Ulasan Imbas Kembali – MAX PAYNE DAN MAX PAYNE 2: THE FALL OF MAX PAYNE

Saya merupakan peminat filem-filem aksi seperti trilogi The Matrix dan Hard-Boiled. Semasa saya berumur tujuh tahun, saya amat terpukau dan tertarik dengan plot, karakternya, dunia yang dipersembahkan dalam bentuk unik dan aksi yang menarik. Itu adalah filem pertama saya yang membuatkan saya minat terhadap pelakon utamanya, Keanu Reeves.

Hard-Boiled pula arahan dari pengarah John Woo menampilkan Inspektor Tequila (Chow Yun-Fat) sebagai seorang pegawai polis yang sanggup melanggar peraturan dan etika polis demi memastikan penjenayah dapat dibanteras tanpa ada sebarang peluang. Apa yang kedua-dua filem ini berkongsi ciri-ciri yang sama adalah protagonis yang kuat dan Bullet Time. Bullet Time adalah efek kesan khas di mana setiap objek yang ada akan bergerak dalam keadaan perlahan.

Bullet Time telah diperkenalkan dalam banyak filem arahan John Woo seperti Bullet in the Head, The Killer, A Better Tomorrow 1 dan 2. Dengan penggunaan Bullet Time yang semakin popular di dalam cinema pada masa itu, ini merupakan peluang terbaik untuk syarikat kecil dari Finland untuk mengimplementasikan efek Bullet Time dari filem ke dalam video game.

max payne

Maka, wujudlah game bernama Max Payne. Ia telah dihasilkan oleh Remedy Entertainment pada tahun 2001 untuk platform PS2, Xbox dan PC. Manakala, Max Payne 2: The Fall of Max Payne (tajuk yang sangat panjang) dikeluarkan pada tahun 2003 untuk platform yang sama. Boleh dikatakan Max Payne ialah salah satu game yang menggunakan Bullet Time sebagai teras dalam gameplay-nya. Tapi apa yang membuatkan Max Payne menarik ialah gabungan elemen Bullet Time, hard-boiled cop, tema Noir dan mitologi Norse.

PLOT

Dalam Max Payne, kisahnya bermula dengan memaparkan Max Payne, seorang anggota polis NYPD yang mempunyai kehidupan sempurna bersama si isterinya, Michelle Payne dan anak perempuan mereka yang masih bayi. Namun, semuanya bertukar tragedi apabila rumah Max Payne diceroboh oleh tiga orang dan mereka telah membunuh isteri dan anak perempuan. Hidup Max Payne musnah, tapi itu tidak dapat memusnahkan semangatnya untuk mencari jawapan di sebalik pembunuhan isteri dan anaknya.

Beberapa tahun kemudian, dia dipindahkan ke DEA untuk menyiasat kes berkaitan hubungan mafia Italia, keluarga Punchinello dengan dadah merbahaya bernama Valkyr. Maka, bermulalah pemburuan Max dalam mencari jawapan sehingga membawanya kepada organisasi rahsia, The Inner Circle dan syarikat korporat gergasi, Aesir.

Manakala, dalam Max Payne 2 pula, dua tahun sudah berlalu. Max kembali ke meja NYPD dan kali ini Max perlu bekerjasama dengan Mona Sax (karakter dalam game lepas) untuk menyelesaikan kes pembunuhan dan pengkhianatan dalam organisasi The Inner Circle.

Membandingkan plot di antara Max Payne dan Max Payne 2. Plot game pertama lebih straight forward dan lebih ke arah tema dendam dengan konflik lebih difokuskan kepada protagonis. Malah, plot Max Payne lebih kepada rush to the end line dan sense of  urgency di mana Max perlu menyelesaikan kes dengan secepat mungkin kerana pihak polis terus menolak dan mengejar dia.

Manakala, plot game kedua lebih kepada tema pengkhianatan dan cinta di antara Max dan Mona. Plot game kedua lebih banyak ke arah sisi detektif dan pergerakan plotnya lebih tenang dan tidak tergesa-gesa seperti Max Payne. Pendek kata, Max Payne 1, noir/aksi. Max Payne 2, noir/romance/detektif/aksi.

Walau bagaimanapun, kedua-dua game mempunyai plot yang menarik dan tidak membosankan kerana game ini menampilkan watak-watak yang menarik dan mempunyai personaliti masing-masing. Seperti Vinnie Gognitti, Vladimir Lem dan banyak lagi. Kedua-dua game ini juga mempersembahkan dark humor yang kadangkala awkward tapi kelakar dan kena pada situasi.

