DANIYA

“Ambik kau! Rasakan!”

“Tolong… Jangan tarik tudung aku.”

“Kau kat dalam kelas boleh la kalahkan aku. Tapi kat luar ni, aku yang menang!” Kata pelajar perempuan itu sambil menarik tudung pelajar perempuan yang sedang terasa sakit rambutnya ditarik sekali bersama dengan tudung putihnya.

“Apa salah aku?” Tanya mangsa buli itu sambil cuba menolak pembuli yang berada di hadapannya.

“Sebab kau pandai. Semua cikgu sayangkan kau!”

“Aku boleh tolong kau kalau kau tak faham apa yang cikgu ajar kat dalam kelas tadi.”

“Ah kau! Kau ajar aku pun cikgu tetap sayang kau setan!” Perempuan itu terus menarik tudung perempuan yang sudah tidak berdaya melawan sehingga tudungnya tertarik keluar, menampakkan rambut panjangnya.

Perempuan lemah itu terus terjatuh di atas lantai. Apa yang lebih menjijikkan, si pembuli masih tidak berpuas hati lalu menendang kepala si mangsa. Sehingga dia berasa puas hati barulah si pembuli itu keluar dari tandas perempuan. Kepala si mangsa masih lagi terasa sakit, dia berasa seperti di awang-awangan. Dia cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan ke sinki tandas untuk mencuci muka sehingga bersih supaya cikgunya tidak syak apa-apa apabila dia kembali ke kelas nanti. Dia memakai tudungnya kembali, keluar dari tandas dan terus menuju ke kelasnya. Dia tidak mahu melaporkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya kepada guru disiplin kerana takut si pembuli itu akan membuli dia dengan dua kali ganda lebih teruk daripada yang tadi.

Daniya, pelajar perempuan tingkatan 5. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan yang akan menentukan segala-galanya, tapi bukanlah antara hidup dan mati. Sekurang-kurangnya peperiksaan SPM tidaklah terlalu serius seperti peperiksaan CSAT (College Scholastic Ability Test) di Korea Selatan di mana tahap seriusnya sampaikan kapal terbang tidak dibenarkan berada di atas udara supaya bunyinya tidak menganggu para pelajar dan kalau mereka gagal, sesetengah pelajar mungkin akan bunuh diri. Harap perkara itu tidak berlaku di Malaysia.

ce18dd2ac23a43e3f6ca58cd27b5b451

Ini merupakan sekolah ketiga Daniya dipindahkan, Sudah tiga bulan Daniya di sekolah baru itu. Atas alasan apa Daniya dipindahkan? Kerana ayahnya selalu bertukar ke cawangan lain di tempat kerjanya. Ayah Daniya bekerja sebagai operator di sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi. Manakala ibu Daniya meninggal dunia semasa melahirkannya.

Daniya ialah seorang ulat buku, dia sangat suka membaca buku, terutamanya buku-buku cerita semasa dia kecil. Disebabkan dia selalu membaca, dia mudah untuk mengingat sesuatu peristiwa terutamanya dalam subjek Sejarah. Subjek kegemarannya. Subjek Sains dan Fizik juga merupakan subjek kegemarannya.

Tapi di sekolah dia agak pendiam, tidak ramai yang mahu berkawan dengannya. Namun, tidak ramai yang tahu sebenarnya Daniya menghidap Autism sejak kecil. Agak pelik apabila ayahnya tidak pernah memberitahu mengenai perkara itu kepada cikgu-cikgu di sekolahnya. Mungkin sebab kenapa pelajar di sekolah itu tidak mahu berkawan dengannya adalah disebabkan Daniya selalu dikaitkan dengan ‘sumpahan maut’ apabila tiga orang pelajar ditemui mati di dalam sungai di sekolah kedua Daniya dan tiga orang pelajar dari sekolah pertama Daniya mati kerana kemalangan di jalan raya. Apa yang peliknya, kesemua pelajar yang mati itu adalah yang selalu membuli Daniya. Oleh sebab itu, mereka selalu menjauhkan diri darinya.

Tetapi ada seorang yang menerima Daniya di sekolah barunya. Fahrim, pelajar lelaki, sama umur dan sama kelas dengannya. Fahrim selalu melayani Daniya dengan baik, disebabkan sifat baiknya, mereka berdua selalu mengulang kaji dan Daniya banyak membantu Fahrim jika dia tidak faham terutamanya soalan-soalan berkaitan Matematik. Daniya bukannya tidak boleh bercakap, dia cuma ada masalah komunikasi (salah satu simptom Autism) dan dia perlukan orang seperti Fahrim supaya dia boleh berinteraksi dengan baik. Tapi apabila tiba di rumah, ayahnya ialah orang kedua yang dia sangat sayang.

Daniya selalu mendapat nombor satu dalam setiap peperiksaan bulanan sehinggakan semasa Daniya di sekolahnya yang lepas, para cikgu membahagi-bahagikan para pelajar menjadi enam kelas. Tiga kelas di atas terdiri dari kalangan pelajar yang boleh dikatakan terbaik, dan semestinya Daniya berada di kelas pertama. Manakala tiga kelas di bawah, terdiri dari kalangan pelajar yang tidak melakukan ‘persembahan’ dengan baik. Nampak seperti ada unsur pecah dan perintah.

Setiap kali dia balik dari sekolahnya, dia akan masuk ke dalam biliknya dan bermain set domino. Sejak zaman kanak-kanaknya, dia suka bermain dengan domino dan juga kadang-kadang bermain puzzle. Daniya akan bermain set domino itu berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Pada waktu malam, Daniya akan mengulang kaji pelajaran dan melakukan kerja sekolah. Ayahnya kadang-kadang tiada di rumah kerana sibuk dengan kerja. Tapi setiap kali ayahnya balik ke rumah, Daniya akan tersenyum panjang lebar kerana ayahnya akan membawa balik sekali makanan kegemarannya, Nasi Goreng Cina dan Tom Yam. Bila ayahnya ada masa terluang, dia akan meluangkan sepenuh masanya bersama dengan satu-satunya anak tunggal yang dia ada.

Lagi beberapa bulan sahaja lagi Daniya perlu melakukan persiapan untuk menduduki peperiksaan SPM. Daniya memberikan sepenuh tenaganya untuk mengulang kaji pelajaran sama ada bersama dengan Fahrim atau sendirian. Ayahnya turut membantu Daniya dari segi kewangan jika Daniya mahu membeli buku-buku latihan baru. Tapi sepanjang masa Daniya menghabiskan masanya di rumah untuk belajar kerana dia takut akan berjumpa dengan pembuli-pembuli yang tinggal seduduk di kawasan taman perumahannya. Daniya tidak mahu memberitahu kepada ayahnya kerana dia tidak mahu ayahnya berasa marah dan sedih dan rasa bersalah.

“Ayah, Daniya pergi dulu ya.” Senyum Daniya.

“Buat yang terbaik! Lulus atau tak, kamu tetap anak ayah. Relax masa jawab soalan nanti.” Ayahnya berikan semangat dan cuba memberikan nasihat supaya Daniya tidak berasa tertekan semasa menjawab nanti.

“Jangan risau ayah. Daniya akan buat yang terbaik. Untuk ayah dan ibu.” Ayahnya melihat anak perempuannya berjalan masuk melepasi pagar sekolah. Sebelum Daniya meneruskan perjalanannya, Daniya melambaikan tangannya. Ayahnya juga membalas lambaian tangan kepada anaknya sebagai tanda sayang.

Beberapa bulan kemudian…

 Hari ini adalah hari Daniya mengambil keputusan peperiksaan SPM. Dia melangkah masuk ke dalam dewan sekolah, berjalan menuju ke meja yang telah ditetapkan oleh para cikgu untuk mengambil slip keputusan peperiksaan. Apabila tiba giliran Daniya, Cikgu Suraya, guru kelas dan guru Sains Daniya memberikan slip itu kepada dia serentak bersama dengan senyuman.

“Tahniah Daniya. Kamu dapat 9A+. Cikgu bangga dengan kamu.”

“Terima kasih cikgu.” Daniya tersenyum. Senyumannya membawa dia keluar dari dewan itu. Tapi sebaik sahaja dia melangkah keluar dengan senyuman gembira. Tiba-tiba, badannya ditolak dengan kuat sekali sehingga dia jatuh tersungkur di luar pintu masuk dewan sekolah.

“Hoi setan! Kau ingat kau pandai sangat? Aku pun boleh dapat A la.” Danielle, pelajar perempuan sama kelas dengan Daniya. Dialah yang selalu membuli Daniya dan orang yang sama menendang Daniya di dalam tandas perempuan. Daniya pun tidak tahu kenapa Danielle selalu membulinya kerana kalau hendak diukur dari paras rupa, Danielle lebih cantik. Sebenarnya Danielle cemburu dengan kepintaran Daniya.

“Aku tak kacau kau pun!”

“Oh berani melawan ya! Jom geng, kita pijak dia berjemaah.” Danielle tidak datang berseorangan. Dia datang bersama dengan dua orang kawannya.

Daniya dipijak oleh Danielle bersama-sama dengan kawannya. Dia cuba untuk menghalang mereka bertiga tapi dia tidak berdaya. Habis pakaiannya kotor dipijak dengan keji oleh Danielle dan rakan-rakannya. Daniya sudah hampir pengsan, sehinggalah Fahrim datang menghalang mereka bertiga.

“Hoi! Apa korang buat?!”

“Wei! Wei! Lari! Lari! Boyfriend dia datang.”

“Aku bukan boyfriend dia la!”

“Eee, berani kau rapat dengan dia. Kau nak mati dengan sumpahan dia!”

“Sumpahan apa ni?! Benda tahyul apa kau percaya ni?!”

“Habislah kau lepas ni haha!”

“Blah kau!”

Danielle melarikan diri bersama dengan rakannya, meninggalkan Fahrim dan Daniya di belakang. Sementara itu, Fahrim menolong Daniya dengan cuba membangunkan Daniya yang sudah cedera teruk secara perlahan-lahan. Daniya meminta Fahrim supaya menghantarnya ke klinik. Selepas luka di badannya sudah sembuh dirawat oleh doktor, Daniya berehat lama di klinik itu, Fahrim ada di situ untuk menemaninya.

Akan tetapi, Daniya perlu pulang cepat sebelum waktu maghrib menjelma kerana pada waktu itu ayahnya sudah pulang ke rumah dan dia tidak mahu dimarahi kerana pulang lewat. Fahrim menghantarnya pulang ke rumah dengan menaiki motorsikal milik Fahrim.

Pada waktu malam itu, Daniya memberikan slip keputusan peperiksaannya kepada ayahnya yang sedang bersandar di sofa, sedang keletihan dan berpeluh kerana bekerja keras demi menyara anak kesayangannya. Tetapi selepas melihat keputusan anak perempuannya itu, semua penat lelahnya hilang dalam sekelip mata. Senyuman di bibirnya mula mekar bak sekuntum bunga ros, matanya bersinar memandang wajah Daniya seperti dia sedang memandang bidadari.

“Tahniah sayang!”

“Daniya takkan berjaya tanpa bantuan dari ayah.” Senyum Daniya. Ayahnya memeluk Daniya dengan penuh erat. Ayahnya berjanji akan menempatkan Daniya di universiti terbaik dan dia tidak akan mengonkong Daniya untuk memilih mana-mana kursus yang dia minat di universiti nanti.

Seminggu selepas itu, pihak sekolah menelefon ayah Daniya untuk menjemput dia dan Daniya menghadiri ke majlis anugerah pelajar cemerlang yang akan berlangsung pada esok hari di dewan sekolah. Daniya dan ayahnya bersetuju untuk datang ke majlis itu. Pada keesokkan harinya, Daniya naik ke atas pentas bersama dengan ayahnya untuk menerima sijil anugerah pelajar cemerlang dari tangan pengetua sekolah.

Ia merupakan saat yang paling gembira untuk seorang ayah melihat senyuman kejayaan anak perempuannya. Tapi kegembiraan itu tidak lama apabila diganggu oleh seorang pelajar perempuan yang berada di bawah pentas. Dia memberikan isyarat dua ibu jari ke bawah dan membuat bunyi “BOO!!!” kepada Daniya. Perempuan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Danielle bersama-sama dengan rakannya menghina Daniya.

“Dia dapat A sebab ada hantu tolong dia!!!” Kutuk Danielle. Daniya berasa sangat takut sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa. Perbuatan Danielle itu disaksikan oleh semua guru dan pelajar yang hadir ke majlis itu, namun dia langsung tidak endahkan tentang apa yang orang lain fikir tentang dia. Tidak tahu malu.

Tapi ayah Daniya tampil ke hadapan untuk melindungi anaknya. “Hoi budak! Kau ni dah kenapa?!”

Guru kelas Daniya juga turut memarahi Danielle. Danielle tidak membalas, sebaliknya dia keluar dari dewan sekolah sambil memberikan wajah tidak puas hati kepada Daniya. “Daniya, kamu jangan pedulikan si Danielle tu. Dia tu memang cemburukan kamu dari dulu.” Guru kelasnya cuba menenangkan perasaan Daniya. Wajah Daniya kembali tenang dan gembira selepas Danielle dan rakan-rakannya beredar dari dewan.

Daniya dan ayahnya turun melalui tangga di belakang pentas. Di situ, Fahrim sedang menunggu ketibaan Daniya. Ayah Daniya meninggalkan mereka berdua untuk memberikan mereka masa untuk berbual. “Aku nak ucapkan tahniah atas kejayaan kau Daniya, lepas ni kita dah tak jumpa dah. Kita berdua bawa haluan masing-masing.” Senyum Fahrim.

“Ala, jangan cakap macam tu. Kau cakap macam aku nak pergi buat selama-lamanya. Nanti kalau aku lapang, aku jumpa kau, ok?”

“Ok. Terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku. Walaupun aku tak dapat A.” Fahrim menundukkan kepalanya seperti dia rasa tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya.

“Fahrim, jangan sedih. Kau patut bersyukur sebab kau lulus. A bukanlah segala-galanya, jadi manusia berguna kat luar sana itu lebih penting. Mungkin kau ada kelebihan kau sendiri yang tak boleh ditulis atas kertas. Lain orang, lain kemahirannya.”

“Betul kata kau.” Fahrim tersenyum kembali selepas Daniya memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Lagi satu, jangan ucap terima kasih kat aku. Terima kasih juga kat cikgu-cikgu kita.” Fahrim mengangguk, mereka berdua senyum tatkala pelajar-pelajar lain yang mendapat keputusan cemerlang mengambil sijil anugerah dari tangan pengetua bersama dengan ibu bapa mereka masing-masing sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar lain yang mendapat keputusan ‘biasa-biasa’ sahaja. Sebelum majlis itu berakhir, Daniya sempat ditemu ramah oleh beberapa orang wartawan, tapi tidak lama kerana Daniya berasa tidak senang untuk bercakap di hadapan kamera dan meminta ayahnya supaya membawa dia pulang ke rumah. Daniya berasa agak kaku untuk bercakap di hadapan orang yang baru sahaja dia jumpa. Empat hari kemudian, Daniya dikejutkan dengan satu berita.

Apabila ayahnya pergi untuk mengambil surat yang baru sahaja dimasukkan ke dalam peti surat oleh posmen. Ayahnya memberitahu kepada Daniya bahawa dia mendapat surat tawaran untuk sambung belajar ke universiti yang ayahnya mahukan dan universiti itu tawarkan bidang yang Daniya minati. Daniya memang bersetuju untuk menerimanya.

Tapi, Daniya dikejutkan dengan satu lagi berita. Jiran di sebelah rumah Daniya memberitahu kepada ayahnya bahawa Danielle dan tiga orang rakannya yang tinggal berhampiran di kawasan perumahan Daniya telah mati. Reaksi Daniya dan ayahnya sangat terkejut seperti tidak percaya sebab budak perempuan itu yang ayahnya tegur empat hari yang lepas kerana memburuk-burukkan anaknya.

“Apa?! Macam mana mereka bertiga boleh mati?” Tanya ayah Daniya.

