Ulasan Imbas Kembali – XIII

Jika korang minat filem-filem bertemakan perisikan dan penuh aksi seperti James Bond, Jason Bourne dan Jack Bauer dari siri 24, pasti korang akan sukakan game ini. XIII ialah game stealth/action yang telah dikeluarkan pada tahun 2003 oleh Ubisoft Paris untuk platform PS2, Xbox dan PC.

Versi remake/remaster akan dikeluarkan pada bulan November 2019 untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

PLOT

Plot XIII berdasarkan kepada siri novel grafik dari Belgian yang telah dikeluarkan pada tahun 1984. Ia mengisahkan tentang Jason Fly (XIII), seorang protagonis yang mengalami amnesia yang mana dia mahu mencari idenitinya yang sebenar kerana identiti yang dipakai pada masa itu ialah seorang lelaki bernama Steve Rowland. Lebih teruk lagi, dia dituduh membunuh Presiden Amerika Syarikat, William Sheridan. Maka, bermulalah misinya mencari identiti di samping dalam masa yang sama memburu 21 orang yang dikehendaki yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan William Sheridan.

Perjalanan cerita dalam XIII bergerak dengan baik dan konsisten, namun akan ada banyak plot twist terutamanya di penghujung permainan. Pemain akan sentiasa mahu terus bermain untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Setiap karakter memainkan peranan mereka dengan baik. Walaupun, pada pendapat penulis, personaliti Steve Rowland (Jason Fly) agak membosankan dan mendatar. Mungkin kerana dia mengalami amnesia dan masih bingung dengan apa yang dah berlaku.

Penulisan skrip dialog juga mempunyai aura-aura gaya komik. Setiap momen-momen yang penting mengenai Steve Rowland akan dipersembahkan dalam bentuk imbas kembali. Secara keseluruhan, plot XIII baik dan amat menghormati sumber asalnya.

GAMEPLAY

XIII merupakan sebuah game stealth/action yang linear tapi memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Pemain akan mengawal Steve Rowland (Jason Fly) sepanjang permainan. Pemain akan diberikan banyak pilihan senjata seperti crossbow, M16, pistol, revolver, M60, pelancar roket, pisau, shotgun, sniper rifle dan AK-47. Setiap senjata mempunyai secondary fire seperti M16 boleh tembak grenade launcher, senjata automatik boleh ditukar mod fire dari burst ke auto dan senjata yang ada skop boleh di zoom in serta untuk pistol dan submesingan boleh dual wield.

Sesetengah senjata seperti pistol dan crossbow akan mendapat attachment atau upgrades seperti silencer untuk pistol dan crossbow boleh tembak lebih dari tiga kali. Perlu diingatkan bahawa game ini tidak ada aim down sight, semuanya bergantung kepada crosshair.

Pemain juga akan dilengkapi dengan gajet-gajet seperti alat untuk membuka pintu berkunci, grappling hook yang boleh diubah ketinggian naik dan turun melalui alat kawalan jauh, alat pendengar, bom dan lain-lain. Tapi dua barang pertama di atas yang akan selalu dibawa oleh pemain.

Game ini juga tidak menggunakan health regenerating system, sebaliknya bergantung kepada medkits yang boleh dicari sepanjang permainan, terdapat dua medkits, besar dan kecil yang mana salah satu memulihkan nyawa sebanyak 50% manakala satu lagi 100%. Selain daripada medkits, terdapat juga perisai yang perlu dipakai oleh pemain yang mana terbahagi kepada dua, body armor dan helmet. Kedua-dua armor tersebut membantu pemain dalam melindungi nyawa.

Pada bahagian seksyen stealth, pemain boleh menggunakan apa-apa sahaja objek yang ada seperti kerusi, penyapu, botol dan lain-lain untuk digunakan sebagai pemukul. Pemain juga boleh mengangkat badan musuh untuk disembunyikan. Level design dalam game ini juga bagus kerana banyak menyediakan laluan rahsia untuk pemain cuba bereksperimen dengan play style mereka.

Sepanjang permainan, kebolehan karakter pemain akan dipertingkatkan seperti boleh menyelam dengan lebih lama, tidak perlu menarik nafas semasa menggunakan skop rifle, ketahanan badan dan banyak lagi. Terdapat juga dokumen-dokumen yang boleh dicari sepanjang permainan, dokumen ini boleh dibuka pada bahagian menu. Ia dapat memberikan informasi yang lebih mengenai plot kepada pemain.

