen puzzle di mana pemain perlu merangka strategi sebelum bergerak ke lokasi tersebut. Pada awal permainan, pemain akan diberikan sut khas. Sut khas itu pemain boleh gunakan grappling hook untuk bergayut dari satu platform ke satu platform. Selain dari grappling hook, pemain boleh berlari, melompat dan melompat lebih tinggi dengan melakukan pengecasan ke atas sut tersebut.

Pemain juga akan mendapat upgrades seperti boleh menggunakan grappling hook sebanyak tiga kali di udara dan rocket booster di mana pemain bergerak seperti peluru semasa berada di atas udara.

Kawalannya juga mudah, left click pada mouse untuk grappling hook dan right click untuk lompatan lebih tinggi. Pemain boleh menggabungkan kombinasi untuk mencapai ke platform yang lebih jauh. Contohnya seperti gabungan sprint dan lompatan lebih tinggi mampu membuatkan pemain terbang lebih jauh di udara.

a-story-about-my-uncle-hd-wallpapers-32683-2072032
sumber: stmed.net

Terdapat tujuh levels yang disediakan dalam game ini, setiap satu darinya mempunyai persekitaran dan cabaran yang berbeza. Contoh lokasi-lokasi yang ada adalah kawasan hutan, perkampungan, gua dan kawasan berais. Jujur penulis katakan, level yang terakhir memang mencabar skill pemain.

Setiap level-nya juga mempunyai dunia yang luas untuk diterokai terutama sekali di kawasan perkampungan di mana pemain akan berjumpa dengan makhluk yang tinggal di situ. Terdapat momen-momen di mana pemain akan berinteraksi dengan objek-objek tertentu yang membongkar dengan lebih mendalam mengenai pak cik. Apa yang menarik pada masa ini, pemain boleh gunakan right click untuk zoom in dan ini sangat berguna bagi pemain yang mahu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai cerita game ini kerana objek-objek seperti surat, dokumen, journal dan gambar apabila di zoom in pemain akan boleh membacanya.

screenshot_04
Sumber: coffeestainstudios.com

Cuma penulis mengharapkan yang proses interaksinya tidak hanya terhad kepada objek sahaja kerana pembangun terlepas peluang untuk meletakkan proses interaksi kepada makhluk-makhluk yang tinggal di kawasan perkampungan itu. Ianya pasti akan menjadi lebih menarik untuk mendengar apa pendapat mereka mengenai pak cik. Jadi ia tidaklah dibiarkan kosong sahaja kerana penulis memang mahu ingin mengetahui dunia mereka dengan mendalam.

Terdapat juga collectables di mana pemain boleh mencari sebuah mesin pengukur di sepanjang permainan. Jika pemain dapat mengumpulkan semuanya, pemain akan dapat unlock mod time trial.

Terdapat juga sedikit bug di mana ketika pemain sedang bergayut dari satu batu ke satu batu, jika pemain secara tidak sengaja berdiri di atas batu itu, mungkin pemain akan tersekat dan perlu load pada last checkpoint.

  • Grafik dan animasi

A Story About My Uncle menggunakan Unreal Engine 3, mungkin ada setengah beranggapan yang ia adalah enjin yang sudah lama. Namun, dengan kreativiti yang ada pada pembangun, mereka mampu menghasilkan sebuah dunia yang cantik untuk dilihat walaupun enjin yang mereka gunakan ada limitasinya.

Pergerakan animasi pada sesetengah karakter mungkin nampak sedikit kaku tapi masih boleh diterima. Efek cahaya dan tektsur pada permukaan batu dan lain-lain juga nampak baik.

ss_bf2d7726b9def889c8c1aeb661fc7989f9dfeffe.1920x1080
Sumber: indiegamewebsite.com

Tapi apa yang menarik perhatian penulis ialah penggunaan warna pada setiap lokasi terutama di lokasi bandar terapung di mana campuran warnanya sangat cantik sehinggakan penulis mengambil masa selama beberapa minit hanya untuk melihat pemandangan itu.

Game ini tidak memerlukan keperluan grafik yang tinggi di mana jika korang mempunyai komputer atau laptop dengan prosessor Intel Core 2 Duo, AMD Athlon X2, atau yang lebih bagus dengan 2GB RAM memori dan fail saiz sebesar 2GB sudah cukup untuk korang boleh main game ini.

Penulis menggunakan laptop dengan prossesor Intel Core i5 dengan 4GB RAM memori dan penulis tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang bermain game ini.

  • Runut bunyi dan suara

Dari apa yang penulis dengar, game ini menggunakan muzik dengan rentak yang perlahan dan tenang dengan sedikit elemen melodrama. Cuma dalam satu situasi di mana pemain perlu mengelak daripada dilihat oleh seekor raksasa dan pada masa itu rentak muzik bertukar menjadi suspen dan cemas. Namun pada keseluruhan permainan, rentak muzik yang dimainkan adalah perlahan dan tenang.

Suara dari setiap karakter juga dilakonkan dengan baik dan penulis tidak ada sebarang komen negatif tentangnya.

storyaboutmy_1206264b
Sumber: wpblink.com

Kesimpulannya, A Story About My Uncle merupakan sebuah game yang ingin menyampaikan mesej bahawa dunia ini luas dan setiap daripada kita mempunyai pengembaraan masing-masing yang perlu diterokai. Game ini sangat sesuai untuk dimainkan pada pelbagai peringkat umur kerana terdapat elemen kekeluargaan yang ditekankan. Jika korang masih belum main A Story About My Uncle, why not give it a try? korang boleh belinya di sini.

Jalan Cerita: 4 / 5

Gameplay: 4 / 5

Grafik dan animasi: 3.5 / 5

Runut bunyi dan suara: 3.5 / 5

Keseluruhan: 7 / 10

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s