“Saya pun tak tahu. Tapi pihak polis dah ada kat rumah si Danielle tu. Baik kita pergi ke rumah dia kalau nak tahu apa yang dah terjadi.” Balas jiran sebelah rumah Daniya itu. Maka, ayahnya dan Daniya mengikuti jiran mereka itu ke rumah Danielle.

Tiba di sana, beberapa buah kereta polis dengan lampu biru masih dihidupkan berada di hadapan rumah Danielle. Orang ramai berkumpul untuk melihat apa yang sedang berlaku, manakala beberapa orang anggota polis sedang mengawal keadaan dan juga sedang menjalankan siasatan.

Ayah Daniya bertanya kepada salah seorang anggota polis yang bertugas untuk mengetahui apa yang sudah berlaku. Anggota polis itu memberitahu tiga rakan Danielle bermalam di rumahnya tiga hari yang lepas. Danielle dan tiga orang rakannya mati akibat keracunan makanan dan mereka telah menahan ibu Danielle sebagai suspek utama kerana hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam rumah itu. Ayah Danielle sedang bertugas di luar negara segera kembali ke Malaysia.

Tiga hari kemudian, artikel di akhbar tempatan menulis bahawa mahkamah memutuskan ibu Danielle didapati bersalah kerana telah membunuh Danielle dan tiga orang rakannya. Bukti-bukti dalam siasatan yang telah dijalankan menunjukkan botol serbuk racun serangga ada disimpan di dalam laci meja bilik ibu Danielle adalah racun yang sama terdapat dalam makanan yang dihidangkan. Cap jari pada botol racun tersebut juga mengesahkan bahawa ianya milik ibu Danielle dan ujian air kencing juga menunjukkan ibu Danielle berada di bawah pengaruh dadah. Ibu Danielle dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Daniya masih tidak percaya yang ibu Danielle sanggup lakukan perbuatan keji itu terhadap anaknya sendiri. Walaupun, Danielle selalu membuli Daniya, tapi hidupnya tidak sepatutnya berakhir seperti itu, Daniya memaafkan segala kesalahan yang telah Danielle lakukan dan semoga dia tenang di sana.

Daniya ada masa selama seminggu sahaja untuk membuat persiapan sebelum dia bertolak ke universiti untuk mendaftar di sana pada minggu hadapan. Ayahnya berada di luar negeri atas urusan kerja, jadi selama seminggu itu Daniya berada di rumah seorang diri.

Pada waktu petang, Daniya pergi ke pasar raya untuk membeli sedikit barang. Sedang dia memilih kotak ubat gigi dengan pelbagai jenama. Seorang mak cik dengan telefon pintar di tangannya memerhatikan wajah Daniya dalam keadaan penuh serius seperti Daniya telah melakukan sesuatu yang sangat jahat. Kemudian mak cik kembali melihat telefon pintarnya, kemudian dia kembali melihat wajah Daniya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Daniya mula berasa takut lalu dia terus pergi ke kaunter pembayaran dan cepat-cepat keluar dari pasar raya itu kerana bukan mak cik itu seorang sahaja yang memerhatikan Daniya. Malah, beberapa orang lain juga turut melihat Daniya seperti seorang penjenayah, semuanya memandang sambil memegang telefon pintar di tangan mereka.

Tiba-tiba Daniya mendapat pesanan mesej dari Fahrim. Dia menghantar satu pautan ke satu laman web blog yang memaparkan berita bertajuk ‘Gambar Bogel Pelajar Cemerlang SPM Tersebar Di Internet. “Betul ke ini kau?” Itu mesej yang dihantar.

Daniya membuka pautan itu dan terkejut melihat wajahnya dalam keadaan bogel. Daniya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk seperti itu. Apa yang menyedihkan adalah komen-komen dari netizen yang berbau hina dan bersifat mengutuk telah melukakan lagi hati dia. Maka dia terus berlari masuk ke rumah dan mengunci pintu biliknya.

Dia menangis kerana takut untuk bertemu dengan orang lain. Dia menangis sehingga bulan mula menjelma. “Itu bukan aku. Itu bukan aku! Siapa yang fitnah aku? Siapa lagi yang benci kat aku?! Apa salah aku kat diaorang!!!” Daniya mula menjerit-jerit di dalam biliknya. Sehinggalah dia mendapat pesanan mesej dari nombor yang tidak dikenali.

“Ini kerja Fahrim, dia yang lakukan semua ini. Dia yang ubah suai gambar kau. Dia buat semua ini kerana dia cemburukan kejayaan kau dalam SPM.”

“Apa? Siapa kau?” Daniya balas pesanan mesej misteri itu.

“Siapa aku tu tak penting. Yang penting sekarang kau pilih sama ada nak dia mati atau tidak.” Dia menghantar gambar yang menunjukkan Fahrim diikat di atas kerusi dan seseorang yang memakai topeng hitam sedang mengacukan pistol di kepala Fahrim

“Tolong. Tolong jangan bunuh dia.”

“Kau pasti?”

“Pasti.”

“Baiklah. Aku takkan bunuh dia. Kau memang anak yang baik. Aku akan bantu buang semua gambar tu. Jangan beritahu sesiapa pun tentang perbualan kita ini.”

“Kenapa kau bantu aku?”

“Sebab kau di fitnah. Aku tak suka tengok orang baik dipijak macam sampah.” Tiba-tiba mesej dari nombor yang tidak dikenali itu terpadam dari telefon pintar Daniya.

Daniya berasa pelik dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Dia tidak percayakan orang itu. Tapi dia berharap orang itu tidak membunuh Fahrim. Soalan-soalan mula bermain di fikirannya, kenapa Fahrim, kawannya yang paling rapat, sanggup menganiaya dia hanya kerana sekeping kertas keputusan sahaja.

Pada pukul sebelas malam, ayahnya bergegas kembali ke rumah setelah mendapat tahu tentang berita yang tersebar itu. Ayahnya mengetuk pintu bilik Daniya yang telah dikunci. “Daniya, buka pintu. Ini ayah.” Daniya bangun dan membuka pintu. Lantas dia terus memeluk erat ayahnya sambil menangis teresak-esak.

“Maafkan ayah. Ayah bukan seorang bapa yang bagus.” Ayahnya mengalirkan air mata merasakan yang dia tidak mampu menjaga anaknya dengan baik. Ayah Daniya sudah membuat laporan polis mengenai kes jenayah siber ini.

Pada keesokan harinya, ayahnya menerima panggilan dari pihak polis yang mengatakan mereka sudah dapat menangkap orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Ayahnya terkejut kerana rakan karib Daniya sendiri yang melakukan jenayah itu. Anggota polis itu memberitahu lagi yang semalam mereka mendapat panggilan misteri yang mendedahkan lokasi di mana Fahrim berada termasuk sekali dengan bukti yang ada.

Fahrim meringkuk dalam penjara. Nama baik Daniya kembali bersih dan pihak media mula menyebarkan berita yang sebenar. Kini, Daniya berada di pintu masuk unversiti, dia memeluk bapanya dan pergi meninggalkan bapanya yang sedang bersandar di pintu kereta. Sedang dia melihat anaknya pergi, hatinya berkata.

“Ayah akan sentiasa lindungi kau. Anak yang baik.” Senyumnya.

 

Advertisements

Pen, Pensil dan Buku Nota

Pencils on a blank notebook

Pada waktu petang yang cerah, burung-burung terbang bebas tanpa perlu memikirkan masalah di sekelilingnya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bertemu dengan manusia untuk menyejukkan suhu di tubuh badan mereka. Manusia itu dapat merasa kesejukkan dari tiupan angin lembut itu yang telah dihantarkan oleh-Nya kepada umat yang masih mengingati-Nya.

Dan manusia itu adalah seorang lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun. Bertongkat, berkaca mata, berbaju kemeja, berseluar slack, memakai kasut dengan reka bentuk seperti pada tahun 1980. Wajah lelaki itu sudah nampak kelihatan kedutan-kedutan layu bak daun-daun di ranting-ranting pokok yang berwarna pudar, menunggu masa untuk jatuh ke bawah dan ditenggelamkan ke dalam tanah dan berjumpa dengan-Nya.

Lelaki tua itu sedang berjalan perlahan-lahan dengan tongkat berkaki empatnya untuk menuju ke taman permainan yang tidak jauh dari rumahnya. Lelaki tua itu berjalan sambil menikmati pemandangan matahari yang indah di waktu petang dengan kanak-kanak sedang bermain dengan penuh gembira dan riang di taman permainan. Apabila lelaki tua itu berada di taman permainan, dia mencari kerusi kayu yang berdekatan dengannya. Dia duduk sambil menyandarkan badannya ke tempat penyandar kerusi, dia menarik nafas udara segar dengan lega.

Lelaki tua itu sekali lagi memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain-main di taman permainan. Budak lelaki menaiki buaian setinggi awan. Lima orang budak bermain gelongsor secara bergilir-gilir. Dua budak lelaki bergayut di Monkey Bar, budak perempuan juga tidak mahu ketinggalan, tidak mahu kalah untuk mencuba bergayut di palang-palang besi tersebut. Dan tidak lupa juga kepada kanak-kanak yang sedang bermain jongkang-jongkit dan tangga berpalang.

Tapi lama-kelamaan senyuman dari lelaki tua itu tiba-tiba sahaja bertukar muram seperti sungai air tawar. Ibu jari dan jari telunjuk di tangan kanannya perlahan-lahan menyentuh bingkai cermin matanya lalu dikeluarkan dari pandangan matanya yang sebenar. Anak matanya berkedip berkali-kali, wajahnya kelihatan lebih muram lagi. Dari pandangan matanya, dia seperti berada di dunia lain. Tadi berwarna, kini hitam putih. Keadaan di sekelilingnya semuanya berwarna hitam dan putih. Burung-burung yang terbang tadi kini sudah tiada. Awan mendung mula kelihatan. Matahari sudah hilang dari pandangannya.

Kanak-kanak yang sedang bermain dengan penuh riang tadi tiba-tiba bertukar senyap seperti tiada satu suara pun yang keluar dari buah bibir setiap anak-anak kecil itu. Apa yang kanak-kanak di taman permainan itu lakukan hanyalah duduk diam, tidak bertegur sapa, kepala masing-masing memandang ke bawah. Khusyuk melihat ke sebuah alat gajet yang dipanggil sebagai tablet.

Lelaki tua itu masih bermuram, namun, untuk mengembirakan hatinya. Dia perlahan-lahan mengeluarkan sebatang pensil dan pen dan satu buku nota bersaiz kecil dari poket seluarnya. Di dalam buku notanya, terdapat banyak catatan tentang dirinya di masa lampau. Dan juga terdapat banyak cerita pendek yang dikarang sendiri olehnya. Jadi buku nota lelaki tua itu mempunyai dua dalam satu kandungan. Diari dan cerpen.

Dia mula membelek helaian muka surat di buku notanya untuk mencari satu helaian kosong supaya dia boleh menulis apa yang dia lihat pada hari ini. Satu helaian kosong sudah jumpa, lelaki tua itu pun mula menulis dengan menggunakan pen dan dalam masa yang sama dia juga menggunakan pensil untuk membuat lakaran di atas kertas buku notanya yang mana kulit buku tersebut berwarna putih.

Sedang lelaki tua itu khusyuk menulis tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Sehingga beberapa minit kemudian, seorang budak perempuan menghampiri lelaki tua.

“Pak cik buat apa tu?” Tanya budak perempuan yang berumur dalam lingkungan sepuluh tahun itu.

“Pak cik tengah menulis ni.” Balas lelaki tua itu sambil matanya memandang ke arah wajah budak perempuan yang masih tersenyum manis.

“Tapi pak cik pakai apa untuk menulis tu. Saya tak pernah nampak pun.” Jawab budak perempuan dengan wajah keliru.

“Kesian kamu. Zaman pak cik dulu, semua orang tulis pakai alat yang pak cik guna ni.”

“Alat apa yang pak cik guna tu?” Tanya budak perempuan itu sambil matanya memandang ke arah pen dan buku nota milik lelaki tua itu.

“Ini dipanggil pen dan lagi satu pensil. Yang tebal ni dipanggil buku nota. Dalam buku ni lah pak cik selalu tulis kisah-kisah hidup pak cik.”

“Macam susah jer nak guna. Macam berat jer nak bawa buku tebal tu. Baik saya bawa tablet saya, ringan. Untuk menulis pun senang, pakai jari jer.”

“Tapi ‘rasa’ tulis pakai pen dengan tulis pakai jari lain tau adik.”

“Lain macam mana tu pak cik?”

“Pakai pen, adik akan dapat ‘pegang’ tulisan adik kat kertas buku. Dan lagi satu, bila dakwat biru ni keluar dari pen, pak cik dapat rasakan satu ’kepuasan’ yang pak cik tak pernah gambarkan.” Lelaki tua itu menunjukkan kepada budak perempuan itu tentang kepuasan menggunakan pen dengan menulis satu perkataan di buku notanya.

“Wow! Hebatnya! Boleh saya cuba?” Kelihatan wajah budak perempuan sangat teruja untuk mencuba pen dan menulis di atas buku nota milik lelaki tua itu.

“Boleh. Tapi sebelum tu. Boleh pak cik ceritakan tentang kisah hidup pak cik?”

“Wah! Cerita! Saya suka! Saya suka!”

“Mari, duduk kat sebelah pak cik.” Lalu budak perempuan itu pun duduk bersama di sebelah lelaki tua tersebut. Matanya sudah mula tertumpu ke arah wajah lelaki tua. Keterujaan dan rasa tidak sabar untuk mendengar cerita yang akan keluar dari buah bibir lelaki tua itu.

“Ok, pak cik mulakan masa pak cik umur sebaya macam kamu. Masa hari jadi pak cik yang ke sepuluh. Arwah ayah pak cik bagi hadiah kepada pak cik dua batang pen dan pensil. Arwah mak pak cik pula hadiahkan buku nota yang sampai sekarang pak cik gunakan.”

“Lamanya pak cik guna. Macam mana boleh bertahan sampai sekarang?”

“Panjang ceritanya tapi biar pak cik ceritakan.”

“Boleh dikatakan pak cik memang seronok dengan pemberian hadiah dari mak dan ayah pak cik. Pak cik dari kecil memang minat menulis, tulis cerita, karangan, pantun, sajak, semua pak cik tulis dalam buku nota ni. Setiap hari tangan pak cik memang gatal nak tulis cerita baru. Masa sekolah rendah dulu, pak cik memang dapat keputusan cemerlang dalam subjek Bahasa Malaysia.”

“Oooo. Mana pak cik dapat idea-idea tu?”

“Pak cik lihat apa yang pak cik nampak di sekeliling. Pak cik pun mula menulis.”

“Macam susah jer.”

“Tak adik, senang jer. Cerita ni boleh jadi tentang apa saja, pengalaman, fiksyen dan macam-macam lagi. Contoh, hari ni adik main kat taman permainan, ceritakan balik apa yang adik main dalam bentuk tulisan. Kalau adik nak cipta dunia khayalan adik sendiri pun boleh.”

“Boleh!?”

“Boleh. Semuanya bergantung kepada imaginasi adik. Berbalik kepada cerita pak cik tadi. Pak cik gunakan pen, pensil dan buku nota tu dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Kalau dakwat pen habis, pak cik beli kat kedai. Kalau helaian muka surat kat buku nota pak cik habis, pak cik akan tambah sendiri kertas-kertasnya.” Ujar lelaki tua itu. Budak perempuan itu menajamkan telinganya untuk mendengar cerita.

“Pak cik dapat masuk universiti, walaupun dah banyak alat tulis pak cik beli, pak cik tetap gunakan pen dan pensil ni. Pak cik ambil kursus pengurusan pejabat kat universiti masa tu. Yuran pengajian pak cik bayar sendiri, jadi pak cik hantar hasil karya pak cik kat syarikat-syarikat penerbitan, sambil tu pak cik kerja sambilan kat restoran.”

“Pak cik memang seorang yang rajin.” Puji budak perempuan itu.