Isu yang dihadapi oleh penulis sepanjang bermain adalah kadangkala penggunaan crosshair semasa menembak seperti tidak kena (hit or miss) dan boleh menjadi keliru kerana tidak ada feedback dari musuh. Apa yang paling teruk sekali adalah sistem quicksave yang teruk dan tak perlu ada.

Ini kerana game ini menggunakan checkpoints system yang mana ianya memang bagus tapi pergerakan dari satu checkpoint ke satu checkpoint mengambil masa yang lama untuk diaktifkan. Dan jika pemain quicksave luar kawasan checkpoint dan mahu bermain semula menggunakan save tersebut, game akan dimulakan pada bahagian checkpoint dan bukannya pada tempat quicksave yang pemain dah save. Sangat teruk.

Checkpoint system yang teruk digabungkan dengan pengalaman seksyen forced stealth yang juga tidak bagus, ini kerana jika pemain dapat dikesan oleh musuh. Game over. Ditambah pula dengan permulaan senjata pistol yang tiada ammo tambahan menyukarkan lagi kerja pemain. Ini kerana musuh boleh mengesan pemain dari jarak jauh.

GRAFIK

Salah satu daya tarikan terpenting dan mempunyai nilai estetika tersendiri dalam XIII adalah grafiknya. Game ini menggunakan gaya cel-shaded dan gaya komik panel yang unik. Penggunaan palet warna yang bagus dan terang. Font comic sans yang memang mengikut sumber asalnya. Penggunaan kotak panel komik yang dinamik dan menarik.

Dari bahagian cut scene juga ia dipersembahkan dengan menarik, gaya komik dan grafik 3D cel-shaded. Penggunaan gaya ini tidak terhenti di cut scene sahaja, ia dibawa ke dalam gameplay. Apabila pemain melakukan headshot, 3 kotak panel akan ditunjukkan memaparkan bagaimana tembakan pemain kena pada musuh dengan penuh style. Atau jika musuh berada di tempat tinggi, apabila pemain menembak musuh, satu kotak panel menunjukkan musuh itu jatuh.

Penggunaan kotak panel bukan dipaparkan sebagai antaramuka sahaja, ia juga digunakan untuk memberikan informasi kepada pemain, terutamanya dalam bahagian seksyen stealth. Contohnya seperti musuh yang sedang menjaga laluannya akan ditunjukkan dalam satu kotak panel, ini dapat membantu pemain untuk mengetahui apa yang berada di hadapan pemain. Jika pemain terkena letupan juga, skrin akan bergoncang dalam kotak panel besar.

Oleh kerana game ini menggunakan gaya komik, tidak sah kalau tak ada penggunaan font-font yang menarik bagi memaparkan apa yang sedang berlaku. Musuh terkena tembakan – BANG, bunyi letupan – BOOM!, roket terbang – WHOOSH!!!, bunyi tapak kaki -TAP, kena pukul – AHHH!, semua itu sangat menarik untuk dilihat. Malah, bunyi tapak kaki boleh digunakan untuk mengesan musuh, dengan melihat pada tulisan TAP, semakin jauh tulisan menjadi kecil, semakin dekat tulisan menjadi besar.

MUZIK, EFEK BUNYI DAN SUARA

XIII menggunakan muzik jazz dan beberapa instrumental lain seakan-akan mempunyai aura-aura muzik dari filem-filem James Bond. Bunyi semasa stealth dan action akan dipersembahkan dengan cara berbeza. Secara keseluruhan, muzik memang baik.

Efek bunyi dalam game ini juga baik, bunyi seperti kaca pecah, bunyi letupan, bunyi tembakan dan lain-lain semua baik. Misi di dalam hutan sejuk dan hospital sakit jiwa merupakan bahagian kegemaran penulis kerana ia memang menunjukkan efek bunyi yang berkualiti tinggi.

Lakonan suara Steve Rowland oleh David Duchovny boleh dikatakan baik tapi kadangkala emosi dan nadanya lemah pada sesetengah bahagian. Untuk lakonan suara karakter-karakter lain juga boleh dikatakan baik. Tapi suara karakter Walter Sheridan mempunyai karismanya tersendiri.

PLOT: 4/5

GAMEPLAY: 3.5/5

GRAFIK: 5/5

MUZIK, EFEK BUNYI DAN LAKONAN SUARA: 3.5/5

KESELURUHAN: 7/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s