DEKAT JAUH

Kau kejar kehidupan,

Kau tinggal kematian

Kau ingat dunia,

Kau lupa akhirat

Kau cuba mengejar cahaya putih,

Sedangkan kau tak tahu,

Satu lubang hitam,

Menanti di sebalik cahaya itu

Kau lari dari kegelapan,

Tapi sebenarnya,

Itulah cahaya putih,

Di sebalik kegelapan,

Dalam kegelapan

Itulah tipu helah mata satu,

Bersama-sama dengan angkatan tenteranya,

Dalam kalangan manusia,

Diketuai perisai merah,

German,

Menyembah tanduk merah

Kumpulan elit ini,

Cuba menggoda kau,

Dengan nikmat dunia,

Cuba menyingkirkan jiwamu,

Agar kau jauh dari akhirat

Baik berkata,

Sana kau patut kejar,

Dunia jauh,

Akhirat dekat

Jahat berkata,

Sini kau patut kejar,

Dunia dekat,

Akhirat jauh

Mereka memilih dunia,

Mereka sayangkan kehidupan,

Mereka bencikan kematian,

Mereka lupa tuhan,

Walhal,

Kehidupan itu adalah satu penipuan yang cantik,

Kematian itu adalah satu kebenaran yang buruk

SESAT

Ku tersesat di dalam hutan,

Cuba mencari jalan pulang,

Malam kian hampir tiba,

Ku cuba mencari lindungan

Bawah pokok ku duduk,

Dalam gelap ku takut,

Ku cuba fikir,

Bagaimana aku boleh berada di sini?

Angin ghaib bertiup kencang,

Makhluk liar lari berkeliaran,

Satu bunyi kuat, menghala ke arahku,

Seakan-akan bunyi trompet

Muncul jelmaan seperti manusia,

Datang dekat kepadaku,

Wajah sama sepertiku,

Sedikit gentar dalam jiwaku

“Kenapa kau sakiti dia!”

“Sakiti siapa?”

“Cahaya matamu!”

“Sejak bila?”

“Seminggu lalu.”

Jelmaan bertukar wajahnya,

Berubah bagaikan seorang budak,

Perempuan,

Comel dan tak bersalah

Entah bagaimana air mataku mengalir,

Ku sedar akan kesilapanku,

Sedang ia mengalir jatuh ke tanah,

Wajah anakku berubah

Suci menjadi jijik,

Darah dan lebam di wajahnya dan seluruh badannya,

“Kenapa papa buat Nana macam ni.”