“Biasalah adik, pak cik ni bukan orang senang. Nak dapat sebuah buku masa dulu pun dah susah. Jadi pak cik pun berjaya tamatkan pengajian kat universiti tu. Seminggu selepas majlis graduasi, pak cik mula cari kerja kat merata tempat.”

“Pak cik dapat kerja yang pak cik nakkan?”

“Malangnya tak adik, dengan ekonomi masa tu makin teruk, susah nak dapat kerja dalam bidang pak cik. Semua syarikat nakkan pengalaman kerja tiga hingga lima tahun dalam bidang berkaitan. Pak cik baru keluar dari universiti masa tu, kenapalah mereka tak bagi peluang kepada pak cik untuk buktikan kepada mereka apa kemampuan yang pak cik boleh buat. Tapi itu cerita dulu.”

“Kesian pak cik.” Kata budak perempuan itu dengan nada sedih.

“Biasalah adik, nak hidup kena tempuh susah dulu baru dapat senang. Tapi tuhan tak pernah lupakan pak cik, setiap hari pak cik berdoa sebab pak cik yakin rezeki tu ada di mana-mana. Masa tu pak cik tak kisah dah, pak cik terima apa saja jenis kerja, asalkan benar.”

“Dan akhirnya pak cik dapat kerja.”

“Ya! Pak cik dapat kerja kilang kat syarikat pembuatan pen yang kebetulan jenama sama yang pak cik masih guna. Selama sepuluh tahun pak cik kerja di situ, akhirnya barulah pak cik dapat naik pangkat. Tapi tak lama.”

“Kenapa?”

“Teknologi makin canggih masa tu. Telefon pintar, tablet dan macam-macam lagi dicipta pada masa tu. Sampaikan orang dah kurang beli majalah, buku komik, surat khabar, novel, semua yang bersifat fizikal orang dah kurang guna. Semuanya baca kat telefon pintar. Alam maya.” Ujar lelaki tua itu sambil memegang pennya.

“Lebih malang, syarikat yang pak cik kerja tu dah mula bankrap. Bukan syarikat tu saja, syarikat yang keluarkan alat tulis yang lain pun turut terkena tempias, gulung tikar. Sebab masa tu orang semua menulis kat alat gajet-gajet kecil tu. Sekolah-sekolah pun dah tak guna buku tulis, segala jenis urusan guna tablet. Akhirnya pak cik dan pekerja-pekerja lain terpaksa meninggalkan syarikat yang dah mati tu. Tapi pak cik tak pergi dengan tangan kosong, sebelum pak cik keluar, pak cik ambil tiga bakul batang dakwat pen supaya pak cik boleh terus gunakan pen pemberian arwah ayah pak cik.” Sambung lelaki tua itu.

“Pak cik tak seronok ke dengan teknologi yang kita guna sekarang?” Tanya budak perempuan itu.

“Pak cik hargai. Tapi pak cik rasakan teknologi gajet tu sedikit sebanyak memakan diri kita. Kita dah jadi pentingkan diri sendiri, tak hiraukan keadaan sekeliling, semua dengan hal masing-masing. Contoh yang paling dekat, kamu tengok kat depan kamu tu. Semua pandang ke bawah, tak main pun alat permainan yang disediakan. Kalau zaman pak cik dulu, jumpa jer taman permainan, memang riuh suara kami, main gasing, main layang-layang. Agaknya budak-budak sekarang tak tahu apa itu gasing.” Ujarnya.

“Wah! Bestnya zaman pak cik! Saya tadi rasa bosan sangat main buaian sendiri jer, tak ada kawan, yang lain semua sibuk main game. Sebab tu bila saya nampak pak cik pegang alat ni, saya pergi dekat pak cik sebab saya nak tahu.”

“Kesian kamu. Gajet-gajet ni tak salah kalau nak guna, yang salah cara kita menggunakannya yang terlebih had. Kita kena tahu batasan, jangan sampai hilang sifat kemanusiaan kita. Apa saja yang kita lakukan dalam dunia ni ada batasannya. Tak boleh kurang, tak boleh lebih, kena seimbang.”

“Saya… Tak faham pak cik tentang seimbang tu.”

“Tak mengapa, kamu kecil lagi sekarang. Bila kamu dah besar nanti kamu akan faham. Buat masa sekarang kamu berseronoklah dengan zaman kanak-kanak kamu sebab nanti bila dah besar dah tak boleh ulang balik masa lalu.”

“Baiklah pak cik.”

“Mungkin ini bukan zaman pak cik, ni zaman kamu adik. Zaman pen, pensil dan buku dah berakhir. Sekarang zaman ‘sentuhan jari di skrin pintar’. Pak cik tak boleh nak halang kemajuan evolusi manusia. Manusia perlu terus mara untuk maju. Tapi, adakah kemajuan tu akan membuatkan kita lebih bertamadun?”

“Pak cik, sambunglah cerita tadi.”

“Apa? Uhuk! Uhuk! Pak cik rasa tak larat la. Sambung esok boleh?” Jawab lelaki tua itu sambil terbatuk-batuk.

“Ala, pak cik, sambung la.” Rayu budak perempuan itu.

“Macam ni. Pak cik baru teringat tadi yang pak cik kena ajar kamu macam mana nak gunakan pen ni. Cerita tu pak cik sambung esok, boleh?”

“Boleh, boleh.”

“Ok, kamu pegang pen ni macam ni. Lepas tu cuba tulis atas buku nota ni.”

Maka, lelaki tua itu pun mengajarkan kepada budak perempuan itu bagaimana cara menggunakan pen dan pensil. Budak perempuan itu begitu teruja apabila kali pertama dia memegang dan menulis dengan menggunakan sebatang pen dan pensil yang mana dia tidak pernah lihat sebelum ini. Sehingga pukul enam, barulah budak perempuan itu berhenti menulis. “Bagus. Kamu dah boleh bina sebuah cerita. Kamu memang cepat belajar macam kamu dah selesa pegang pen tu.” Puji lelaki tua itu.

“Hehe. Terima kasih pak cik.”

“Pak cik rasa kamu patut balik rumah sekarang, nanti mak ayah kamu risau pula.”

“Kalau macam tu saya pergi dulu.”

“Eh tapi sebelum kamu pergi. Buka dua tapak tangan kamu.”

“Pak cik nak buat apa?” Budak perempuan itu membuka dua tapak tangannya di hadapan lelaki tua tersebut.

“Pak cik nak bagi kamu ni.” Lelaki tua itu memberikan pen, pensil dan buku nota miliknya kepada budak perempuan itu.

“Tapi, ni pak cik punya. Saya tak boleh terima.”

“Kamu ambil. Kamu dah bersedia untuk gunakannya. Kamu sambunglah kisah hidup kamu dalam buku nota ni. Ciptalah fantasi kamu, reka cerita kamu. Lagipun kisah hidup pak cik dah sampai penghujungnya.”

“Pak cik ok ke?”

“Pak cik tak apa-apa. Uhuk! Kamu pergilah.”

“Terima kasih pak cik.” Maka budak perempuan itu berlalu pergi meninggalkan lelaki tua itu berseorangan. Budak perempuan itu sangat gembira dengan pemberian hadiah dari lelaki tua tersebut.

Satu per satu kanak-kanak balik ke rumah ibu bapa mereka masing-masing. Lelaki tua itu masih berada di taman permainan, masih terduduk di situ. Sehinggalah lelaki tua itu mengeluarkan cermin mata lalu memakainya semula.

Dunia yang hitam putih kembali berwarna. Kanak-kanak kembali riang bermain di taman permainan. Matahari kembali bersinar cahaya, awan mula kelihatan biru dan putih. Senyuman kembali terukir di bibirnya. Dia mula terkenangkan kembali zaman kanak-kanaknya. Wajah arwah ibu dan ayahnya. Sedang dia tersenyum, roh lelaki tua itu keluar dari jasadnya lalu naik ke atas langit. Dia pergi meninggalkan dunia ini. Tapi dia tidak meninggalkannya begitu sahaja, budak perempuan itu akan terus menyambung legasinya.

 

Perjalanan Adam (Episod 3 – Akhir)

PA E3

Pukul 10:00 malam

   Adam berada di atas gelanggang perlawanan yang berlangsung di sebuah bangunan yang sudah lama ditinggalkan. Penonton mula bersorak, duit mula beterbangan, perjudian sedang dijalankan. Di hadapan Adam ialah lawannya yang pertama, dari Scotland. Lelaki kulit putih itu menggunakan skil tinju biasa, Adam dapat mengalahkan lelaki itu dengan mudah.

   Lawannya yang kedua kali ini dari China, lelaki itu datang dengan membawa sebilah pedang yang bersinar dan tajam. Kali ini, Adam lebih menggunakkan pertahanannya untuk menggelak serangan pedang lelaki China itu. Serangannya amat laju, Adam terpaksa fokus untuk menggelak setiap satu darinya. Sehingga satu saat, peluang ada di depan mata Adam dan dia tidak mahu lepaskannya. Adam dapat mematahkan kedua-dua belah tangan lelaki China itu, lalu mengalahkannya. Seperti yang telah diberitahu oleh Bakar, perlawanan ini tiada undang-undang, peserta boleh membawa apa saja jenis senjata di atas gelanggang.

   Untuk kali ketiga dan terakhir, Adam bertemu dengan lawannya. Tetapi wajah Adam berubah.

   “Bakar!?”

   “Maaf Adam, abang kau kata dia akan bagi extra money kalau aku dapat kalahkan kau”

   “Abang aku? Dia ada kat sini?”

   “Kau tak tahu lagi ke? Dialah penganjur perlawanan berdarah ni.”

   “Aku dah janji dengan kau, aku akan menang untuk kau.”

   “Well, selagi aku nak peluang besar kat depan aku, aku dapatkannya, aku tak peduli tentang yang lain.”

   “Celaka kau! Mana pak cik aku!?”
“Jangan risau, dia ada kat atas dengan abang kau. Sekarang, jom, kita berlawan.”

   Adam dan Bakar masing-masing bersiap sedia dengan langkah silat mereka berdua. Bakar mula mara dengan pantas ke arah Adam. Adam melepaskan tumbukan, tetapi serangannya berjaya dihalang oleh Bakar. Bakar membalas dengan menyelitkan kakinya antara dua kaki Adam, lalu menjatuhkan Adam serta-merta.

  Bakar cuba untuk memijak Adam yang sudah rebah. Adam menggelak dengan menggulingkan badannya. Adam bangun dan mara ke arah Bakar. Adam melepaskan tendangan ke arah Bakar. Bakar tidak sempat menggelak, Adam membalas lagi dengan tumbukan berkali-kali ke arah wajah dan badan Bakar. Bakar tiada peluang untuk membalas.

   Sehinggalah Bakar mengeluarkan karambit dan mencederakan Adam di bahagian perut. Luka mula kelihatan.

   “Sekarang kau main kotor pulak.”

   “Kalau aku dapat bunuh kau. Dia bagi lagi banyak duit hahahah.”

   “Kau dah salah gunakan silat. Aku akan hentikan kau.”

 Bakar menyerang dengan karambitnya berkali-kali ke wajah Adam, dia berjaya menggelak. Adam dapat memegang lengan Bakar, dia memusingkan tangan Bakar dan mematahkan tangan di bahu Adam. Tangan kanan Bakar tidak berfungsi. Adam membalas dengan tumbukan sekali ke wajah Bakar, lalu dia rebah dan pengsan. Kemenangan diberikan kepada Adam.

   Adam tidak mahu wang, dia mahu bebaskan pak ciknya. Dia naik ke atas iaitu bilik VIP di mana abangnya menggunakan bilik itu menonton perlawanan. Pintu tidak berkunci, Adam masuk.

BANG!

   Tiba-tiba bahu kanan Adam terasa amat panas dan pedih. Darah mula menitik keluar. Automatik badan Adam terketar-ketar, peluru sudah tertanam di dalam bahunya. Adam melihat di depan ialah abangnya yang sedang mengacukan pistolnya ke arah Adam. Di sebelah abangnya ialah pak cik Mokhtar yang sedang dalam ikatan di tangan dan mulutnya di tutup dengan pita pelekat.

   “Kenapa abang tembak Adam?”

   “Aku ingat budak si Bakar tu boleh habiskan kau. Ternyata jangkaan aku meleset.”

   “Kenapa abang benci sangat kat Adam?”

   “Sebab kau cuba nak bawa tradisi kampung bodoh kau kat bandar ni. Aku kena bunuh kau sebab aku tak nak orang-orang VIP tahu yang aku ni asal dari kampung.”

   “Abang, mak dan ayah rindu kat abang. Balik la ke kampung dengan Adam esok.” Kata Adam sambil menahan kesakitan.

   “Pulang? Ha! Lepas tu apa? Aku kena pukul dengan ayah lagi. Aku takkan jejakkan kaki aku ke kampung kuno tu lagi. Sudah la, dari kecil lagi, ayah dan mak sayangkan kamu lagi dari aku. Sebab tu aku benci korang semua.”

   “Bandar ni dah banyak mengubah abang.”

  “Aku jadi kaya, aku berada di atas. Aku tak perlu duduk kat kampung mengharapkan bantuan orang lain. Aku ratah semuanya sehingga habis. Semuanya milik aku.”

   “Sekarang, kau mati.” Abangnya mula untuk melepaskan tembakan. Tiba-tiba bunyi siren polis mula kedengaran di luar bilik VIP. Abang Adam melihat ke arah komputer yang memaparkan rakaman CCTV melihat penontonnya ditangkap oleh pihak polis.

   “Kau telefon polis!?”

   “Adam kena hentikan perbuatan keji abang.”

    “Celaka kau!!!”

BANG! BANG! BANG!

    Beberapa das tembakan dilepaskan oleh abang Adam. Adam berlindung di belakang sofa, dia tiada peluang untuk bergerak ke mana-mana. Ketika abangnya cuba untuk mengisi peluru, Adam bergerak dengan pantas ke arah abangnya dan cuba untuk mengambil pistol tersebut dari abangnya.

   Pak cik Mohktar berjaya melepaskan dirinya dari ikatan. Dia cuba untuk Adam dengan menarik abang Adam. Abang Adam menolak pak cik Mokhtar dan Adam. Abang Adam menembak Adam. Dia rebah ke lantai. Darah mengalir keluar dengan banyak kerana tembakan itu tepat mengenai perutnya.

   Anggota polis mula merempuh masuk dan melepaskan tembakan tepat ke kepala abang Adam. Abangnya mati dengan serta-merta. Pak cik Mokhtar mendekati Adam dan memegang tangan Adam.

   “Adam, kamu bertahan Adam. Tolong panggil ambulans!”

   “Pa, pa, pak cik, tolong bagi ni kat mak ayah saya. Kata kat mereka, saya sayangkan mereka.” Adam memberikan sekeping surat dan buku akaun bank kepada Pak cik Mokhtar dalam keadaan tangannya terketar-ketar.

   “Maafkan saya pak cik.” Adam pergi ke alam lain. Meninggalkan dunia. Matanya mengalirkan air mata walaupun sudah ditutup. Pak cik Mokhtar tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya mampu bersedih dan mendoakan Adam supaya tenang di sana. Berada dalam kalangan orang-orang yang baik.

   “Kamulah budak yang baik Adam. Kamu budak baik.” Kata Pak cik Mokhtar di dalam hatinya.

   Jenazah Adam dan abangnya dibawa ke kampung. Pak Cik Mokhtar mengikuti sekali. Apabila tiba di rumah mak dan ayah Adam, jenazah dua adik-beradik itu dibersihkan, jenazah Adam selesai dengan cepat, tetapi abangnya sedikit lama kerana orang yang membersihkannya berkata mayat abangnya sedikit busuk.

   Dua jenazah itu dibawa ke tanah perkuburan terdekat di kampung itu. Setelah selesai dikebumikan, Pak cik Mokhtar memberikan surat dan buku akaun bank kepada ibu Adam. Ibu dan ayah Adam membaca surat itu.