GAMEPLAY

Max Payne merupakan sebuah game third-person shooter di mana pemain mengawal karakter Max. Max boleh lompat, tundukdan boleh melakukan lompatan berguling di belakang, kiri dan kanan. Max boleh bawa kesemua senjata dan boleh menggunakan satu atau dua pistol pada kedua-dua belah tangannya. Tidak ada penyembuhan nyawa secara sendiri dan pemain perlu bergantung kepada ubat painkillers yang boleh dijumpai di merata-rata tempat.

Satu kebolehan Max ialah Bullet Time yang membenarkan dia untuk memperlahankan masa bagi membolehkan dia menembak musuh yang bergerak perlahan. Satu lagi kebolehan dia ialah shoot dodge di mana Max akan melompat ke depan, belakang, sisi kanan dan kiri sambil menembak musuh sehingga dia menyentuh lantai dalam keadaan meniarap atau terbaring.

Meter Bullet Time boleh di-refill dengan membunuh musuh. Terdapat banyak senjata yang disediakan seperti pistol Barreta (reference kepada filem John Woo), pump-action shotgun, Ingram (Mac-10), Desert Eagle, Jackhammer, M-16 dan banyak lagi. Setiap senjata mempunyai kegunaan tersendiri untuk situasi-situasi tertentu. Semasa bermain, saya selalu guna pump-action shotgun sebagai senjata untuk refill meter Bullet Time dengan cara teknik strafing antara musuh dan cover. Pump-action shotgun sangat efektif digunakan bersama shoot dodge namun lemah apabila bersama bullet time kerana masa yang di ambil untuk melepaskan satu ke satu tembakan amat lama.

Pemain akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi di bandar New York yang dilanda ribut salji. Pemain akan berhadapan dengan pelbagai jenis musuh dari gangster jalanan sehingga ke askar pembunuh upahan.

Walaupun Max mempunyai kuasa Bullet Time, dia masih boleh terdedah kepada bahaya. Dan ya, pemain akan mati banyak kali kerana game ini sememangnya susah dan mencabar. Trial and error. Quicksave ialah penyelamat pemain dalam game ini. Ini kerana pemain tidak hanya boleh masuk ke kawasan kombat secara melulu, pemain perlu merancang strategi dan menggunakan bullet time dan reflex shoot dodge sebaik mungkin untuk mengelak serangan musuh.

Max boleh mati sepantas kilat bergantung kepada senjata yang digunakan oleh musuh dan jarak di antara musuh dan Max. Ini kerana apabila musuh berada pada jarak jauh, tembakan mereka tidak tepat, dan ini juga di-apply-kan kepada Max. Jika musuh dapat headshot pemain, game over, begitu juga dengan Max terhadap pihak musuh.

Menggunakan shoot dodge juga perlu berhati-hati kerana selepas Max melompat, dia akan meniarap di atas lantai dan akan cuba untuk bangun. Pada saat ini, Max terdedah kepada tembakan dan boleh mati. Gunakan shoot dodge terhadap satu atau dua musuh atau gunakannya untuk melompat dari satu cover ke cover lain.

AI dalam game ini juga kadangkala boleh jadi sangat pandai dan sangat bodoh. Mereka akan jadi sangat pandai dengan cuba untuk flank pemain atau baling grenad. Atau mereka boleh jadi sangat bodoh dengan hanya berdiri tanpa melakukan apa-apa. Apa yang membuatkan game ini susah sebenarnya, enemy placements yang tidak dijangka dan kadangkala tidak adil. Tidak seimbang.

Mujurlah, dalam Max Payne 2. Remedy sudah memperbaiki kesemua masalah tersebut. Seimbang dari segi enemy placements, nyawa dan gunplay. Malah, shoot dodge kali ini membenarkan Max untuk terus menembak walapun dalam keadaan meniarap.

Namun, bullet time dalam Max Payne 2 berfungsi agak berlainan dari game pertama. Bullet Time dalam game pertama memperlahankan kesemua objek termasuk Max. Tapi dalam Max Payne 2, kesemua objek bergerak perlahan kecuali Max, dia boleh bergerak seperti biasa dalam kelajuan normal. Ia seperti menggalakkan pemain untuk menumpaskan musuh secepat mungkin semasa menggunakan bullet time. Bullet time juga kali akan di-refill dengan sendirinya.

Terdapat penambahan senjata bahawa seperti Kalashnikov, MP5 dan SPAS-12 (lebih baik dari pump-action shotgun). Serangan melee juga boleh ditukar kepada menggunakan grenad, tidak seperti game pertama di mana pemain perlu mengeluarkan grenad sebagai senjata berasingan.