Air mataku juga mula berdarah

Tiba-tiba dua ekor burung gagak,

Menerkam ke wajahku,

Mencabut keluar dua biji mataku,

Api mula menyambar keluar dari tanah,

Membakar tubuh badanku

Ku terperangkap di dalam mindaku,

Ku bangun ke alam realiti,

Berjaya keluar dari alam mimpi,

Ku melihat isteriku,

Memandu dalam keadaan cemas

Cuba larikan diri dari buruan polis,

Ke negara sempadan,

Malangnya kami ditangkap,

Dibawa ke mahkamah,

Hukuman tali gantung,

Menantiku dan isteriku

KASIH GURU

Guru,

Kau mengajar kami,

di bangku sekolah lagi,

daripada kami tidak mengenal angka,

sehingga kami mengenal angka,

daripada kami tidak mengenal huruf,

sehingga kami mengenal huruf

Guru,

Biarpun taufan bertiup kencang,

kami akan tetap ke menara gading,

kerana kau mempersiapkan diri kami,

dengan ilmu yang terserlah di hati

Guru,

Kau mengajar erti kehidupan,

kehidupan yang bermakna,

kehidupan yang sebenar,

untuk kami menghadapi,

rintangan yang mendatang

Guru,

Kau pembakar semangat jiwaku,

untuk meneruskan pelajaranku,

kau tak henti mengajarku,

bagai mengejar api di lautan

Guru,

Kau membina jati diri kami,

untuk cinta akan tanah air kami,

untuk membina semangat patriotik,

dalam diri kami

Guru,

kau telah memimpin kami,

sehingga kami meningkat usia,

untuk kami mengganti,

pemimpin terdahulu,

dan,

menerajui tanah air ini

ANAK PALESTIN

Wahai anak Palestin,

Kau pembakar semangat jiwaku,

Untuk melawan musuhmu,

Musuh yang dilaknat oleh tuhanku,

Demi yang maha agung tuhanku

Wahai anak Palestin,

Kau pembawa perjuangan suci-Nya,

Kau dibunuh oleh peluru-peluru neraka,

Kau membalas dengan batu-batu syurga,

Syahidmu menjadi contoh rakyat Malaysia

Wahai anak Palestin,

Kau penguat kepada akhlakku,

Kau mendahului kami menjadi mulia kepada-Mu,

Demi Palestin kami berdoa kepada-Mu,

Supaya Allah membebaskan tanah suciku

Wahai anak Palestin,

Kau pembawa kepada kebenaran-Nya,

Walaupun mereka menipu daya dunia,

Kami akan bersama para anbiya,

Sehingga ke hujung nyawa

Wahai anak Palestin,

Usahlah kamu berduka,

Kami akan bersama dengan akidah-Nya,

Kami akan mempersiapkan ilmu di dada,

Untuk membebaskan tanah suci-Nya

KEBENARAN

Setiap manusia inginkan kebenaran,

tentang dunia ini,

tetapi,

ada manusia durjana,

yang mengubah hukum kebenaran

Setiap berita yang kulihat,

di kaca televisyen,

ada yang benar dan sebaliknya,

ada yang cerita dipadam kebenarannya,

oleh manusia durjana,

yang membawa fitnah keatas dunia ini,

bagai menjahit jantung yang luka

Setiap muzik yang ku dengari,

di radio dan laman web,

ada liriknya yang berbunyi,

bagai memuji tuhan Yang Maha Esa,

ada liriknya yang berbunyi,

seperti memuja syaitan durjana,

manusia durjana ini sekali lagi,

telah menutup mata kita,

dengan kebenaran palsunya

Setiap gerak-geriku,

diperhati dan dipantau,

oleh manusia durjana ini,

supaya aku mengikut kehendaknnya,

dan,

mendapat apa yang dia kecapi,

seperti patung boneka dunia

Tugas manusia durjana ini,

untuk menguasai dunia,

mengawal tingkah-laku manusia,

menjauhkan kita dari agama-Nya,

agar,

dia dapat mengawal seluruh umat manusia,

bagai penjara untuk minda kita

Akan tetapi,

kita sebagai makhluk ciptaan-Nya,

mempunyai keistimewaan yang dikurniakan-Nya,

iaitu,

kebebasan untuk memilih,

selagi kita kuat pegangan agama,

dan percaya kepada-Nya,

kita tidak akan terikut,

dengan hasutan manusia durjana ini,

biar kita melawan manusia syaitan ini,

dengan menyuluh kegelapan kepadanya

SETIAP

setiap yang bernyawa,

pasti akan mati jua,

setiap yang bersihat,

pasti akan sakit jua,

setiap yang berkaya,

pasti akan miskin jua,

setiap yang bertahan,

pasti akan rebah jua,

setiap yang bercepat,

pasti akan lambat jua

setiap yang dibina,

pasti akan runtuh jua,

setiap yang dibaiki,

pasti akan rosak jua,

setiap yang ditanam,

pasti akan layu jua,

setiap yang dimakan,

pasti akan diracuni jua,

setiap yang disetiai,

pasti akan dikhanati jua

SUMBER

sumber,

sesuatu anugerah yang indah bermakna,

untuk kita merasai dan menikmatinya,

tetapi,

ada manusia salah menggunakan nikmat ini,

dijalan yang keji

aku cukup kesal,

melihat manusia mengambil sumber,

di tempat yang kotor dan,

jijik,

sehingga mengabaikan adat suci,

yang dibangunkan oleh orang tua kita

aku bersyukur,

ada hamba Allah yang menadah sumber,

di tempat yang bersih dan suci,

itulah hamba yang menghargai,

nikmat Allah

cukup aku kesal,

melihat manusia,

mengambil sumber yang haram,

tanpa mengambil tahu dosa dan pahala

bersyukur aku melihat,

ada manusia mengambil,

sumber yang halal,

dan,

mengambil berat tentang,

dosa dan pahala

aku berdoa pada yang satu,

supaya hamba Allah itu,

mengambil sumber yang suci dan nurani,

agar,

dia menghargai nikmat Allah