   “Ibu, ada sebab kenapa Adam mahu keluar dari kampung. Ingat tak masa Adam umur 12 tahun dulu? Masa Adam dengan abang tengah buat kerja rumah, ibu tengah lipat kain. Ibu pernah kata yang ibu teringin nakkan kita satu keluarga tunaikan umrah sama-sama. Sejak dari hari itu, Adam teringatkan kata-kata ibu dan bertekad untuk kumpul duit apabila Adam dapat cari kerja kat Kuala Lumpur.

   “Ayah, sebenarnya Adam dah boleh beli tempat untuk Adam mengajar silat tu. Tapi, impian ibu lebih penting di dunia dan akhirat. Adam harap Adam akan dapat jumpa dengan abang dan bawa dia balik ke kampung supaya kita sekeluarga dapat pergi umrah sama-sama. Harap-harap hubungan kita sekeluarga dapat dipulih lepas kita pergi umrah. Maafkan Adam ayah sebab tak dapat nak tunaikan impian ayah.”

   Ibu dan ayah Adam mengalirkan air mata kesedihan. Anak bongsunya itu sudah banyak berkorban untuk merealisasikan impian keluarga itu untuk menunaikan umrah bersama-sama dengan dua orang anak mereka. Tetapi kali ini mereka berdua tidak kembali dengan pakaian cantik, tetapi pulang dengan kain putih.

Beberapa bulan kemudian…

   Ibu dan ayah Adam tiba di lapangan terbang KLIA, mula untuk bertolak ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah. Sedang mereka berdua berjalan menunju ke kapal terbang. Langkah ibu Adam terhenti, hatinya merasakan sesuatu yang… Kuat. Ibu Adam berpaling ke belakang dan dia ternampak bayangan Adam dan abangnya sedang menarik beg beroda. Adam tersenyum melihat wajah ibunya. Ibunya mengalirkan air mata.

Perjalanan Adam (Episod 2 )

PA E2

Kuala Lumpur

   Adam sampai ke Kuala Lumpur di waktu matahari sedang menegak tepat di atas kepalanya sebaik sahaja dia keluar dari bas. Adam pun memulakan percariannya untuk mencari rumah murah untuk disewa. Ke sana ke mari dia berjalan, banyak jalan dia sudah masuk tetapi tiada satu pun rumah untuk disewa. Di dalam otaknya, banyak yang perlu difikirkan lagi selain rumah seperti kerja, makan dan minum serta impian. Sehingga ke malam dia tidak dapat mencari rumah. Adam terlalu penat, akhirnya dia berhenti di sebuah surau kecil berada di tengah-tengah bangunan kapitalis. Adam solat berjemaah dengan para jemaah yang lain.

   Selesai solat Adam berjumpa dengan imam di surau itu. Dia meminta izin dari imam itu untuk tidur sebentar di surau tersebut, imam itu menerima izinannya. Tetapi imam itu ada cadangan yang lebih baik, dia mengajak Adam ke rumahnya. Maka, Adam pun mengikut imam itu ke rumahnya.

   Semasa dalam perjalanan ke rumah imam itu, dia berbual dengan Adam.

   “Kamu nampak macam bukan dari sini?”

   “Ya imam.”

   “Jangan panggil saya imam. Panggil jer Pak Cik Mokhtar. Nama kamu?”
“Adam. Saya dari kampung kat Perak sana nun.”

   “Oh, apa hajat kamu datang ke bandar besar ni?”

   “Saya nak merantau, cari kerja dan senangkan mak ayah saya.”

   “Moga-moga kamu dapat capai impian kamu. Tapi kamu kena ingat, hati-hati bila pilih kawan, banyak penipu dari yang benar. Pilih kerja yang elok, banyak haram dari yang halal. Kekalkan azam kamu yang sebenar, bantu mak ayah. Jangan jauh lari terpesong dari yang betul. Tapi pak cik tengok, kamu akan berjaya.” Senyum Pak Cik Mokhtar.

   “Terima kasih pak cik. Tapi sekarang saya ada masalah nak cari rumah sewa. Saya kena cari cepat.”

   “Oh…”

   Akhirnya Adam sampai di rumah Pak Cik Mokhtar. Rumahnya kecil dan dia tinggal berseorangan. Sebelum Adam melelapkan mata, Pak Cik Mokhtar ada menghidangkan beberapa keping biskut dan secawan kopi. Selepas itu, Adam tidur di atas sofa di ruang tamu.

   Keesokkan paginya, Adam bersiap untuk meneruskan perjalanannya. Adam berjumpa dengan Pak Cik Mokhtar untuk mengucapkan terima kasih. Tetapi Pak Cik Mokhtar memberikan Adam sekeping kertas kecil.

   “Ni lokasi ke rumah sewa kamu, pak cik dah telefon penyewa rumah tu. Kamu hanya uruskan bayaran jer. Nah kunci.”

   “Apa? Terima kasih pak cik! Terima kasih banyak-banyak!” Adam memeluk Pak Cik Mokhtar.
“Kamu kena ingat apa yang pak cik pesan malam tadi.”

   “Ya pak cik. Saya akan ingat sampai bila-bila. Kalau ada masa, saya akan lawat pak cik nanti.”

    Pak Cik Mokhtar membalas dengan senyuman. Lalu, Adam pun beredar dari rumah Mokhtar dan meneruskan perjalanannya untuk mencari kerja pula. Setelah berjalan di banyak tempat di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Akhirnya Adam mendapat kerja sebagai pelayan di sebuah restoran yang menyediakan makanan Melayu dan Thai. Adam memilih restoran itu kerja gajinya cukup untuk dia makan dan membayar sewa serta restoran itu dekat dengan rumah sewanya.

   Selama enam bulan Adam bekerja di restoran itu. Pelanggan mula mengenali wajah mesra Adam dengan layanan baiknya. Sekali-sekali Adam akan menelefon ayah dan ibunya di rumah, Adam hanya menggunakan telefon di tempat kerjanya sahaja dia tidak ada telefon bimbit.

   Kadang-kadang Adam akan berpuasa untuk menyimpan duit lebih. Adam juga ada melawat surau di mana dia berjumpa dengan Pak Cik Mokhtar, Adam memberikan beberapa helai sejadah atau juadah makanan untuk disedekahkan kepada surau tersebut sebulan sekali. Dalam enam bulan itu, Adam berkenalan dengan seorang lelaki yang juga bekerja sebagai pelayan di restoran sama. Namanya Bakar, dia juga sama seperti Adam, dari luar juga tetapi dia sudah merantau lebih lama sejak lima tahun dahulu. Dia tak banyak bercakap tetapi kerja tetap jalan.

   Lima tahun sudah berlalu, Adam hampir berjaya untuk mengumpul duit dan menyewa satu tingkat di sebuah bangunan juga tidak jauh dari rumahnya untuk membuka kelas Silat. Sedang Adam mengambil pinggan dan cawan di atas meja yang telah ditinggalkan oleh pelanggan. Tiba-tiba terdengar satu jeritan suara perempuan berdekatan dengan restoran itu.

   “Tolong!!! Dia ragut saya!!!” Jari telunjuk perempuan menunjukkan peragut itu bergerak ke kiri Adam. Adam dengan pantas berlari mengejar peragut itu. Sehingga mereka berdua sampai di satu lorong sunyi, peragut itu bertindak dengan melawan Adam. Adam membalas dengan beberapa tumbukan, peragut itu rebah di atas jalan. Namun dia bangkit semula dan menyerang sekali lagi ke arah Adam, kali ini dengan pisau lipat pula.

   Peragut itu menyerang Adam berkali-kali dengan menggunakan pisau lipatnya. Adam berjaya mengelak setiap serangan peragut tersebut. Adam mencari peluang dan masa yang sesuai untuk membalas semula serangan peragut itu. Akhirnya Adam dapat mengunci tangan peragut dengan mengepak lalu menjatuhkan pisau lipat. Adam melakukan lagi serangan menendang peragut itu sehingga rebah. Peragut tidak mempu untuk membalas lalu melarikan diri dan meninggalkan beg tangan perempuan yang telah diragut olehnya.

   Adam mengambil beg tangan itu dan apablia dia berpaling ke arah jalan menghalang pulang. Bakar melihat aksi Adam dari jauh.

   “Bakar? Apa kau buat kat sini?” Tanya Adam.

   “Aku ingat nak tolong kau, tapi kau dah settlekan dulu.”

   “Apa yang penting sekarang, kita dah dapat beg puan ni. Baik kita serah kat dia cepat.”

   Sedang mereka berdua berjalan menuju balik ke restoran. Bakar bertanyakan satu soalan kepada Adam.

   “Adam, kau nak kerja untuk duit lebih tak?”

   “Duit lebih? Boleh. Aku pun sekarang kena pakai duit banyak.”

   “Jumpa aku kat restoran pukul sembilan karang.”

   Apabila mereka sampai di restoran, wanita yang telah diragut tadi sedang duduk di kerusi restoran dengan raut wajah yang risau. Adam memulangkan beg tangan kepada wanita tersebut. Wajah wanita itu kembali tersenyum dan gembira. Wanita itu memberikan wang kepada Adam, tetapi Adam menolak.

   “Adik tak nak duit ni. Hmm, tak apalah. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak adik. Kalau adik tak ada tadi dah lama beg akak kena lesap.” Wanita itu hendak bersalam dengan Adam, tetapi Adam membalas dengan meletakkan tangan kanannya di bahu kiri dan menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat salam kepada wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an.

   “Maaf puan, bukan muhrim.” Wanita itu mengundurkan tangannya perlahan-lahan dengan wajah sedikit malu. Selepas wanita itu beredar dari restoran, Adam dan Bakar kembali melakukan tugas masing-masing. Adam dan Bakar bekerja sehingga pukul tiga petang. Itu sedikit sebanyak memberikan masa berehat kepada mereka berdua.

Pukul 9.00 malam…

   Adam berjumpa Bakar di restoran pada waktu malam. Restoran tempat mereka bekerja masih lagi dibuka sehingga pukul sepuluh malam. Adam mengikut Bakar menuju ke satu bangunan apartmen yang sudah lama usang dan ditinggalkan. Apabila mereka berdua masuk, Adam melihat ramai orang bersorak-sorak dalam satu bulatan besar seperti mereka sedang menonton satu perlawanan yang mengasyikkan.

   Adam mengikut Bakar bergerak ke hadapan sambil dihimpit oleh lautan manusia. Dua orang sedang berlawan sehingga berdarah di seluruh badan. Itu yang Adam nampak. Seorang lelaki tumbang dan tewas dari perlawanan itu. Pengadil mengangkat tangan kanan pemain tanda kemenangan kepada lelaki itu.

   “Ada sesiapa lagi nak mencabar Encik Doreno?” Tanya pengadil di hadapan khalayak penonton.

   Dalam bingitan suara dari pelbagai sudut dan arah itu. Seorang lelaki menjawab ‘saya’ dengan penuh yakin kepada pengadil. Lelaki itu tidak lain tidak bukan ialah Bakar. Bakar tampil di atas pentas perlawanan, dia membuka jaketnya, menampakkan otot-otot kecilnya. Saiz badan Bakar hampir sama dengan Adam yang sedang melihat Bakar dari bawah. Manakala lawannya, Encik Doreno bersaiz besar dengan otot-otot dua kali ganda lebih besar seperti badan kebanyakkan orang eropah.

   Bakar dan Doreno bersiap sedia dengan posisi melawan masing-masing. Pengadil berada di tengah dengan tangan kanan di atas udara. “Mula!” Pengadil menjatuhkan tangannya ke bawah tanda mula.

   Tiba-tiba, sesuatu yang pelik berlaku. Sepantas kilat Bakar mulakan gerakannya dengan mara ke arah Doreno dan menumbuk berkali-kali sehingga lawannya tiada peluang untuk membalas. Bakar bergerak ke belakang Doreno dan mematahkan kaki kiri dan kanan. Bakar menyerang di bahagian-bahagian lemah sehingga wajah bengis Doreno bertukar tragis. Doreno terus tumbang.

   “Silat harimau?” Adam berkata di dalam hatinya sedang dia melihat aksi Bakar.

   Perlawanan itu tidak sampai satu minit, kemenangan berpihak kepada Bakar. Badan gergasi Doreno diheret oleh pengawal-pengawal yang sedang bertugas. Bakar turun dari pentas dengan senyuman di wajahnya. Penonton bersorak gembira, Bakar bergerak ke sebuah kaunter. Di kaunter itu, pekerja yang bertugas memberikan sejumlah wang yang banyak kepada Bakar. Adam mendekati Bakar.

   “Ha Adam, pergilah naik atas pentas tu. Kau boleh lawan kan?”

   “Aku tak nak.”

   “Hei, duit ni! Masyuk!” Bakar menunjukkan wang ke arah muka Adam.

   “Dengan belasah orang sampai keluar darah!? Aku tak nak salah guna kemahiran aku. Aku nak cari rezeki halal, bukan dengan cara ni.”

   “Kalau kau tak nak. Ok. Kau hiduplah dalam dunia miskin kau. Aku nak bantu kau. Kau ingat kau boleh hidup kat bandar ni dengan gaji yang kau ada sekarang? ”

   “Aku lebih rela dapat gaji sikit daripada aku kotorkan tangan untuk dapat duit banyak. Kau tak membantu aku langsung Bakar.” Kerana terlalu geram dengan sifat sebenar Bakar, Adam terus keluar dari tempat hina itu. Dia sangat kecewa dengan Bakar, orang yang dia kenali dulu sebagai seorang yang pendiam dan baik hati di hadapan semua orang sebenarnya ialah seorang yang tamakkan wang.

   Keesokkan harinya, Bakar tidak hadir ke tempat kerja. Adam tidak hiraukan langsung tentang dia. Adam hanya fokus kepada pekerjaannya sehinggalah masa bekerjanya tamat. Adam meminta izin dari bosnya untuk balik awal kerana dia perlu berjumpa dengan penjual bangunan di tempat Adam akan membuka kelas Silat. Bos Adam membenarkan dengan senyuman.

   Adam sampai di hadapan bangunan tersebut, tetapi Adam melihat sekumpulan lelaki dengan membawa senjata tajam.

   “Abang!?” Adam melihat wajah salah seorang lelaki dalam kalangan kumpulan itu.

   Lelaki itu menoleh ke arah lelaki kurus berbaju t-shirt dan berseluar jeans. Lelaki itu tersenyum dengan batang rokok masih lagi berada di mulutnya.

   “Adam? Kau rupanya pembeli tu. Aku tak benarkan kau beli bangunan ni. Bangunan ni milik aku.”

   “Abang dah lama tak balik rumah. Ayah dan mak rindukan abang.” Pujuk Adam.

   “Biar aku teka… Ayah benarkan kau merantau dengan syarat kau kena bukak kelas Silat kan?”

   “Macam mana abang tahu?”

   “Ayah dah lakukan perkara tu kat abang dulu… Lima tahun lepas. Lepas tu abang sedar, abang takkan dapat cari makan dengan mengajar Silat. Lagipun orang sekarang tak nak belajar Silat, mereka pandang sebelah mata jer.”

   “Jadi dengan masuk gangster boleh selesaikan segala-galanya?” Tanya Adam.

   “Ya! Abang boleh hidup dekat bandar KL ni dengan kerja ni.” Jawab abangnya dengan penuh bangga.

   “Abang dah lupakan kampung abang. Abang dah tinggalkan tradisi kita.”

   “Pergi mampus dengan tradisi tu! Kampung tu hidup dalam kuno dan takkan maju, asyik mengharapkan bantuan orang lain. Abang tak nak jejakkan kaki ke sana lagi.”

   “Abang tak boleh halang Adam. Adam akan beli jugak bangunan ni.”

   “Dah terlambat, kawan-kawan baru jer bunuh penjual bangunan ni.”

   “Tak guna abang!!!” Adam melulu ke arah abangnya untuk melakukan serangan. Tetapi dalam sekelip mata, abangnya dapat menghalang serangan adiknya dan membalas dengan satu pukulan tepat di perut Adam. Adam jatuh dengan hentakan kuat ke tanah.