Juga, apabila Max berada dalam Bullet Time, Max akan lakukan reload animation 360 darjah yang mana ia kelihatan sangat cool untuk dilihat kali pertama. Namun, ia boleh jadi agak annoying untuk jangka masa lama kerana ia sedikit sebanyak memisahkan immersion pemain dengan gameplay yang sedang berlaku. Tapi, reload animation 360 tidak berlaku selalu.

Max Payne 2 juga lebih pemurah dalam memberi painkillers. Tidak seperti game pertama, Max Payne 2 memberikan banyak painkillers kepada pemain di mana ia tidak hanya boleh dijumpai dalam locker, tapi dalam beg dan juga dari pihak musuh.

Grafik

Oleh kerana game Max Payne merupakan game bajet kecil kedua Remedy selepas Death Rally. Remedy perlu menggunakan apa sahaja sumber di sekeliling mereka untuk menghasilkan game. Oleh sebab mereka tidak mempunyai bajet besar untuk menghasilkan cut scene seperti filem. Mereka menggunakan cut scene dengan gaya komik. Karakter-karakter yang ada dalam komik cut scene tersebut juga Remedy ambil dari kenalan rapat dan orang-orang di sekeliling mereka.

Tapi cut scene gaya komik ini yang membuatkan Max Payne game yang mempunyai gayanya tersendiri. Visualnya komik yang cantik dan memukau membuatkan saya seronok untuk membacanya. Dialog-dialog ala novel yang dipertuturkan dari setiap karakter juga best terutamanya Max yang sangat detail dalam menjelaskan apa-apa sahaja walaupun dia hanya tengah menonton televisyen.

Untuk teknologi yang digunakan pada masa itu, walaupun karakter model dan animation tidak bagus dan beberapa aspek visual yang lain juga yang mempunyai masalah. Remedy telah berjaya menghasilkan game ini terutamanya memfokuskan kepada teknologi bullet time yang mana sukar untuk Remedy implementasikan ia ke dalam video game.

Oleh sebab itu, Remedy menunjukkan kehebatan mereka yang sebenar dalam Max Payne 2. Dengan bajet yang lebih besar kali ini, mereka dapat melakukan motion capture mendapatkan karakter model dan animation yang lebih cantik dan lancar. Persekitaran sekeliling seperti efek hujan, api dan lain-lain juga lebih cantik. Ini juga di mana mereka menggunakan fizik ragdoll untuk memastikan setiap objek boleh bergerak mengikut situasi keadaan.

Selain daripada cut scene gaya komik, kali ini mereka boleh melakukan cut scene filem yang sebenar. Walaupun sudah ada cut scene filem, Remedy masih memaparkan gaya komik kerana itu ada trademark mereka dalam Max Payne.

SUARA, MUZIK DAN EFEK BUNYI

Kalau dari segi lakonan suara, kedua-dua game mempunyai lakonan suara yang mantap dari Max sehinggalah ke suara gangster. Dari segi nada dan ton suara mereka melambangkan siapa mereka sebenarnya dan juga personaliti mereka.

Muzik juga untuk kedua-dua game adalah bagus. Main theme dalam Max Payne pertama sangat best untuk didengar, rentak dan alunannya sangat melambangkan kisah hidup Max yang sudah musnah. Namun, terdapat beberapa lagu yang memorable dalam Max Payne 2 yang juga bagus seperti Mona Sax main theme dengan gabungan rentak instrumental dengan bunyi gitar rock yang mungkin kedengaran agak luar dari tema noir tapi ia kena dengan situasi yang memang melambangkan Mona sebagai karakter yang lembut dan feminim tapi juga lasak dan bahaya.

Oh ya! Lagu Late Goodbye oleh band dari Finland, Poets of the Falls juga tidak kurang hebatnya.

Untuk efek bunyi, bunyi tembakan senjata dalam game pertama lebih kuat dan kasar bunyinya berbanding game kedua yang mana lebih terkawal dan tidak kuat ‘boom-nya’. Efek bunyi seperti angin yang terkena pada pintu menghasilkan bunyi, bunyi kilat dan lain-lain semuanya bagus.

KEPUTUSAN:

MAX PAYNE:

PLOT: 5/5

GAMEPLAY: 4/5

GRAFIK: 2/5

SUARA, MUZIK, EFEK BUNYI: 4/5

SKOR KESELURUHAN: 7.5/10

 

MAX PAYNE 2: THE FALL OF MAX PAYNE

PLOT: 5/5

GAMEPLAY: 5/5

GRAFIK: 4/5

SUARA, MUZIK, EFEK BUNYI: 4/5

SKOR KESELURUHAN: 8.5/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s