   “Silat kau masih lemah, kau bukan lawan abang.”

   Tiba-tiba abangnya memberikan isyarat kepada rakan-rakannya, membenarkan mereka membelasah adiknya sendiri. Mereka semua berlari ke arah Adam dengan senjata masing-masing. Adam bingkas bangun dan membalas setiap serangan yang dilakukan oleh orang-orang abangnya.

   Adam sekali lagi dikalahkan, luka dan lebam di badannya mula timbul. Kepedihan dan kesakitan dapat dirasai oleh dia. Kedua belah tangan Adam tiba-tiba sahaja dipegang oleh dua orang rakan abangnya. Abangnya mendekati adiknya yang lemah.

   “Aku dapat tahu pasal info ni dari kawan baik kau, Bakar. Jadi, lagi sekali kau cuba nak jejakkan kaki ke bangunan ni, kau mati. Faham!?”

    “Mana sifat manusia abang?”

   “Aku cakap faham ke tak!?” Abangnya melepaskan satu tumbukan ke perut adiknya.

   “Fa…Faham.” Adam dilepaskan dari genggaman dan ditinggalkan di situ sendirian. Rebah dalam kesakitan. Sedang abangnya berlalu pergi, jauh dan lebih jauh, pandangan Adam mula menggecil. Kesakitannya mula menaik.

   Siang bergantikan malam, matahari panas turun, bulan sejuk naik pula. Tapi darah panas anak muda bernama Adam mula membuak-buak naik seperti bom masa bakal meletup. Adam berlari ke rumah Bakar dan menyerbu masuk ke dalam. Bakar berada di ruang tamu.

   Adam dan Bakar mula berlawan. Tumbukan demi tumbukan Adam melepaskan ke arah Bakar dengan penuh rasa geram. Skil Silat Harimau dari Bakar tidak mampu menandingi kemarahan gergasi Adam. Adam mengunci setiap serangan yang dilakukan oleh Bakar. Apabila Bakar cedera teruk, dia mengangkat kedua belah tangannya tanda mengaku kalah.

   “Kau hancurkan impian aku! Kau hancurkan impian ayah aku!!!”

   “Sabar, sabar Adam. Kau tengok gambar kat telefon aku.”

   Seorang lelaki tua diikat tangan dan kakinya serta mulutnya ditutup dengan pita pelekat. “Pak Cik Mokhtar!!! Celaka kau!!!” Adam menghentak badan Bakar ke dinding.

   “Kalau kau nak pak cik tu selamat. Masuk perlawanan tu. Esok malam. Menang untuk aku.” Ujar Bakar. Adam tidak ada pilihan selain mengikut kata-kata dia. Adam melepaskan Bakar.

   “Kau janji akan lepaskan pak cik aku?”

   “Aku janji. Jangan risau. Kau hanya perlu menang perlawanan tu. Kalau kau hubungi polis, dia habis.”

   Adam keluar dari rumah Bakar dan kembali ke rumahnya dalam keadaan hati yang tidak tenang. “Jahanam kau Bakar. Kau dah ekori setiap langkah aku. Sebab duit kau sanggup culik pak cik.”

   Adam cuba untuk membaringkan dirinya di atas katil, tetapi matanya tidak duduk diam. Dari tadi asyik melihat ke kiri, kanan, atas dan bawah. Otak Adam masih berjalan, memikirkan lawannya yang terdiri dari pelbagai negara, bangsa dan saiz. Namun, lama-kelamaan Adam dapat melelapkan matanya.

   Keesokan paginya, sebelum api mula marak pada waktu malam. Adam singgah sebentar di pejabat bank untuk memasukkan duit gajinya. Selesai sahaja Adam kembali semula ke rumahnya dan mula berlatih untuk memperkuatkan skil silatnya. Persediaan sebelum perlawanan.

   Telefon bimbit Adam berdering. Adam menekan butang hijau di telefonnya.
“Assalamualaikum Adam, ini mak.”

   “Mak, kenapa tiba-tiba telefon ni?”

   “Aik kamu ni? Nak tanya khabar la. Dah berapa bulan kamu tak telefon mak. Mak risau. Kamu macam mana kat sana, ok?”

   “Ok mak, Adam baik-baik jer. Kerja Adam pun bagus. Ayah dan mak macam mana, sihat?”

   “Sihat. Jangan bimbang pasal kami berdua. Adam tu kena jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan.”

   “Mak… Adam jumpa abang.”

   “A, Abang kamu? Dia buat apa sekarang?”

   “Dia… Dia ada kerja yang bagus. Mak, Adam akan bawa abang balik kampung sekali esok.”

   “Bawa abang balik nak. Mak dengan ayah rindukan dia sangat.”

   “Baiklah mak, Adam ada kerja ni. Nanti Adam telefon mak. Assalamualaikum.”

   “Waalaikumussalam.”

Perjalanan Adam ( Episod 1)

  PA E1

   Waktu subuh yang sejuk dan dingin. Kegelapan masih lagi menutupi bumi Malaysia di sebuah perkampungan kecil dan pedalaman di Lenggong, Perak. Kampung yang subur dengan tanah dan hidupan semula jadi ciptaan Yang Maha Esa. Bilangan penduduk kampung di situ tidak ramai. Bilangan orang-orang tua lebih ramai dari anak-anak muda. Kebanyakan anak-anak muda keluar dari kampung untuk mencari kehidupan yang lebih baik, lebih moden, jauh dari kuno. Tetapi ada juga sebilangan anak-anak muda yang masih lagi tinggal di kampung tersebut. Mereka masih lagi tinggal di situ kerana mahu mengikut jejak langkah keluarga mereka dalam pekerjaan, mewarisi adat warisan turun temurun dari segi bahasa, agama, budi bahasa dan seni mempertahankan diri. Mereka menjaganya dengan baik tanpa diceroboh oleh lautan pemodenan agar tidak lapuk di telan zaman.

   Angin yang sejuk dan dingin itu dapat dirasai oleh seorang anak muda yang sedang mandi dengan badan tergetar-getar. Angin dan air sejuk bergabung menjadi kesejukan yang melampau. Dia menggosok gigi dengan menggunakan kayu sugi, selepas itu dia mengambil wuduk. Setelah selesai mandi, dia kembali ke biliknya untuk memakai baju melayu berwarna putih dengan songkok berwarna hitam. Melihat dirinya di cermin, refleksi dari cermin menggambarkan lelaki itu seorang yang kacak, baik dan hormat kepada kedua ibu bapanya. Lelaki itu tersenyum melihat dirinya yang sudah bersih untuk berjumpa dengan tuhan.

   “Adam, mari. Solat sama-sama.” Seorang lelaki membuka pintu bilik Adam separuh. Wajahnya sudah kelihatan tua sedikit, mungkin dalam lingkungan 60-an. Misainya seperti pelakon Gerak Khas, A. Galak.

   “Baiklah ayah.” Adam mengikut ayahnya ke ruang tamu untuk solat bersama-sama dengan ibunya. Ibunya sudah siap dengan memakai telekung putih. Tiga sejadah sudah disediakan. Keluarga kecil itu solat bersama-sama.

   Matahari sudah mula menunjukkan dirinya, Adam dan keluarganya selepas bersarapan pagi hanya dengan juadah kuih-muih. Semua penuduk kampung di situ bersiap untuk melakukan pekerjaan masing-masing sebagai petani, penoreh getah, penjual, pembuat keris dan lain-lain. Anak-anak kecil dan remaja pula pergi ke sekolah pondok untuk menimba ilmu. Begitu juga dengan ibu dan ayah Adam, mereka juga siap untuk pergi mencari rezeki. Ayah Adam bekerja sebagai penjual sayur di sebuah pasar kecil di kampung itu. Ayahnya menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya. Ibu Adam pula hanya sebagai suri rumah. Penduduk di kampung itu mengamalkan tradisi di mana kaum perempuan tidak dibenarkan bekerja atau membuat kerja-kerja lelaki.

   Tujuan tradisi itu dibuat sejak turun-temurun kerana untuk menjaga kehormatan dan kesucian perempuan sebagai wanita asli supaya malam tidak cuba untuk menjadi siang dan siang tidak cuba untuk menjadi malam. Biar malam kekal di tempatnya, biar siang kekal di tempatnya. Kerana kalau malam cuba untuk menjadi siang, mereka takut akan muncul perempuan berpakaian seperti lelaki.

   Adam selalu mengikut ayahnya ke pasar untuk membantu. Pasar itu tidak jauh dari rumah, jadi Adam boleh mengangkut ke semua sayur-sayuran dengan berjalan kaki ke pasar. Tetapi buat ayahnya, putih lebih banyak dari hitam di rambut membuatkan dia tidak larat untuk berjalan kaki. Jadi, dia ke pasar dengan mengayuh basikal. Jualan mereka setiap hari tidaklah banyak, hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Penduduk di kampung itu membeli dengan menggunakan sistem tukaran (barter) sebagai medium untuk membeli dan menjual. Mereka akan menggunakan wang kertas jika mereka keluar dari kampung sahaja. Mereka tahu barang tukaran itu sendiri mempunyai nilai matawang yang bernilai.

   Anak dan ayah berniaga sampai ke petang. Pukul enam mereka berdua balik semula ke rumah kayu. Mereka mendapat beras, daging ayam dan beberapa lagi jenis buah-buahan, hasil dari tukaran barangan tersebut dengan sayur mereka. Ibu Adam menggunakan barangan itu untuk memasak juadah makan malam. Pada pukul tujuh, mereka bertiga mula menjamu selera.

   Kampung itu kurang mendapat perhatian dari orang atasan kerana kampung itu terlalu jauh dari orang luar, namun mereka tetap datang untuk membantu. Hanya tiga benda sahaja mereka memberikan kemudahan di kampung itu. Sistem janakuasa solar untuk membekalkan tenaga elektrik pada waktu malam, sistem telekomunikasi dan sebuah dewan kecil. Setiap rumah di kampung itu mereka telah diberikan satu telefon rumah. Orang atasan itu berkata mereka akan datang lagi untuk berikan bantuan, tetapi mungkin lambat kerana pelbagai kertas persetujuan perlu dilaksanakan.

   “Ayah, adik nak merantau boleh tak, nak cari kerja yang lebih elok.”

   “Buat apa kamu nak merantau luar sana? Tak boleh! Kamu duduk sini, tolong ayah.” Nada tinggi keluar dari bibir ayah Adam.

   “Tapi ayah.”

   “Kamu nak jadi macam abang kamu? Dah lapan tahun dia tak balik. Dah lupa diri agaknya.”

   Adam kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dia tidak mahu ayahnya mengingat semula peristiwa abangnya meninggalkan kampung itu kerana tidak suka dengan cara hidup di situ. Kalau ayahnya ingat, pasti dia akan naik marah. Selesai makan malam, mereka bertiga solat maghrib bersama-sama. Pada pukul 8.30 malam, ayah dan Adam berangkat ke masjid untuk solat Isyak berjemaah dengan penduduk kampung.

   Pada pukul 9.30 malam, Adam menghadiri kelas Silat Seni Gayong yang diterajui oleh ayahnya sebagai tok guru di dalam kelas pada malam itu. Kelas silat itu dilakukan di sebuah dewan kecil. Mereka semua memakai pakaian serba hitam dengan tengkolok serta bengkung tali pinggang berwarna hitam atau putih kecuali tiga orang yang memakai bengkung berwarna kuning. Terdapat tiga belas anak murid termasuk Adam. Di antara tiga belas anak murid Silat Gayong itu, Adam, Khairul dan Saiful adalah antara senior di dalam kelas itu. Saiful dan Khairul merupakan kawan baik kepada Adam sejak mereka berumur 8 tahun. Saiful adalah anak kepada pembuat keris yang handal di kampung itu, Amar Mustaqim. Manakala, Khairul ialah anak kepada Farid Kamarudin, seorang petani.

   Pada malam itu, mereka melakukan latihan bersama-sama. Senaman ringan, latihan teknik mengawal penafasan dan spiritual serta latihan satu lawan satu. Ayah Adam melihat setiap anak muridnya melakukan latihan. Setiap langkah-langkah dilihat dengan teliti oleh lelaki bermisai itu. Di sebelah ayah Adam ialah Amar Mustaqim, ayah kepada Saiful.

   “Malam ni mereka semua buat dengan baik malam ni Isa.” Kata Amar kepada Ayah Adam.

   “Ya, kita perlu pelihara mereka semua supaya generasi muda di bawah aku ini boleh menjaga seni warisan bila kita yang dah tua ni tak ada nanti.” Balas Isa.

   “Betul. Isa, aku dengar dari orang kampung, anak kau nak keluar dari kampung ni. Betul ke?” Tanya Amar.

   “Betul, tapi aku tak benarkan. Aku tak nak dia jadi macam abang dia.”

   “Abang dia tu tak nak ikut cara hidup orang kat sini. Silat pun dia tak nak belajar. Tapi Isa, Adam lain. Kau kena bagi dia lihat dunia luar. Alah, kau dengan aku masa muda dulu, suka merantau juga. Bagilah dia peluang.”

   “Hmm, nanti aku fikirkan dulu. Kau bawa keris baru ke?” Tanya Isa.

   “Ni, aku baru buat pagi tadi.” Amar menunjukkan dua bilah keris kepada Isa.

   “Kau bagi kat Adam dan anak kau. Kita bagi mereka berdua cuba keris baru ni.” Ujar Isa.

   Amar memanggil Saiful dan Adam yang sedang sibuk melatih anak-anak murid lain. Amar memberikan dua bilah keris itu kepada mereka berdua. Maka, anak-anak murid Silat Gayong Isa dikumpulkan, dibuatnya satu bulatan besar. Di tengah-tengahnya ialah Adam dan Saiful. Khairul sebagai pengadil. Adam di kanan, Saiful di kiri. Masing-masing membuka langkah silat.

   Apabila pengadil memberikan isyarat tangannya. Maka bermulalah perlawanan di antara Adam dan Saiful. Saiful mulakan serangannya, kerisnya terus menghunus ke arah Adam. Adam berjaya menepis, lalu terus mengunci serangan Saiful dengan menyelit kaki kiri Saiful, lantas dia terus jatuh. Keris Adam berada tepat-tepat di hadapan mata kiri Saiful yang sudah jatuh. Adam memandang tepat ke arah mata ayahnya. Ayahnya hanya terdiam. Pandangan Adam seperti dia tidak merasa puas hati dengan keputusan ayahnya.

   Adam melepaskan tangan Saiful dan kerisnya, lalu terus keluar dari dewan tersebut. Ayahnya hanya mampu melihat Adam berlalu pergi. Isa pun mengarahkan anak muridnya untuk balik ke rumah masing-masing. Kelas silat sudah tamat.

   “Kan aku dah cakap, dia boleh pergi jauh.” Kata Amar dengan senyuman sambil memegang bahu kiri Isa. Isa hanya memandang Amar sahaja. Lampu dewan kecil itu menggunakan sistem janakuasa solar yang telah dikumpulkan sejak pagi tadi telah dipadamkan oleh Isa, begitu juga dengan semua pintu telah dikunci. Isa kembali ke rumah sambil memikirkan tentang Adam. Apabila dia masuk ke bilik Adam, anaknya yang berumur 25 tahun itu sudah pun dibuai mimpi.

   Tapi mimpinya tidak lengkap jika selimut di badannya hanya separuh tertutup. Ayahnya dengan langkah senyap mendekati anaknya dan menutup seluruh badan kecuali bahagian kepala.

   “Ayah bukan tak nak bagi kamu merantau. Ayah takut kamu tak cukup kuat untuk hadapi dunia luar sana.” Katanya sambil mencium dahi Adam. Lalu si bapa pun keluar dari bilik anaknya dengan menutup perlahan pintu bilik.
Keesokan paginya, Adam tidak mengikut ayahnya ke pasar, buat kali pertama. Sebaliknya, Adam pergi berjumpa dengan Saiful dan Khairul di atas rumah pokok yang mereka telah bina bersama-sama sejak zaman kanak-kanak. Adam meluahkan perasaannya kepada dua orang sahabat karib itu sambil menikmati buah-buahan tempatan, pisang, manggis, mangga dan rambutan.

   “Aku nak tengok dunia luar. Aku nak rasa bagaimana hidup luar dari kampung ni.” Kata Adam sambil terbaring melihat dua rakannya menjamu selera.

   “Ayah kau takut, kau jadi macam abang kau nanti. Lapan tahun tak balik. Tak ada dengar khabar pun dari dia. Hilang dalam lubang hitam kot.” Balas Khairul.

   “Aku takkan jadi macam abang aku. Lagipun, aku nak merantau sebab aku ada misi nak dilaksanakan.”

   “Misi apa?” Tanya Saiful sambil membelah buah mangga menjadi dua dengan menggunakan pisaunya.

   “Adalah. Aku tak nak hidup macam katak di bawah tempurung. Kita kena luaskan pandangan, luaskan pengetahuan. Barulah fikiran kita terbuka. Nabi Muhammad pun suka merantau, kalau dia boleh, kenapa tidak kita? Sunnah tu.” Ujar Adam.

   “Keputusan tetap di tangan ayah kau. Kalau kau tak dengar cakap dia. Derhaka berdosa besar.” Balas Khairul.

   “Tau.” Adam, Saiful dan Khairul berbual sampai ke petang. Tetapi mereka berhenti seketika di waktu Zuhur dan Asar. Pukul enam petang, mereka bertiga pun kembali ke rumah masing-masing. Matahari mula merendahkan cahaya siangnya, cahaya malam bulan pula naik untuk menggantikan matahari.

   “Tak apa mak, Adam akan selalu telefon mak dengan ayah.” Lalu ibunya melepaskan genggaman pelukan perlahan-lahan dari anak kesayangannya itu. Seperti melepaskan burung yang telah dijaga sejak kecil, namun terpaksa dilepaskan kerana matang. Adam beralih ke ayahnya pula.

   “Ayah.”

   “Adam.”

   “Ambil ni, gunakan dengan cermat.” Isa memberikan wang poket kepada Adam..

   “Dari mana ayah dapat duit ni?”

   “Ayah ada berniaga juga kat luar.”

   “Terima kasih ayah. Adam akan bawa nama kampung ni dengan silat.”

   “Jaga diri baik-baik kat sana. Cari rezeki halal. Hmm, bila tengok kamu, mengingatkan kepada ayah masa muda.”

   “Heh, bapa borek, anak rintik.” Si ayah juga memeluk si anak pahlawan. Si ayahnya sudah bersedia untuk melepaskan anaknya.

   “Kalau kamu dah buka kelas silat, jangan lupa hantarkan gambar kat kami.” Senyum ayahnya dalam pelukan.

   “Baik ayah.”

   Lalu Adam berjalan, langkah demi langkah jauh dari rumah halamannya. Semakin jauh dia berjalan, semakin kecil pandangan rumah itu, ibu dan ayahnya juga semakin mengecil. Pandangan ke belakang semakin kecil, pandangan ke hadapan pula semakin besar. Pelbagai cabaran menanti anak muda itu. Apabila Adam menunggu di perhentian bas kampung, Pak cik Amar, Khairul dan Saiful datang dengan menaiki basikal untuk berjumpa dengan Adam.

   “ADAM!!!” Saiful menjerit ke arah Adam yang masih lagi sedang menunggu bas. Adam bingkas bangun dengan senyuman melihat mereka bertiga.

   “Pak cik, Sai dan Khai. Kenapa kamu datang nak jumpa aku ni?”

   “Kami datang nak ucapkan semoga berjaya kat luar sana, jangan lupakan kami kat sini.” Kata Saiful sambil mengelap peluh di dahinya.

   “Aku takkan lupakan korang la. Ada masa aku akan balik ke sini.”

   Khairul memberikan Adam beberapa makanan ringan yang di masak sendiri oleh Khairul. “Nah ambil ni, mana tahu kau lapar kat sana nanti.”

   “Terima kasih korang. Korang la sahabat aku dunia dan akhirat.” Adam memeluk mereka berdua. Pak Cik Amar pula mendekati Adam, dia memberikan Adam sesuatu seperti senjata.

   “Ambil karambit ni. Ianya milik ayah Adam, tapi dia suruh pak cik jagakan.”

   “Karambit ayah?”

   “Ya. Ayah kamu banyak buat pertunjukkan silat semasa dia merantau dengan pak cik dulu. Sekarang, giliran kamu pula untuk teruskan legasi dia.”

   “Terima kasih pak cik.” Amar menyerahkan karambit itu kepada Adam.

   “Ingat, kat luar sana kamu akan jumpa macam-macam jenis orang. Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan.” Pesan Amar.

   “Saya akan ingat pesanan pak cik.” Bas berhenti di hadapan Adam. Adam menaiki bas tersebut. Dia melambai-lambaikan tangannya ke luar tingkap bas tanda selamat tinggal. Maka, berakhirlah episod Adam di kampung halamannya. Episod Kuala Lumpur baru sahaja bermula bagi Adam. Adam melelapkan mata sementara menunggu destinasinya sampai. Penantian suatu yang menyeksakan.

POLIS EVO 2 : TRINITY


Bangkok, Thailand

   Kota Bangkok Thailand yang sibuk pada waktu malam. Penduduk sedang sibuk mencari rezeki di mana-mana sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kehidupan di kota amat mencabar, mereka perlu bekerja untuk menyara keluarga atau teruskan hidup. Semakin bangunan tinggi pesat membangun, semakin runtuh rumah-rumah kayu miskin. Ada orang mencari rezeki dengan jujur. Namun ada mereka yang mencari rezeki dengan cara kotor. Hati mereka telah hitam, dibutakan dengan duit. Dan mereka itu sedang duduk di dalam kereta besar Mercedes-Benz. Seorang lelaki berpakaian jaket hitam dan berseluar track suit, wajahnya ada bekas parut di pipi kiri. Dia berjumpa dengan seorang lelaki kaya. Dia memberi sekeping fail kepada lelaki berparut itu.

  “Dalam ni, ada semua target yang kau perlu bunuh. Jangan risau, tiket penerbangan aku dah uruskan. Kelengkapan kau juga aku dah sediakan kat sana, kau hanya perlu jumpa dia. Faham?” Jelas lelaki berpakaian kot dan bertali leher hitam dalam bahasa Thai.

   “Aku akan bawa pasukan aku sekali.” Balas lelaki berjaket hitam itu dalam bahasa Thai.

   “Bagus. Esok kau akan berangkat.”

Terengganu, Malaysia, Tiga hari kemudian

   Pada malam itu, Inspektor Khai baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama dengan adik Inspektor Sani, Anis. Namun, keesokan harinya, Inspektor Khai mendapat panggilan dari supervisornya di Kuala Lumpur. Menyuruhnya kembali ke KL kerana mereka perlu menyelesaikan satu kes baru. Nada suara supervisor itu seperti bunyinya serius. Supervisor Khai itu juga meminta supaya membawa sekali Inspektor Sani.

   Mahu tak mahu, Sani terpaksa mengikut Khai walaupun berat kakinya hendak meninggalkan negeri kelahirannya. Apabila Khai dan Sani tiba di Kuala Lumpur, mereka berdua diarahkan bergegas ke ibu pejabat Polis untuk berjumpa dengan ASP Bakar. ASP Bakar memberitahu kepada Khai dan Sani mengenai kejadian tentang pembunuhan Michael Keagan yang dibunuh dengan torehan di kedua belah tangan dan kaki serta satu tikaman di perut di dalam bilik hotelnya semalam.

   ASP Bakar memperkenalkan dua orang agen Interpol dari negara Australia dan Thailand, Jack Taylor dan Ting Phanom. ASP Bakar menjelaskan bahawa kes ini ada berkaitan dengan orang dari luar negara kerana Michael Keagan ialah seorang agen Interpol yang sedang bercuti di Malaysia.

   Jack Taylor mensyaki ada orang yang berdendam dengan Michael Keagan dan menegaskan agar mencari pembunuhnya dengan cepat. Manakala Ting memberitahu pembunuhan dilakukan dengan cara profesional kerana melihat kepada mayat Michael Keagan, dia ada bergelut dengan si pembunuh. Si pembunuh memutuskan urat-urat yang penting di tangan dan kaki, lantas melumpuhkan Keagan dan mengakhiri hidup si mangsa dengan tikaman tepat di perut. Teknik itu sama seperti teknik membunuh dalam seni mempertahankan diri Muay Thai yang dipelajari oleh Ting.

   ASP Bakar memberikan kepada Khai sekeping gambar lukisan wajah seorang lelaki berambut kemas dan memakai cermin mata. “Ini lukisan yang dilukis oleh saksi di tempat kejadian, staf hotel, sebelum dia dipengsankan oleh pembunuh, dia sempat cam muka laki tu, katanya dia menyamar sebagai staf hotel. Jadi apa yang saya nak awak berdua buat, cari laki ni. Kalau kes Syabu Naga kat Terengganu kamu berdua boleh selesaikan, mesti kes ni bolehkan?” Kata ASP Bakar.

   “Boleh tuan.” Balas Inspektor Khai.

   Khai dan Sani bergerak ke Shangri-La Hotel di Jalan Sultan Ismail untuk bertanya kepada orang-orang jika semalam mereka ternampak lelaki yang ada dalam gambar itu. Staf-staf hotel di situ mengatakan mereka tidak nampak kelibat lelaki itu semalam. Selepas beberapa minit, Inspektor Khai dan Sani pergi ke bilik Michael Keagen untuk melihat bilik itu dan mencari apa-apa bahan bukti yang polis terlepas pandang. Pintu masuk bilik agen Interpol itu dikawal oleh dua orang pegawai polis.

   Khai dan Sani melihat di setiap sekeliling, di setiap sudut. Sampailah, Inspektor Sani terjumpa satu pin kecil yang berada di bawah laci meja bersebelahan dengan katil. Pin itu berbentuk bulat segitiga warna emas. Sani menyimpan bahan bukti ke dalam beg evidence. Inspektor Khai dan Sani kembali ke ibu pejabat untuk menyerahkan bahan bukti tersebut.

Rumah keluarga Zaidi



   Zaidi sedang menyambut hari jadinya yang ke 30 bersama-sama dengan isterinya. Hari itu merupakan hari yang gembira buatnya sehinggalah tiga orang lelaki memakai topeng hitam merempuh masuk dan memukul Zaidi dan isterinya sebelum diberikan ubat tidur daripada mereka bertiga. 15 minit kemudian, Zaidi mula tersedar dan mendapati badannya dipenuhi dengan bom. Dia pandang ke hadapan dan melihat pistol sudah berada di kepala isterinya. “If you don’t want your wife dead. Follow my instruction. You must do what I say. If you disobey, that bullet will go through your wife’s skull and you will be BOOM!” Zaidi terpaksa aku dengan arahan lelaki tersebut. Zaidi dan isterinya dipisahkan dengan dua kenderaan van asing. Isterinya dibawa ke tempat lain, begitu juga dengan Zaidi.

Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sejam kemudian



   Ting dan Jack juga sedang menjalankan tugas yang sama iaitu bertanya kepada orang awam mengenai lelaki tersebut. Tidak jauh dari Ting dan Jack, sedang dilangsungkan majlis pembukaan cawangan baru Bank Prima. Pembukaan itu akan dirasmikan oleh Datuk Hassani Hairudin, pengasas Bank Prima.

     Sebelum Datuk Hassani merasmikan Bank Prima yang baru itu. Seorang lelaki, Zaidi, datang terus ke arah Datuk Hassani dan terus memeluknya. BOOM!!! Letupan yang besar itu mengorbankan Datuk Hassani dan orang yang berada disekelilingnya. Orang awam lari bertempiaran. Ting dan Jack bergegas ke tempat kejadian. Jack menghubungi Khai yang sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat. Khai dan Sani juga memandu laju ke tempat kejadian.


    Van berwarna hitam berada berdekatan tidak jauh dari bank tersebut bergerak ke tempat kejadian. Di dalam van itu, empat orang lelaki siap bersenjatakan senapang automatik M4A1, memakai topeng hitam dan berbaju kalis peluru. Mereka berempat keluar. “Let’s go get our money!!!”. Dua orang masuk dan meletup pintu besi bank tersebut yang dipenuhi dengan wang, manakala dua orang lagi menunggu di luar, menjaga parameter.

   Ting dan Jack ternampak kelibat dua orang tersebut dan terus melepaskan tembakan. Dua orang lelaki bertopeng itu juga melepaskan tembakan, mereka sama-sama membalas tembakan. Tetapi kemenangan hampir dimenangi oleh lelaki bertopeng tersebut kerana mereka memakai senapang yang lebih besar sementara Ting dan Jack hanya pakai pistol Glock sahaja.

   Inspektor Sani dan Khai tiba terus melepaskan tembakan. Khai berjaya menembak mati salah seorang lelaki yang berkawal di luar. Dua orang yang berada di dalam berjaya keluar dengan membawa wang. Mereka berempat melarikan diri dengan van yang sudah berada di belakang bangunan bank tersebut. Khai dan Sani ingin mengejar mereka berempat tetapi sudah terlambat kerana van tersebut lebih laju. Khai berasa amat tidak puas hati.

   Tetapi Khai berjaya menembak salah seorang perompak. Dan apabila Jack melihat peralatan yang ada pada mayat tersebut, Jack mengatakan kepada Khai, Sani dan Ting yang ini adalah peralatan dari pengedar senjata haram. Selepas beberapa minit, pasukan polis yang lain dan juga pasukan forensik tiba di tempat kejadian dan membawa mayat lelaki tersebut.

   Sementara menunggu laporan dari pihak forensik, pada malam itu, Sani dan Khai mengajak Ting dan Jack sekali di rumah Khai. Jack dan Ting bercerita tentang hidup mereka di negara masing-masing, bagaimana cara mereka bekerja di Interpol serta polis Australia dan Thailand. Di suatu sudut jalan yang sempit di Kuala Lumpur, van berwarna hitam berhenti di jalanan. Di dalamnya, seorang mayat perempuan dibunuh, isteri Zaidi. Lelaki berparut di pipi kiri menghubungi seseorang. “What’s our next move?”

   Keesokan paginya, ASP Bakar tidak puas hati dengan cara Khai, Sani, Jack dan Ting bekerja. ASP Bakar memberitahu. “Datuk Hassani, pengasas Bank Prima yang terkorban semalam. Ting, Jack, kamu berdua ada kat sana semalam, patutnya kamu bertindak dengan lebih pantas.”

   ASP Bakar meletakkan sekeping gambar di atas mejanya. “Tien, warganegara Thai. Kalau ikut rekod Interpol. Dia ni tak ada rekod jenayah. Nasib tuhan menyebelahi kita, pihak forensik dapat kesan satu cap jari kat sebutir peluru. Kita dapat jejak siapa punya cap tu.” ASP Bakar meletakkan sekeping lagi gambar.

   “Zeng Chong, umur dua puluh lima, kerja sebagai kerani. Nampak macam baik jer kan. Tapi di belakang sebenarnya dia ialah seorang pengedar senjata haram. Dan kita dapat jejak di mana rumah dia. Sani, kamu akan pergi ke rumah Zeng dengan Jack, tukar angin sikit. Ting dan Khai, kamu siasat apa benda ni.” ASP Bakar memberikan beg evidence yang di dalamnya mengandungi pin berbentuk bulat segitiga.

Bilik rahsia…


   “Channarong, kita dah tahu siapa yang tembak orang kita. Inspektor Khai, Inspektor Sani dan dua orang agen Interpol Ting Phanom dan Jack Taylor.” Lelaki itu berkata kepada lelaki berparut di pipi kiri.

   “Tunggu. Ting Phanom, anak kepada Yeerum. Ayah dia hampir nak bunuh aku dulu. Sekarang anak dia pula.” Senyum Channarong.

Rumah Zeng Chong



   Sani mengetuk pintu rumah Zeng. Jack melihat keadaan di sekeliling rumah. Tiba-tiba Zeng melarikan diri dengan menggunakan pintu belakang. Jack memanggil Sani, mereka berdua mengejar Zeng. Tidak lama kemudian, mereka berdua berjaya menangkap Zeng dan di bawa ke balai polis. Tiba di sana, Sani dan Jack menyoal siasat Zeng. Selepas beberapa lama kemudian, Zeng memberitahu perkara yang sebenar, dia mendedahkan nama kumpulan yang merompak bank Prima dan pembunuhan Michael Keagan ialah Trinity.

    Sani menghubungi Khai, memberitahu mengenai nama kumpulan Trinity dan meminta supaya Khai dan Ting mencari siapakah kumpulan iti dengan cepat. Khai mencari dengan cepat segala maklumat berkaitan Trinity bersama dengan Ting.

Bangunan IIC (Idris International Charity)



   Orang kanan Channarong, Puenthai. Bersama dengan dua orang bawahannya menyamar sebagai orang korporat. Dengan memalsukan maklumat dalam sistem IIC, mereka bertiga dengan senang dapat mengadakan mesyuarat palsu untuk berjumpa dengan pengarah IIC, Datuk Idris Muaz. IIC ialah badan organisasi kemanusiaan yang bertanggungjawab membantu warga dunia dalam kesusahan seperti bencana alam, kemiskinan dan peperangan.

    Puenthai dan orang bawahannya berjumpa Datuk Idris Muaz dengan membawa satu beg besar yang di bawa bersama-sama dengan mereka. Apabila berada dalam bilik mesyuarat, dengan pantas Puenthai mendiamkan Datuk Idris. Memakaikan baju bom ke badan Datuk Idris dan mengikatnya ke kerusi beroda. Puenthai memasang lagu Nessum Dorma dari telefon pintarnya. Sebaik sahaja Datuk Idris sedar. Puenthai menendang Datuk Idris, memecahkan tingkap bangunan itu, dia tercampak keluar jatuh dari tingkat 40. Puenthai melihat Datuk Idris jatuh. Apabila badan Datuk Idris menyentuh darat, Puenthai menekan butang. BOOM!!!

   “Get ready, cops will be coming. We gonna have some fun.” Arah Puenthai kepada orang bawahannya.

    Sekali lagi orang awam lari bertempiaran, salah seorang mangsa letupan cuba untuk menghubungi polis. Di ibu pejabat polis, seorang anggota polis memanggil Ting, Jack, Sani dan Khai. Memberitahu ada satu letupan berlaku di hadapan bangunan IIC. Mereka berempat bersama dengan pasukan Special Action Unit mempersiapkan diri dengan kelengkapan dan bergegas ke tempat letupan.

    Tiba di sana, ke semua pasukan special force menjaga pintu masuk bangunan itu dari luar. “Alpha, move in.” Pasukan Alpha masuk dahulu ke dalam bangunan IIC. Tidak beberapa lama kemudian, bunyi tembakan berlaku, Seorang anggota special force ditembak mati sebelum sempat keluar dari bangunan.

   Tiga jelmaan mula keluar dan melepaskan tembakan yang mengejut ke arah pasukan Special Action Unit dengan memakai senapang mesingan M249, ramai yang terkorban, Khai dan mereka bertiga sempat mengelak di belakang kereta. Puenthai dan orang bawahannya memakai baju kalis peluru Juggernaut yang tebal dan keras serta perlu ditembak berkali-kali. Anggota UTK cuba untuk membalas tembakan, tetapi tiada kesan langsung ke atas mereka bertiga. Satu trak besar muncul, Puenthai dan orangnya naik ke atas trak tersebut. Khai, Sani, Ting dan Jack mengejar dengan menaiki kereta pacuan 4 roda.

   Empat kereta polis, dua Waja dan dua Preve datang untuk membantu. Di dalam trak, mereka bertiga membuka pintu belakang trak tersebut dan mendapati 4 kereta polis di belakang mereka. Puenthai melepaskan tembakan. Empat kereta polis tersebut terpaksa mengundur dan memberi laluan kepada kereta pacuan 4 roda yang dinaiki oleh mereka berempat. Khai dan Ting melepaskan tembakan dengan senapang HK416 diikuti pula dengan Jack, Sani memandu. Tetapi tidak ada kesan.

   Dua kereta polis Waja menghimpit trak tersebut kiri dan kanan tetapi akhirnya terbabas dengan teruk. Tembakan masih lagi diteruskan. Sani mengelak dengan pantas dari terkena peluru musuh. Tiba-tiba, Sani beri satu idea. “Tembak tayar trak tu!!!” Cemas Inspektor Sani. Maka, Sani memandu lebih laju untuk memberi ruang kepada Jack untuk menembak tayar belakang trak tersebut. Tetapi tiba-tiba kereta pacuan 4 roda itu berhenti. “Ahh kenapa ni!!!”

   Dua kereta polis Preve mendahului kereta Sani untuk teruskan rancangan sama seperti apa yang dibuat oleh mereka tadi. Sementara Sani cuba untuk menghidupkan enjin. Dua kereta polis melakukan teknik yang sama iaitu menembak tayar trak kiri dan kanan serentak. Satu kereta menembak tayar depan dan satu kereta menembak tayar belakang, menyebabkan trak itu terbabas dan berpusing teruk di atas jalan raya.

   Dua orang bawahannya mati, hanya Puenthai sahaja yang hidup. Dia keluar dari trak, membawa mesingannya dan menembak ke arah dua kereta polis Preve yang sedang menuju ke arahnya. Enjin kereta Sani sudah kembali pulih, dia mula mengejar kembali. Dua kereta polis Preve tersebut terbabas berlanggar antara satu sama lain.

   Kereta pacuan 4 roda muncul di depan mata Puenthai, dia menembak sekali lagi, Khai juga membalas tembakan. Salah satu tayar kereta Sani hancur menyebabkan kereta itu terbalik dan terbabas melepasi serta hampir terkena ke arah Puenthai. Satu van hitam muncul. Pintu belakang dibuka, wajah bosnya, Channarong mula terkeluar. “Masuk.” Puenthai masuk ke dalam van dan melarikan diri.

   Selepas beberapa minit, Khai mula sedar dari pengsannya dan mendapati dia berada di hospital. Ting muncul di hadapannya. “Apa dah berlaku?”

   “Nasib baik aku sempat selamatkan kamu bertiga. Kalau tak, kereta tu dah meletup sama-sama dengan korang semua.” Kata Ting.

   “Mana Jack dengan Sani?”

   “Mereka dalam wad, tak sedarkan diri lagi. Polis jumpa ni dalam pejabat Datuk Idris.” Ting menunjukkan gambar yang terpapar empat orang lelaki.

     “Tunggu, itu Michael, Datuk Hassani dan Datuk Idris. Tapi, siapa sorang lagi tu?”

    “Itu, kita masih mencari lagi identiti laki tu. Tapi sekarang apa yang aku dah dapat ialah tentang kumpulan Trinity. Inilah kumpulan yang ayah aku selalu buru dulu.” Ting memberikan dua keping gambar. Wajah Channarong dan Puenthai

     “Trinity ni siapa?”

   “Perompak, pengganas, pakar dalam buat bom, kes-kes bom berani mati di Thailand banyak berpunca dari Trinity, mereka sanggup mati. Ketuanya ialah Channarong, tapi apa yang aku masih keliru. Kenapa dia nak datang ke Malaysia? Apa tujuan dia?” Khai melihat pada gambar tersebut.

    “Mereka semua pakai pin yang sama kat baju. Tiga dah habis, tinggal lagi seorang jer. Ting, kita kena cari laki ni cepat sebelum Trinity dapat dulu.” Tiba-tiba satu jeritan terdengar dari luar bilik wad Khai. Khai yang berada dalam mod berehat terus bertukar kepada mod bertindak. Ting dan Khai keluar dari bilik wad dan mendapati orang-orang Channarong membawa lari Jack dan Sani.

   Khai dan Ting mengejar mereka sampai ke luar bangunan hospital tetapi tidak berjaya kerana orang-orang Channarong menaiki kereta dengan pantas. Satu penggilan dari telefon pintar Ting.”Kalau nak balik kawan-kawan kau, kau serahkan semula pin tu. Lokasi akan aku hantar ke GPS phone kau. Pukul 12 tepat.” Kata Channarong.

   Kembali ke ibu pejabat polis. Khai meminta kebenaran dari ASP Bakar untuk lancarkan serangan.”Kenapa perlu adakan perjumpaan dengan mereka, bahaya Khai. Mereka pengganas, mereka boleh buat apa saja kat kamu berdua.” Kata ASP Bakar.

   “Tuan, nyawa Jack dan Sani berada di tangan mereka. Nak tak nak, kita kena serahkan pin tu.” Balas Khai.

     “Kamu dah tinjau dulu ke lokasi yang dia bagi tu?’

     “Saya dah arahkan mata-mata untuk tinjau tempat itu senyap.”

     “Baiklah Khai, kamu dan Ting ketua operasi ni.” Pintu pejabat ASP Bakar terbuka, Ting muncul.

     “Khai, Tuan kena ikut saya sekarang.” Arah Ting. ASP Bakar dan Inspektor Khai mengikut Ting ke mejanya.

   “Semasa saya sedang observe pin ni, saya tertekan pada segitiga kat pin. Tiba-tiba keluar sesuatu seperti alat pencucuk. Pin ni ialah pendrive. Jadi saya lihat apa yang ada dalam pendrive ni kat laptop saya, dan kandungannya tuan tengok sendiri.” ASP Bakar meneliti setiap fail yang ada dalam pendrive tersebut.

    Maklumat biodata Michael Keagan, maklumat kewangannya, segala aktiviti-aktivitinya. “Jadi dia ni menjalankan bisnes dadah dan pemerdagangan orang?” Tanya ASP Bakar.

    “Betul tuan. Bersama dengan tiga orang, mengikut gambar yang kita jumpa di pejabat Datuk Idris.”

    “Kalau ikut dalam gambar tu, Michael, Idris dan Hassani dah mati, seorang lagi belum. Kenapa dia tak mati lagi sebab tiga orang itu mati pada tiga hari berbeza. Hari ni hari keempat sepatutnya kita dah dapat kesan kematian orang keempat tapi tak ada.” Fikir Inspektor Khai.

    Seorang pegawai polis memberi sekeping fail kepada Ting. “Tuan ni fail mengenai orang keempat yang kita cari tu.” Ting meneliti fail itu.

 “Nama Thuanthong, seorang pengasas syarikat NatureCare. Syarikat jadi alam sekitar. Hmm…Terang di depan, gelap di belakang. Aktiviti haram, sama macam tiga orang tadi. Tapi mengikut apa yang di sini, dia ada satu aktiviti haram tambahan untuk buat banyak untung, pembalakan haram dan pemburuan gajah. Nah Khai, kamu check bahagian akaun.” Ting memberikan lima keping kertas kepada Khai.

   Inspektor meneliti dengan baik kertas akaun simpanan Thuanthong. “Tuan, Ting, saya rasa dah tahu punca kenapa Trinity datang ke Malaysia.” Khai memberikan salah satu kertas akaun kepada ASP Bakar.

   “Jadi Thuanthong yang mengupahkan kumpulan Trinity untuk bunuh mereka bertiga supaya?”

   “Supaya Thuanthong dapat kaut semua untung dari peniagaan mereka, mengikut kepada kertas ni, sebelum ni untung dari perniagaan tu dibahagikan sama rata. Jadi saya rasa ni kes rebut kuasa. Thuanthong tamak.” Jelas Khai.

   “Jadi dia di mana sekarang?” Tanya ASP Bakar.

   “Kita tak tahu.” Balas Ting.

   “Saya dah copy semua fail penting. Kita bagi saja pin ni. Jangan risau tuan, kami ada plan.” Kata Ting Phanom. Inspektor Khai dan agen Ting bergerak menuju ke stesen LRT di Wangsa Maju tepat pada pukul 12 tengah malam. Tiba di sana, Puenthai menunggu mereka berdua.

   “Mana Channarong!?” Tanya Khai.

   “Rileks, selesaikan yang ni dulu. Bagi pin tu.” Balas Puenthai.

   “Bagi Sani dan Jack dulu.”

   “Pin dulu.”

   “Aku kata…” Tiba-tiba satu cahaya laser menyala di dada Khai dan Ting.

   “Kalau kau tak nak dengar arahan aku sekali lagi, sniper tamatkan korang.” Senyum Puenthai.

   Inspektor Khai terpaksa akur, dia mencampakkan pin tersebut ke Puenthai. Kebetulan pula, sebuah kereta api LRT berhenti di perhentian Wangsa Maju, tetapi tidak ramai penumpang. Cuma ada dua dan dua itu ialah Sani dan Jack. Inspektor Khai dan Ting Phanom masuk ke dalam kereta api tersebut untuk menyelamatkan mereka berdua. Ting membuka ikatan Sani dan Jack.

   Puenthai yang masih berada di luar bertanya kepada Khai. “Inspektor Khai, di mana Channarong? Ini jawapannya.” Puenthai mencampakkan telefon pintar ke arah Khai. Satu video terpapar di skrin telefon tersebut. Thuanthong, Channarong dan seorang lelaki tua yang sudah berumur. Ting menyusul untuk melihat video tersebut.

   Reaksi Ting amat terkejut kerana lelaki tua itu adalah ayahnya. “Celaka kau Chan, Kau jangan sentuh ayah aku!!!”

   “Kau ingat aku tak tahu kau pasang alat tracking dalam pin tu. Haha bodoh! Taktik yang sama macam ayah kau dulu. Bukan, mendiang ayah kau sekarang!” Channarong menembak ayah Ting.

    “AYAH!!!!”

    “Selamat pergi mati!” Video itu tamat. Sementara itu, Puenthai telah memijak hancur pin tersebut dan terus menendang Ting yang berada di dalam LRT. Apa yang Khai dan Ting tidak tahu, Puenthai dan orang-orangnya telah mengawal sistem LRT pada waktu malam itu.

   Khai berlawan dengan Puenthai, tetapi pergerakan Puenthai lebih pantas. Ting seperti tidak sedarkan diri, dia hanya rebah ke lantai dan tidak berbuat apa-apa. Khai cuba menyedarkan Ting sementara Sani dan Jack berlawan dengan Puenthai. Tetapi hasilnya tetap sama.

    “Cepat sedar Ting! Lawan balik!” Tiada reaksi pada Ting Phanom.

    “Kalau ayah kau tengok macam ni dia mesti kecewa dengan kau. Lawan balik…Untuk dia!” Tiba-tiba Ting mula sedar dan bingkas bangun. Dia mara ke hadapan dan terus menendang dan menumbuk Puenthai berkali-kali sehingga Puenthai tiada peluang untuk membalas semula.

   Ting membantai Puenthai dengan siku kanannya tepat ke kepala. Puenthai sangat geram, lantas mengeluarkan sebilah pisau. Dia menyerang Ting, tetapi Ting dibantu oleh Jack, Sani dan Khai. “Hati-hati korang, teknik dia guna pisau, sama macam dia bunuh Michael Keagan.” Ting beri peringatan kepada rakan sepasukannya.

   Mereka berempat menyerang serentak ke arah Puenthai. Sani dan Jack berjaya dipatahkan serangan mereka oleh Puenthai, Tetapi, Khai dapat mematahkan tangan kiri Puenthai, lantas Ting menendang keluar Puenthai dari LRT. Dia jatuh dan temui ajalnya.

   “Apa kita nak buat sekarang! Pin tu dah musnah, kita tak boleh nak jejaki mereka.” Cemas Ting.

   “Ting! Ting! Relaks, masa aku dengan Jack kena seksa. Aku ada dengar dari orang Trinity yang Chan pergi ke rumah Thuan untuk adakan meeting.” Ujar Sani.

   “Eh Sani, sejak bila kau tau bahasa Thai ni?” Bingung Khai.

   “Dulu, aku ada belajar sikit bahasa Thai.” Balas Sani.

   “Ting, kita akan cari Thuan dan Chan sampai dapat. Kita tak boleh biarkan mereka hidup.” Jack menempuk bahu Ting. Ting amat terharu dan sedih terus memeluk Jack.

   “Kau tak seorang Ting, Kami semua di belakang kau.” Khai beri semangat.

   Di rumah Khai, mereka mencari maklumat di mana rumah Thuanthong berada. Akhirnya mereka dapat mencari dengan bantuan dari maklumat sistem Interpol. Rumahnya agak besar dan dipenuhi dengan pengawal peribadi, bersenjatakan senapang automatik. “Ini bukan pengawal, ini dah macam tentera.” Khai melihat maklumat itu pada komputer riba.

   Keesokan paginya, ASP Bakar memberi kebenaran kepada Sani, Jack, Khai dan Ting untuk diterbangkan ke Bangkok, Thailand. Di sana nanti mereka berempat akan di bantu oleh ketua pasukan khas polis Thailand, Sarjan Virote, kawan baik ayah Ting.

Bangkok International Airport, Thailand


   Inspektor Khai, Sani dan agen Jack dan Ting bertemu dengan Sarjan Virote. Sarjan Virote berkata mereka akan mulakan serangan malam ini. Mata-mata Sarjan Virote sudah lama memerhatikan gerak-geri yang berlaku di hadapan rumah Thuanthong. Pihak polis Thai tahu Thuanthong ada rahsia jahat yang tersembunyi, mereka tidak boleh menyerang kerana tidak ada bukti sampailah pihak polis dari Malaysia memberitahu mereka ada bukti yang sahih.

   Sarjan Virote berkata lagi, Thuanthong perlu ditamatkan nyawanya kerana sudah banyak tuduhan mahkamah terlepas darinya. Begitu juga dengan Trinity. Mereka kena bertindak cepat sebelum mereka berdua itu hilang bersama dengan dadah dan orang. Sarjan Virote melakukan semua ini untuk membalas balik apa yang Channarong dah lakukan kepada kawan lamanya.

Rumah Channarong, Bangkok, 3 A.M.


  Inspektor Khai, Sani, Ting dan Jack sudah bersedia dengan kelengkapan mereka. Senapang automatik sudah bersedia di tangan, hanya menunggu masa untuk beraksi. Pasukan special force Thai sudah bersedia juga. “Charlie, weapons free.” Pasukan sniper melepaskan tembakan senyap ke arah dua orang yang berada di atas bumbung dan dua lagi di bawah. Tidak ramai yang berkawal pada malam ini, mungkin mereka sudah tidur.

   Pasukan Alpha bergerak ke pintu hadapan sementara pasukan Bravo bergerak ke pintu belakang. Sebelum merempuh masuk, mereka menggunakan Snake Cam untuk melihat apa yang berada di balik pintu dengan memasukkan wayar kamera tersebut di bawah lubang pintu. Salah seorang anggota special force memberikan isyarat. “Cancel stealth, ambush mod.” Operasi senyap akan bertukar bising kerana di sebalik pintu tersebut, ramai orang-orang Channarong sudah bersedia dengan senjata masing-masing.

   C4 dipasang pada pintu, seorang anggota special force sudah bersedia bom Flashbang di tangannya. BOOM! C4 diletupkan, Flashbang dilontarkan. Ramai orang-orang Channarong buta sementara. Pantas pasukan khas Thai melepaskan tembakan, ramai yang terkorban. Situasi yang sama juga berlaku di pintu belakang.

   Setiap bilik dirempuh masuk oleh pasukan polis Thai. Pasukan Charlie berikan bantuan tembakan sniper dari luar, memudahkan kerja pasukan Alpha dan Bravo. Sani dan Jack berjaya sampai ke bilik utama Thuanthong. Thuanthong menembak dengan menggunakan pistolnya berkali-kali, tetapi tiada satu pun yang mengena. Sani dan Jack membalas tembakan semula, lalu membunuh Thuanthong.

   Khai dan Ting berada di bilik Channarong, apabila mereka masuk. Badan Channarong sudah dipenuhi dengan bom C4, lantas Khai dan Ting bersama dengan pasukan Alpha melarikan diri. BOOM!!! Chan adalah orang terakhir dalam rumah itu.

   Misi belum berakhir, mereka perlu mencari di mana peta yang menyimpan dadah dan orang-orang. Sarjan Virote menjumpai peta itu di dalam bilik bacaan Thuanthong. Mereka bertindak dengan bergerak ke tempat yang dikehendaki dengan pantas.

   Kapal terbang kargo yang membawa dadah dan orang untuk didagangkan berjaya dihalang oleh pasukan khas Thai. Juruterbang itu menyerah diri. Mereka memeriksa setiap yang ada dalam kapal terbang kargo itu, dadah dan orang-orang yang tidak bersalah berjaya dibebaskan. Misi mereka berjaya.

Tiga hari kemudian…


   Inspektor Sani dan Khai kembali ke Malaysia. Ting mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana telah banyak membantu dalam menyelesaikan kes ini. Agen Jack Taylor juga akan kembali balik ke negara kelahirannya Australia. Manakala untuk Ting, dia ada benda yang perlu diselesaikan berkaitan dengan ayahnya. Ting kembali ke rumah lama ayahnya. Mengenang semula kenangannya bersama ayah.

RITUAL

Dua orang lelaki sedang berada di dalam bilik soal siasat. Mereka berdua duduk di atas kerusi, memandang antara satu sama lain, yang menjauhkan jarak di antara mereka adalah meja besi. Seorang lelaki berpakaian kemas dengan baju kot dan seluar slack berwarna hitam, wajahnya yang serius sama seperti gambar yang tetera di atas tag namanya, Kelvin Hellar, FIB. Manakala seorang lagi berpakaian seperti orang berkerja di pejabat. Wajahnya kelihatan takut dan ragu-ragu sambil bermain dengan jari-jemarinya. Ahmad Musa, warganegara Turki, berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Berpindah ke negara Uncle Sam 20 tahun lalu.

“Ahmad Musa, kau nampak macam budak nerd. Nak kata kau pandai IT, kau hanya seorang kerani. Jadi, apa yang buatkan penculik tu berminat dengan kau?” Tanya Kelvin Hellar sambil meneliti fail-fail berkaitan dengan Ahmad Musa. “Hmm, dia bersih, tak ada cacat cela.” Jawab Kelvin di dalam hatinya.

“Saya pun tak tau tuan, saya orang biasa saja. Tak kaya, tak ada kaitan dengan apa-apa grup terrorist. Saya pindah ke sini hanya nak rezeki, untuk keluarga saya di tempat asal saya!”

“Ya saya faham, rekod  kau bersih Musa, jangan risau. Ceritakan dari awal.” Ujar Kelvin.

“Begini…Malam tu saya baru balik dari kerja, bila saya dah sampai kat rumah. Ada satu van berhenti depan rumah, tiga orang bertopeng hitam serbu ke arah saya, campak saya ke dalam van dan saya dipukul di kepala sehingga pengsan. Bila saya sedar, saya digari di atas kerusi di dalam dewan yang luas bersama-sama dengan sembilan lagi mangsa yang sama seperti saya. Kami semua duduk dalam satu bulatan yang jaraknya jauh.” Jelas Musa sambil mengigit kukunya.

“Kau kenal mereka semua tu?”

“Tak, tapi dari wajah mereka. Mereka bukan orang US, mereka seperti orang dari China, Rusia, German, France, Mesir…lain saya tak ingat. Tak lama lepas tu, satu suara kuat datang dari speaker dalam dewan tu.”

“Suara tu kata apa?”

“Dia kata, sebaik saja gari kami dibuka, kami semua kena bunuh sesama sendiri. Senjata seperti parang, pisau dan lain-lain disediakan di tengah-tengah dewan tu. Kami semua diberikan masa lima minit, kalau kami tak bunuh semasa senidiri, peluru sniper tembus badan kami.”

“Eh tunggu, kau tak ada skill dalam martial arts. Macam mana kau boleh bunuh mereka semua?” Tanya Kelvin dengan riak wajah curiga.

“Tuan pernah dengar istilah instinct or feeling to keep survive, to keep alive. Itu yang saya lakukan. Untuk terus hidup. Sebaik gari kami dibuka, kami semua berlari ke arah tempat senjata tersebut. Selepas saya mengambil parang, saya bertembung dengan seorang lelaki, wajah yang tak bersalah. Kami berdua seperti nak tak nak untuk bunuh sehinggalah satu peluru tebus badan lelaki tu. Sa..Sa..Saya tergaman sementara sehinggalah seorang lelaki cuba untuk serang saya. Saya sempat elak dan terus tetak lelaki tu. Muda lagi lelaki tu.” Wajah Ahmad sedih bila dia terkenangkan peristiwa gelap dan ganas tu.

“Kalau kau berhenti dulu boleh…”

“Tak, saya kena habiskan. Kami semua bunuh antara satu sama lain sampailah tinggal saya seorang saja. Lantai penuh dengan darah dari mayat-mayat. Kadang-kadang saya terfikir kenapa saya dipilih, kenapa ‘mereka’ dipilih. Mereka semua termasuk saya seperti orang awam biasa saja. Mahukan hidup normal, tak nak ada pertumpahan darah. Hanya mahu aman.” Balas Ahmad dengan perasaan geramnya.

“Saya minta maaf atas apa dah berlaku kat kau Musa. Tapi, apa jadi lepas tu?” Tanya Kelvin sambil menghirup secawan kopi.

“Suara dari speaker tu mengarahkan saya bergerak ke tingkat dua. Setelah saya sampai, ada satu pintu masuk di hadapan saya. Suara tu menyuruh saya ambil kelengkapan senjata sebelum masuk.”

“Senjata apa yang dia sediakan?”

“Seperti sub-mesingan, sepuluh magazin, MP7 mungkin, dia bagi sekali dengan pistol Glock 17, lima magazin.”

“Macam mana kau tahu nama semua senjata tu?”

“Saya banyak tengok filem aksi, mungkin dari situ saya tahu nama senjata. Tuan tahulah, US kan penuh dengan filem tembak-menembak.”

“Betul juga.”

“Saya masuk melalui pintu tu dan saya lihat ada sembilan orang siap dengan kelengkapan yang lebih canggih cuba untuk bunuh saya. Saya sempat cari cover, kali ni tempat di tingkat dua itu penuh dengan dinding konkrit. Saya membalas tembakan begitu juga dengan mereka.”

“Kau boleh cam tak muka mereka semua?”

“Tak sebab mereka pakai topeng. Tapi ada sesuatu yang buat saya rasa pelik. Pakaian uniform mereka tetera lencana harimau hitam dan perkataan ‘DEMONE NERO’. Tuan tahu apa-apa tak pasal Demone Nero?”

“Tak, saya tak pernah dengar.”

“Lepas saya bunuh mereka semua, saya disuruh oleh suara tu untuk naik ke tingkat atas, tingkat terakhir. Bila saya sampai ke atas. Ada  bayi dan seorang perempuan diikat pada sebatang tiang besi. Saya di arah untuk menembak salah seorang dari mereka… Fikiran saya masa tu hampir gila. Saya ada satu minit untuk tamatkan semuanya, kalau tak…saya yang mati.”

“Jadi kau pilih yang mana?”

“Perempuan. Saya tak sanggup nak tembak bayi tu…Kalau boleh saya tak sanggup nak tembak perempuan tu juga tapi saya terpaksa!” Ahmad mula mengalirkan air matanya, dia tidak dapat menahan keperitan dalam kesedihan yang dialaminya.

Kelvin hanya terdiam sahaja melihat kesedihan Musa.

“Entah macam mana, saya dipukul dari belakang dan terus pengsan.” Ujar Musa.

“Dan kat situ saya jumpa kamu.”

“Tolonglah percayakan saya! Saya dipaksa, kami semua dipaksa untuk bunuh sesama sendiri! Tuan janganlah tahan saya. Saya tak bersalah!”

Kelvin Hellar memandang lama ke arah wajah Musa yang sedang menangis seperti orang hilang arah.

“Saya dah buat keputusan, saya akan lepaskan kamu, malam ni juga.” Kata Kelvin.

Kelvin bangun dari kerusi dan menuju ke arah pintu, dia membuka pintu sehingga separuh dan mula berpaling ke arah Musa yang sedang mengesat air mata di wajahnya.

“Kau buat pilihan yang tepat.” Kelvin keluar dari bilik soal siasat.

Ahmad Musa dibenarkan keluar dari pejabat balai polis New York. Ahmad Musa balik ke rumahnya dengan perasaan bersyukur kerana tidak ditahan oleh pihak FIB.

PEJABAT KELVIN HELLAR



Seorang lelaki berpakaian lebih kurang sama seperti Kelvin masuk ke pejabat untuk berjumpa dengan pegawai muda FIB itu.

“Tuan tak marah saya lepaskan dia?” Tanya Kelvin kepada lelaki itu.

“Tak mengapa, dia tak lepas semua ujian yang kami dah berikan. Dia mampu untuk bunuh semua orang tetapi tidak untuk bayi tu.” Ujar lelaki itu.

“Kalau dia pilih bayi, apa akan jadi kat dia?”

“Dia akan ditangkap, darahnya akan digunakan untuk upacara ritual penyembahan persatuan kami, Demone Nero. Kami perlu berikan darah tu kepada ‘ketua’ kami.”

“Maafkan saya sebab tak dapat nak capai objektif yang tuan nak.”

“Tak mengapa, darah dari mayat-mayat yang lain masih boleh digunakan. Tapi darah dia yang terbaik, hampir terbaik.”

“Tak mengapa, tahun depan kami akan tolong tuan cari yang ‘baru'” Kata Kelvin.

“Apa-apa pun terima kasih atas bantuan encik Kelvin dan pasukan kamu kerana dah bantu saya.” Lelaki itu berterima kasih kepada kelvin dengan senyuman.

“Sama-sama.”

RUMAH AHMAD MUSA



Ahmad Musa kembali ke rumahnya. Dia masuk ke biliknya dan membersihkan dirinya. Ahmad Musa mencapai telefon pintarnya di atas mejanya untuk menelefon seseorang. Ahmad mendekatkan telefonnya ke telinga kanan.

“Kata laluan.” Suara dari telefon Ahmad.

“555-76-08 kod nama, Illuminator.”

“Illuminator, mereka tahu ke siapa kau?” Suara misteri lelaki muncul di telefon Ahmad.

“Tak Solaris, mereka tak tahu. Tapi, aku hampir di bunuh oleh satu agensi atau persatuan Demone Nero.”

“Demone Nero? Tak pernah dengar. Apa maksudnya?”

“Black Demon. Solaris, aku nak kau cari apa-apa saja maklumat pasal Demone Nero.”

“Apa kau nak buat Illuminator?”

“Balas dendam.” Kata Ahmad dengan wajah yang penuh kemarahan.

“Baiklah, nanti kalau ada apa-apa aku call kau balik.”

Ahmad memutuskan panggilan telefon. Dia meletakkan telefonnya ke dalam laci meja. Di dalam laci tersebut tetera satu tag nama, ILLUMINATOR, FMA (FREEDOM MILITARY AGENCY).

FMA, sebuah agensi tentera persendirian yang bergerak bebas ke serata dunia. Agensi ini selalu membantu negara-negara yang ditindas oleh kerajaan dalam negara itu atau ditindas oleh negara ‘burung helang patriotik’ dan negara haram bintang biru ‘Star David’. Mereka membekalkan bekalan peluru dan senjata kepada pasukan pemberontak dan kadang-kadang mereka juga turun padang menghulurkan bantuan untuk membantu pasukan pemberontak. Agensi ini bergerak secara senyap dan licik.

Demone Nero, satu pertubuhan rahsia yang mengamal upacara ritual menyembah makhluk halus, Mereka percaya dengan menyembah berhala itu, Amerika akan terus kuat (tapi tak selamanya). Setiap tahun, FIB selalu membantu Demone Nero untuk mencari mangsa baru sebelum persediaan mereka untuk upacara itu.